” Mungkin Allah sudah tetapkan bahagian mak di dunia hanya setakat ini..”
Itu luahan anak Aripah Damanhuri, 73, yang kini ditidurkan di unit kecmasan Hspital Kuala Lumpur (HKL) selepas disyaki mendapat jangkitan kuman dalam paru-paru, sejak semalam.
ARTIKEL MENARIK:Allahuakbar, Ibu Achey Dikhabarkan Telah Hembvskan Nafas Terakhir Sebentar Tadi. Ini Punca Pemergiannya
Anak bongsu Aripah, Fais Nurpais Ismail turut memaklumkan berita serta keadaan terkini pelakon veteran tersebut.
Menurut Fais, selepas ibunya tidak menunjukkan tanda-tanda responsif, sebelum mereka memanggil ambuIans untuk membawanya ke HKL, pada malam Jumaat lalu.
” Doktor memaklumkan paras oksigen sudah menurun pada 80 peratus. Pada sebelah siang, oksigen masih pada tahap baik, sebanyak 99 peratus.
” Dan ketika ambulans tiba, paras oksigen mak menurun. Sampai di hspital, paras oksigen dan tekanan d4rah semakin rendah, jadi doktor memutuskan untuk menidurkan mak bagi memastikan paras oksigen semakin baik.
” Dalam masa sama, doktor cuba stabilkan tekanan d4rahnya,” katanya ketika dihubungi BHOnline.
Bagaimanapun, Fais berkata, paras oksigen dan tekanan d4rah masih naik turun dan belum stabil.
Tambah Fais, mereka sekeluarga kini sedang menunggu perkembangan yang seterusnya.
” Setakat tinggalkan pada jam 2.30 pagi semalam, mak masih dalam wad peralihan dan ditidurkan.
” Namun, kakak, Ayu Zurina sudah menandatangani kebenaran untuk mak ditempatkan ke wad biasa dan kini sedang menunggu kekosongan.
” Selepas dipindahkan ke wad biasa, mak terus sambung bantuan pernafasan dan ubatan diberikan sejak memasuki zon kuning.
” Cuma, isteri memaklumkan doktor ada memberitahu, ubatan ini akan bertahan lebih kurang sehari dan selepas itu, kami perlu bersedia atas apa juga kemungkinan termasuklah pemrgian mak.
” Insya-Allah, kami reda jika ini terbaik buatnya. Walaupun dalam hati masih mengharapkan kesembuhan, namun, Allah lebih mengetahui,” katanya.
Ekoran itu, Fais berkata, doktor memberikan dua pilihan kepada mereka sekeluarga.
Anak sudah bersedia dengan pemrgian Aripah Damanhuri
” Pilihan pertama, mak dipindahkan ke wad biasa dengan ubatan yang sedia ada, agar ahli keluarga boleh melawat mak buat kali terakhir sebelum pergi selamanya.
” Atau pilihan kedua, buat dialisis untuk keluarkan semua toks1n dalam badan, namun ris1ko jntung terhenti bila-bila masa adalah sangat tinggi.
” Kami adik-beradik putuskan pilihan pertama. Sebab kami tahu, mak sudah lama bersedia untuk pergi,” katanya.
Tambah Fais, mereka juga kena bersedia melepaskan ibu dan perlu reda dengan apa sahaja yang terjadi.
” Mungkin Allah sudah tetapkan bahagian mak di dunia hanya setakat ini. Jadi, hanya setakat ini sahajalah perjalanan mak.
” Biarlah mak pergi dengan aman seandainya benar inilah waktunya. Biarlah pemergian mak diiringi kasih sayang mereka yang menyayanginya.
” Semoga malaikat Allah mencatatkan betapa kami sudah berusaha sekadar mampu kami untuk kebaikan mak. Mungkin selepas 73 tahun, inilah masanya mak benar-benar berehat dari fitnah dunia,” katanya.
Walaupun begitu, Fais berkata, mereka tidak akan berhenti berharap Allah menyembuhkan ibu mereka.
Sebelum ini, Aripah pernah dua hingga tiga kali memasuki hspital. Kali terakhir, untuk rwatan sak1t g0ut pada awal bulan ini.
Aripah yang juga kakak kepada pelakon Normah Damanhuri banyak membintangi drama sejak 1980-an.
Bagaimanapun apabila ditanya mengenai karier lakonan ibunya, Fais berkata ibunya sudah lama tidak berlakon.
” Sudah lebih kurang empat hingga lima tahun mak tidak berlakon. Sejak 2016, mak mengalami sak1t badan, jadi kurang mengambil tawaran berlakon kerana tidak larat berjalan.
” Masanya banyak diisi dengan mengikuti program bersama rakan kawan artis dengan membabitkan program anjuran artis veteran dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN),” katanya.
Antara drama yang pernah dibintangi oleh Aripah adalah Airmata Maria (2007),Gerak Khas (2009), Antara Maghrib Dan Isyak (2011), Penyayau Kumang (2011) dan Bintang Hati (2015).
Sementara filem yang dibintangi Aripah pula adalah Senario XX (2005) dan 8 Jam (2012).
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit -bharian via
Post a Comment