Pelawak terkenal tanahair, Achey dari kumpulan Bocey memaklumkan ibunya telah kembali kerahmatullah sebentar tadi.
Berita pemergian ibunya telah dimuat naik di dalam akaun FBnya sebentar tadi ketika masih di atas motor dalam perjalan pulang daripada kerja.
ARTIKEL MENARIK:“Majikan tapi tk ‘geli’ peluk maid. Baiknya Dato siap Hadiahkan Rantai..” Aliff Syukri Sebak Terpksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah Curl Perhatian
Achey sebelum ini telah memaklumkan keadaan kesihatan ibunya yang tidak begitu baik dan dimasukkan ke dalam wad baru-baru ini.
Semoga dengan kemuliaan Ramadan ini, roh ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan roh mereka yang beriman.
Terdahulu, Pelawak dan penyanyi, Achey bergegas pulang ke kampung sebaik sahaja menerima perkhabaran mengenai kesihatan ibunya, Ngaisah Hassan, 74 yang tiba-tiba merosot.
Achey berkata, dia terpaksa menangguhkan beberapa tugasan di Kuala Lumpur dan bergegas pulang ke Segamat, Johor demi ibu tercinta.
“Doakan kesihatan mak saya ya, saya terpaksa menangguhkan semua kerja di sini (Kuala Lumpur) dan pulang ke kampung segera,” katanya.
Sementara itu di ruangan komen di Instagram pelawak tersebut, rata-rata pengikut mendoakan agar urusan Achey dipermudahkan.
“Ya Allah berilah kesembuhan buat mak. Achey, jangan putus berdoa ya,” tulis Ozlyn.
“Allahuakbar, baru tadi sembang-sembang pasal mak. Semoga baik-baik hendaknya sahabat. Baik-baik Nasir, aku doakan mak segera sembuh,” titip Fad.
Selain Ozlyn dan Fad rakan artis lain yang turut meninggalkan pesanan buat Achey ialah Tomok, Lan Solo, Datuk Seri Aliff Syukri, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Pada Jun tahun lalu, ibu Achey pernah dimasukkan ke hospital kerana berdepan dengan penyakit jarang dijumpai, iaitu ketumbuhan yang menyebabkan saluran pankreasnya membesar.
Penyakit tersebut turut menyebabkan berat badan ibu Achey susut lebih 20 kilogram.
Achey Sanggup tangguh semua kerja..
Demi ibu tercinta, pelawak, Achey menangguhkan semua urusan untuk berada di ibu tersayang, Ngaisah Hassan yang kini ditempatkan Hospital Besar Segamat, Johor.
Kata Achey atau nama sebenarnya, Mohd. Nasir Hamzah, sekarang dia hanya mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap kesihatan ibunya yang tidak menentu.
“Maaf rakan-rakan media tak dapat nak menjawab semua pertanyaan. Saya masih fokus kepada kondisi emak yang sentiasa berubah-ubah.
“Jika ada ruang masa untuk tuan puan semua, dapatlah mendoakan kekuatan mak saya,” katanya menerusi Instagram.
Sementara itu, isterinya, Nur Hassanah Yahya atau Anne memaklumkan, ibu mentuanya yang sudah mencecah 74 tahun itu berada dalam keadaan kritikal namun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai penyakitnya.
Semalam, Achey memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya dalam perjalanan pulang ke kampung di Johor. Dia bergegas balik kampung sebaik menerima perkhabaran mengenai ibunya yang sebelum ini kerap keluar masuk hospital.
“Kami tangguhkan dahulu kerja-kerja yang ada. Kesihatan mak merosot. Doakan mak saya semoga baik-baik. Mak kuat. Insya-Allah,” tulisnya dengan ringkas.
Pada Jun tahun lalu, Ngaisah pernah dimasukkan ke wad berpunca daripada masalah di saluran pankreas yang juga dikatakan penyakit jarang dijumpai hingga menyebabkan berat badannya susut lebih 20 kilogram
Kredit -
Post a Comment