Mesti ramai yang baru ‘menikmati’ RM10,000 hasil dari Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Lebih menggembirakan sudah tentu wang tersebut boleh dibelanjakan untuk hari raya yang bakal menjelma beberapa hari lagi dan juga untuk kegunaan masa hadapan.
ARTIKEL MENARIK:“Jumpa My4t Suami Terg4ntung Di Tali Buaian, Dunla lsteri Gel4p Gelit4”- Tr4uma Asik Terbayang Kaki Terjuntal Dlm Bilik
Namun, boleh jadi duit yang dikeluarkan untuk tabungan masa depan terpaksa digunakan untuk keperluan membaiki kenderaan serta kediaman yang rosak disebabkan banjir kilat yang melanda ibu kota semalam.
Menerusi laporan dari media-media tempatan, hujan lebat yang melanda petang semalam membuatkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur dinaiki air dan ia sudah berlaku beberapa kali sejak akhir tahun lalu.
Sehubungan dengan itu, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Nor Azam Budin telah berkongsi keadaan banjir kilat di Segambut dan meluahkan rasa kecewa apabila kenderaan-kenderaan yang mungkin digunakan untuk berhari raya di kampung ‘terendam’ dek air banjir.
Bayangkan, dalam kegembiraan nak raya. Keluar duit RM10k kwsp sebab nak buat persiapan dan survive selepas MCO
And this happen?
Semoga penduduk segambut dipermudahkan dari segala urusan banjir ni. Doakan utk dorg. pic.twitter.com/10dl9Vd70S
— Nor Azam Budin (@norazambudin) April 25, 2022
Boleh jadi kegembiraan menerima RM10,000 dari pengeluaran KWSP hanya sementara dan perlu digunakan pula untuk tujuan membaikpulih.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengakui berasa kasihan melihat nasib yang menimpa pemilik-pemilik kenderaan memandangkan banjir yang berlaku seakan mendadak.
Masing-masing tidak dapat menyelamatkan kenderaan dan pasrah sahaja dengan apa yang berlaku walaupun kurang dari seminggu hari raya bakal menjelma.
SUMBER : Oh My Media via
Post a Comment