Ampang: Bukan saja mencalarkan kenderaan tetapi cermin sisi turut dipatahkan dan ekzos dibengkokkan.
Perbuatan pelik yang dilakukan seorang wanita terhadap kereta ejen hartanah dirakam penduduk di Pandan Indah di sini, kelmarin.
ARTIKEL MENARIK:Selepas Dib0ikot‘, Kak Long 7E Dedah Apa Yang Berlaku Ketika Meniaga Di Pasar Malam
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mngsa yang juga wanita berusia 21 tahun mendakwa meletakkan kereta di hadapan pejabatnya dalam keadaan baik, pada 2 petang.
“Ketika hendak pulang daripada kerja pada 6.50 petang, mangsa mendapati kereta dibeli bapanya dicalarkan, kedua-dua cermin sisi dan wiper patah, selain ekzos bengkok serta dilitupi dengan span tilam.
“Kerosakan itu dipercayai dilakukan seorang wanita tempatan berbaju merah. Terdapat satu video oleh seorang penduduk yang merakamkan kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikutan kejadian itu, beliau berkata, mangsa yang mengalami kerugian lebih RM1,000 tampil membuat laporan polis.
“Siasatan awal, mangsa mendakwa tidak mempunyai masalah dengan sesiapa,” katanya.
Katanya, polis sedang mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Mohamad Farouk meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil untuk membantu siasatan.
Terdahulu, video berdurasi 49 saat yang dirakam saksi menunjukkan seorang wanita sedang mematahkan cermin sisi, tular di media sosial.
Sambungan kejadian awal masa letak tilam.
Ramai tanya kenapa letak tilam.
Netizan cakap Myvi Double Park
Myvi biru double park dan dia tak boleh keluarkan kereta dia yg sediakala park dlm tempat letak kereta.
Siapa yang pernah kena kes double park yang jenis buat2 tak reti nak alih kereta memang faham perasaan wanita tu.
Myvi biru bukan mangsa keadaan.
Mana dia ada letak kereta secara baik
Dalam pada itu, PPIM juga ada kongsi isu yang sama dan menayakan pendapat dari netizan
kredit:kosmo via
Post a Comment