Che Ta Pesan Usah Buat D0sa Mengata Zul Ariffin, Tak Sangka Ini Reaksi Netizan

Che Ta Pesan Usah Buat D0sa Mengata Zul Ariffin, Tak Sangka Ini Reaksi Netizan

BERFIKIRAN matang dan rasional merupakan cara terbaik untuk seseorang pelakon itu memilih watak bagi mengelak berlaku sebarang kontroversi.

Che Ta Pesan Usah Buat D0sa Mengata Zul Ariffin, Tak Sangka Ini Reaksi Netizan



Menurut pelakon Rozita Che Wan, 49, sebagai pelakon mereka berhak untuk mendapatkan penjelasan daripada pengarah drama atau filem jika diminta melakukan aksi yang sensitif.

ARTIKEL MENARIK:2 Artis Ini Bakal Berdepan , Ameng Spring Tampil Bagi Nasihat


“Mereka perlu lebih matang. Kepada pelakon baharu, apabila pengarah suruh buat sesuatu (yang sensitif).

“Anda kena tanya kenapa dan kena fikir juga akibatnya nanti. Jangan membuta tuli buat,” katanya kepada mStar.

Rozita ditemui pada majlis Woman of Excellence Awards 2021/2022 yang berlangsung pada Khamis malam.

Jangan jadi pelakon ‘buta tuli’, Che Ta nasihat artis baharu kaji skrip sebelum ikut cakap pengarah

KOMEN NETIZEN:

“Ini bru btul bgi teguran,bukan macam sorang tu backup membe dikatanya netizen hati iblis”

“Sepatutnya pengarah tu yg kena pikir ok x buat flum mcm ni bukan nk cari duit jar apa pun alasan hukum nya tetap berdosa sb byk orang yg lihat pasti salah paham baik tak baik kita pula dapat dosa kering”

“Tpi klau dulu silap sikit artis d gam, tpi yg ini dh melampau batas, dh prnh buat silap minta maaf tpi buat lgi mungkin bayaran tinggi kot”

Isu Zul Ariffin, kita kena salahkan stesen tv – Zed Zaidi

KUALA LUMPUR : Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, 42, percaya, kesalahan harus diletakkan di bahu stesen televisyen apabila merungkai isu yang berlaku terhadap babak panas Zul Ariffin yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil, perkara ini juga berlaku kerana selama ini stesen tv sering mengutamakan jumlah pengikut seseorang pelakon yang perlu mencapai angka sejuta di media sosial.

“Mengenai Zul Ariffin ini, sebenarnya, kita kena salahkan stesen tv sebab mereka yang nak pilih pelakon untuk berlakon dalam drama mereka dan mengenakan syarat jumlah pengikut sejuta sebagai keutamaan.

“Ini yang berlaku apabila mereka tak tengok bakat seni. Kalau ada pengikut satu juta maka bolehlah promosi drama itu. Jadi, berlakulah isu seperti ini yang kononnya nak promosi drama mereka itu.

“Jadi, saya rasa tak mustahil juga akan ada lebih ramai lagi penggiat seni yang akan buat video promosi yang macam Zul buat. Sebab? Stesen tv yang nak ikut sangat ukuran jumlah pengikut sejuta itu bukan? “ katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram semalam.

Selain itu, sedar bahawa ada yang melatah menepis pandangannya itu yang dianggap tidak mempunyai kaitan, kata Zed, apa yang diperkatakan itu adalah pandangannya sendiri berdasarkan pemantauan dalam industri.

“Kalau sudah tak tengok bakat, tengok jumlah pengikut, tak mustahil ada lagi macam ini. Mungkin diorang (stesen tv) boleh paksa melalui kontrak pula? Mana kita tahu bukan?”katanya.

Dalam pada itu, berdasarkan pemantauan di ruangan komen, ada antara pengikutnya melontarkan kata setuju dengan pandangan yang diberikan oleh Zed.

Menurut komen daripada pengguna, Sidtamrin, dia juga melihat pihak stesen tv umpama lepas tangan dan membiarkan aktor tersebut mengharungi kontroversi tersebut.


Loading...


“Bila dah jadi macam ini, stesen tv lepas tangan. Ya, mereka adalah pelakon dan mereka berlakon dan bonuslah untuk promosikan drama lakonan untuk dapat pengikut baru selain menolong stesen tv untuk dapat rating tinggi.

“Jangan kata stesen tv tak tahu jalan cerita dan ada babak tambahan sebegitu yang boleh bantu mereka untuk dapatkan rating tinggi. Yang kotor dan jijik adalah permainan stesen tv. Bakat nombor dua, pengikut nombor satu!”katanya.

Komen tersebut juga kemudiannya disambut dengan kata setuju oleh Zed.

“Kalau mereka tambah bayaran ekstra untuk promosi okeylah juga. Tapi bila jadi kontroversi, mereka lepas tangan dan tak mengaku. ini lah perangai stesen tv hipokrit. Lepas itu artis yang jadi mangsa,”katanya.

Baru-baru ini, babak kurang manis di dalam drama ‘Perempuan Itu’ lakonan Zul Ariffin dan pendatang baru, Siti Hariesa telah menjadi bahan kecaman ramai.

Video berdurasi 23 saat sedutan sebuah drama yang dikatakan bakal ditayangkan pada bulan Ramadan menjadi tular di laman sosial selepas dimuat naik aktor itu ke Instagram miliknya.

Isu yang tular itu juga telah mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Katanya, Bahagian Hal Ehwal Agama tidak akan membiarkan perkara yang mencemarkan fitrah dalam agama dan akan menasihati.

Tidak hanya itu, ramai di dalam kalangan agamawan meluahkan kegusaran hiburan yang keterlaluan dalam membentuk corak fikir yang merosakkan anak muda.

Zul juga telah membuat permohonan maaf baru-baru ini menerusi akaun Instagram selain mendedahkan telah memberi kerjasama penuh dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Cyberjaya, Selasa lalu.

Sumber : MSTAR ONLINE viaTrending Sangat


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post