Baru-baru ini kecoh di rata-rata media sosial isu babak aksi ‘panas’ dalam drama yang bakal ditayang pada bulan Ramadan bertajuk Perempuan Itu telah mendapat kecaman teruk oleh orang ramai.
Menerusi satu ciapan yang tular di laman Twitter, seorang pengguna telah berkongsi sebab-sebab mengapa rakyat Malaysia sepatutnya ‘boikot’ atau ‘cancel’ drama berkenaan.
ARTIKEL MENARIK:“Nak suami camni”- Rilek Fattah Amin ‘betulkan’ tudung Fazura dipuji ramai
Menurutnya, drama itu akan disiarkan pada bulan Ramadhan yang merupakan bulan paling suci bagi umat Islam dan ianya tidak sesuai untuk menjadi tontonan untuk orang Islam.
Ia akan disiarkan di TV3. Ramai kanak-kanak juga menonton TV3.
Jelasnya lagi, pelakon-pelakon yang melakonkan babak berkenaan juga merupakan orang beragama Islam dan mereka melakukan adegan tidak senonoh dan dilarang dalam Islam.
Meninjau di ruangan balas, seorang lagi pengguna Twitter telah memaklumkan bahawa pengikut di laman sosial pelakon drama itu malah naik mendadak.
“Semalam followers 9k harini dah 20k. Orang Malaysia punya cancel atau boikot ni korang jangan percaya, kisah dongeng je,” tulis seorang netizen.
Rata-rata netizen turut bersetuju dan menganggap perkara sebegitu sering dilakukan oleh rakyat Malaysia.
“Tula aku tak faham kenapa nak pergi follow, macam terbalik kat Malaysia punya boikot,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : beautifulnara via Slamber Media
Post a Comment