Pasangan bahagia yang jarang terpalit kontroversi, siapa lagi kalau bukan Fattah Amin dan isterinya, Fazura. Kedua-dua pelakon ini sememangnya antara selebriti yang begitu disukai oleh ramai peminat.
Fattah Amin dan Fazura bagaimanapun kini semakin bahagia dengan cahaya mata sulung mereka yang diberi nama, Nur Fatima Aisya yang kini semakin membesar dengan sangat comel dan ceria.
ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Mira Filzah Makin Cantik Bila Sarat Meng4ndung 8 Bulan, Ini Tempoh Cuti Yg Diambil Selepas Bers4lin
Umum diketahui, Fazura selain berlakon dia juga kini semakin popular sebagai usahawan tudung. Keluarkan sahaja apa-apa koleksi, tentu cepat sungguh sold out. Ini kerana, tidak sekadar kualiti dan rekaan tudung Fazura sahaja yang mendapat sambutan malah harga yang berpatutan turut mencetuskan tudungnya itu meraih reaksi positif pembeli.
Walau bagaimanapun, siapa menyangka disebalik kejayaan Fazura itu ada insan tersayang yang dilihat sentiasa menemaninya, Fattah Amin.
Menerusi perkongsian video oleh salah seorang pengguna cetus ramai warganet seronok menyaksikan kemesraan Fattah Amin yang rilek sahaja membetulkan tudung digayakan Fazura sebelum photoshoot.
Ternyata perkongsian tersebut mencetuskan ramai turut tumpang bahagia melihatkan perubahan Fazura disamping suami, Fattah Amin itu dan meninggalkan pelbagai pandangan mereka diruangan komen.
“Nak suami camni”
“Fattah berjaya pimpin Fazura”
“Selain Aeril Zafrel, Hairul Azreen, Fattah Amin juga contoh lelaki idaman…”
“Bila bersama lelaki yang betul”
Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://himpunanceritalawak.com/ via Slamber Media
Post a Comment