K’jaan akhirnya luluskan lagi pengeluaran wang daripada KWSP. Jumlahnya buat ramai gembira

K’jaan akhirnya luluskan lagi pengeluaran wang daripada KWSP. Jumlahnya buat ramai gembira

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas RM10,000 lagi daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

K’jaan akhirnya luluskan lagi pengeluaran wang daripada KWSP. Jumlahnya buat ramai gembira



Katanya, berdasarkan dapatan, kajian dan penelitian secara menyeluruh, dalam fasa pemuliham pandemik, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

ARTIKEL MENARIK:Tengku Zafrul dedah ada satu negara ni tak pernah benar rakyat dia keluarkan wang persaraan tak macam KWSP


“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk pengeluaran caruman KWSP.

“Justeru, pada hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” katanya pada sidang medianya yang disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen.

Menurutnya, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

“Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan,” katanya.

Perdana menteri bekata walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun dia merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan, katanya.


Loading...


Dalam pada itu, Najib mengucapkan terima kasih kepada PM

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang berjumlah RM101 bilion. Ia melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.

Bagaimanapun, banyak pihak tampil menggesa agar kerajaan meneruskan inisiatif tersebut dengan memberi kebenaran pencarum KWSP membuat pengeluaran kali kedua simpanan mereka.


Kredit -
Trending Sangat



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post