Ajuk jalan OKU di FB Live, tindakan lelaki ini buat Kak Long mula tak senang duduk

Ajuk jalan OKU di FB Live, tindakan lelaki ini buat Kak Long mula tak senang duduk

KUALA Lumpur: Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris meminta masyarakat bersikap terbuka terhadap program Trending terbitan stesen TV Alhijrah yang bertujuan mendidik masyarakat.

Ajuk jalan OKU di FB Live, tindakan lelaki ini buat Kak Long mula tak senang duduk



Ia susulan kecaman terhadap stesen TV itu yang menampilkan Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin, 33, dalam program terbabit yang sepatutnya ditayangkan Rabu depan sehingga memaksa ia ditunda.

ARTIKEL MENARIK:Aku Pramugari, Kadang2 Ada “Side Income” Lumayan Dari Para Vip, Tiba2 Dalam Satu Penerbangan, Ada Seorang Jemaah Umrah Ni Bisik Kat Aku Sebelum Turun Pesawat, Smpaikan Semua Staff Lain Terkejut Tgk Aku


“Saya pernah menjadi pengacara tetap di stesen TV terbabit selama enam tahun (2010-2016). Dan saya menjadi saksi penerbit di sana bukan jenis kaki suka cari kontroversi. Saya juga tak setuju mereka hanya jemput Kak Long 7E dan KFC tanpa membawa bersama kakitangan 7E.

“Ditambah pula Kak Long siap makin bangga dengan kelakuannya atas asbab dijemput muncul di TV. Katanya hikmah untuk makin ‘famous’. Saya juga ada tegur ‘perangai hudoh’ Kak Long itu,” katanya.

Menerusi hantaran di media sosial, Amin Idris berkata selepas bertabayyun (meneliti mendalam) dia mendapati program itu adalah untuk mendidik masyarakat melalui isu yang tular agar mendapat pengajaran.

“Pihak 7E sudah buat tugas mereka dengan baik, yang perlu ‘disekolahkan’ ialah Kak Long. Di sinilah TV Alhijrah main peranan.

“Antara hasil rakaman terbabit, Kak Long siap mengakui kesilapan dia, malah Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki mengingatkan beliau mengenai tingkah lakunya dan kesan kepada didikan anak-anak. Dan mungkin bila tak ditayangkan, makin berlagak jadinya!

“Namun, itulah sikap kita. Belum tonton kita dah judge macam-macam. Terkadang kita benci orang yang suka maki hamun, tapi kita juga jadi tukang maki hamun atas nama tegakkan agama.

“Buat Kak Long, awak dijemput ke TV bukan sebab hikmah awak di pihak yang benar, tapi hikmah agar awak kenal apa yang benar,” katanya.

Terdahulu, TV Alhijrah dalam satu kenyataannya semalam berkata, keputusan menunda tayangan episod Kak Long 7E dibuat selepas mengambil kira kegelisahan yang tercetus dalam kalangan masyarakat.

Wakil OKU Buta Laporan P0lis Terhadap Kak Long

Kak Long 7E’ tular lagi, ajuk jalan OKU di FB Live

PETALING JAYA – Isu mengenai seorang wanita yang lebih dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’ semakin mendapat perhatian orang ramai sejak awal Mac lalu.

Semalam, selepas tular kisah wanita itu diundang sebagai jemputan dalam sebuah program televisyen, dia sekali lagi menjadi bualan hangat pengguna media sosial hari ini apabila rakaman siaran langsung Facebook yang memaparkan tindakannya seolah-olah mengajuk cara berjalan seorang orang kelainan upaya (OKU).


Loading...


Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat seperti mengulang balik komen yang dilontarkan oleh orang ramai sambil berjalan senget berserta melakukan riak wajah yang pelik.

Sehubungan itu, ramai yang mula mengecam tindakannya dan menganggap sebagai biadab kerana terlalu taksub mengejar populariti sehingga sanggup melakukan sesuatu perkara yang memalukan diri sendiri.

“Malu la jadi mak kalau perangai macam ini, patutlah anak pun lebih kurang bahasanya, kalau yang patut tunjuk contoh baik pun gagal jaga adab,” komen seorang pengguna.

“Kalau Allah bagi cacat terus, baru dia insaf mungkin, berubahlah cepat, dari awal bulan cerita pasal mak cik ini tak habis-habis, dah kena kecam, minta maaf, esok video baru lagi, kecam lagi,” ujar pengguna yang lain.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, wanita tersebut tampil memohon maaf susulan video yang tular itu dan menafikan dakwaan orang ramai serta bertegas memaklumkan bahawa dia tiada niat sama sekali untuk mempersendakan golongan OKU.

Bukan itu sahaja, dia sempat luah rasa kecewa apabila sering menjadi sasaran pengguna media sosial yang hanya mencari kesalahannya untuk disebarkan.

Kak Long Minta Maaf

Menurut wanita ini, dia tiada niat untuk menghina golongan OKU dan mengakui video yang dibuatnya itu hanyalah sekadar gurauan.

Tak cukup dengan itu, Kak Long turut meminta maaf atas ketelanjurannya itu dan berjanji tidak akan buat perkara seperti itu lagi.


Tak cukup dengan itu, Kak Long turut akui kecaman yang diterimanya ini sangat memberikan dia tekanan dan merasakan orang ramai gemar mencari kesalahannya.

Demi Allah saya takdak persendakan OKU. Saya gurau masa tu dalam live. Serba benda nak rakam. Kenapa bagi saya tekanan yang sangat kuat. Saya tak hina OKU, saya tak sebut nama siapa-siapa. Bakpe cari silap saya sokmo.”

Wanita ini juga turut meminta maaf secara terbuka kepada golongan OKU sekiranya pihak mereka terasa dengan video yang dibuatnya itu.

"Saya takde niat, saya hanya bergurau. Kepada golongan OKU saya minta maaf" – Kaklong pic.twitter.com/CqCoHEAY0x

— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) March 16, 2022

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber:mstar viaTrending Sangat





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post