Ibu kepada mendiang pelakon terkenal Thailand, Nida “Tangmo” Patcharaveerapong hari ini menyatakan keikhlasannya memaafkan dua lelaki yang bersama anaknya pada hari Nida terjatuh dari bot laju, lapor Bangkok Post.
Pun begitu, si ibu yang dikenali sebagai Panida Siriyuthayothin ini tidak memaafkan tiga lagi individu yang turut berada di atas bot yang sama pada hari kejadian.
ARTIKEL MENARIK:Tangmo Nida pernah tukar nama dua kali, pandai berenang… Ketahui 10 fakta pelakon Thailand m4ut jatuh sungai
Dalam sebuah sesi temu bual yang disiarkan dalam program televisyen tempatan, Panida berkata dia memaafkan kedua individu yang merupakan pemilik dan pengendali bot laju pada malam tragedi 24 Februari itu.
Pemilik bot hubungi setiap hari mohon maaf
Memetik Bangkok Post, Panida dihubungi pemilik bot berkenaan pada hari sebelumnya yang memohon maaf dan mahu menemuinya untuk meminta maaf secara peribadi.
Awalnya, Panida mengaku masih marah terhadap lelaki itu namun pemilik bot itu terus dihubungi setiap hari meminta maaf dan berjanji akan menjaga wanita berkenaan yang baru kehilangan anak perempuannya.
“Dia berjanji akan menjaga saya seperti mana Mo (Tangmo) menjaga saya. Saya maafkan dia kerana dia secara konsisten mencuba untuk menghubungi saya dan dia tahu saya sedang sakit,” ujar Panida memetik laporan Bangkok Post.
Gambar: YouTbe Hone KrasaeDalam sebuah sesi temu bual yang disiarkan dalam program televisyen tempatan, Panida berkata dia memaafkan kedua individu yang merupakan pemilik dan pengendali bot laju pada malam tragedi 24 Februari itu.
Pemilik bot hubungi setiap hari mohon maaf
Memetik Bangkok Post, Panida dihubungi pemilik bot berkenaan pada hari sebelumnya yang memohon maaf dan mahu menemuinya untuk meminta maaf secara peribadi.
Awalnya, Panida mengaku masih marah terhadap lelaki itu namun pemilik bot itu terus dihubungi setiap hari meminta maaf dan berjanji akan menjaga wanita berkenaan yang baru kehilangan anak perempuannya.
“Dia berjanji akan menjaga saya seperti mana Mo (Tangmo) menjaga saya. Saya maafkan dia kerana dia secara konsisten mencuba untuk menghubungi saya dan dia tahu saya sedang sakit,” ujar Panida memetik laporan Bangkok Post.
Gambar: YouTbe Hone Krasae via
Post a Comment