33,209 kes Covid-19, tertinggi sejak pandemik

33,209 kes Covid-19, tertinggi sejak pandemik

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam melonjak kepada 33,209 kes, sekali gus tertinggi sejak pandemik tersebut dilaporkan di negara ini.

33,209 kes Covid-19, tertinggi sejak pandemik



Ia kali kelima negara merekodkan kes melepasi angka 30,000 dengan kelmarin (32,467 kes), 25 Februari (30,644 kes), 24 Februari (32,070 kes) dan 23 Februari (31,199 kes).

ARTIKEL MENARIK:Bitcoin: Peniaga Didakwa Rasuah Pegawai TNB RM126,500


Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 441 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala jumlah kumulatif kes Covid-19 negara sebanyak 3,561,766 kes.

“Mengikut pecahan negeri-negeri, kes semalam dilaporkan di Selangor (8,897 kes), Kuala Lumpur (4,105 kes), Kedah (3,060 kes), Pulau Pinang (2,592 kes), Johor (2,359 kes), Sabah (2,131 kes), Negeri Sembilan (1,679 kes) dan Kelantan (1,572 kes).

“Seterusnya Perak (1,544 kes), Pahang (1,535 kes), Sarawak (1,333 kes), Terengganu (938 kes), Melaka (741 kes), Perlis (270 kes), Labuan (266 kes) dan Putrajaya (187 kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 78 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,106 kes serta sebanyak 22 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,830 kes.


Loading...


Sebanyak 305,010 kes aktif dilaporkan melibatkan 292,696 kes dikuarantin di rumah, 3,442 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,524 kes di hospital, 137 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 211 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Kredit - Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post