Tanpa kita sedar, hanya kurang dari dua minggu lagi, seluruh umat islam bakal menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan. Bulan mulia di mana segala amalan akan menjadi ibadah dan tentunya berbaloi dengan pahala.
Pasti ramai yang tidak sabar untuk menyambut bulan istimewa ini.
ARTIKEL MENARIK:Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Sebenar Cukur Dan Lukis Kening
Namun sayangnya, walaupun hampir semua umat Islam tidak sabar, hanya segelintir sahaja yang sebenarnya benar-benar sedang menyiapkan perkara penting menjelang kedatangan Ramadhan. Perkara yang bakal kami kongsikan ini sering dilupakan namun jika kita bersedia dari sekarang, ia akan memberi kesan yang cukup bermakna. Jom kita tengok!
1. Ganti hutang puasa yang belum dilakukan pada tahun sebelumnya.
via sohoque.com
Perkara penting yang perlu anda beri perhatian sebelum menjelang Ramadhan adalah menggantikan hutang puasa. Cuba ingat semula, adakah anda masih belum menggantikan puasa pada tahun sebelum ini? Jika ada, adalah lebih baik sekiranya anda membayar hutang puasa dahulu.
Dalam Islam sendiri, ia tidak pernah membebankan umatnya, begitu juga dengan berpuasa. Anda tidak boleh berpuasa di bulan Ramadhan jika anda jatuh sakit, perjalanan yang jauh, wanita yang baru bersalin dan dalam tempoh sedang haid. Namun, sudah tentunya anda perlu membayar puasa di luar bulanRamadhan dengan berpuasa dalam bilangan hari yang sama.
2. Rancang bajet atau perbelanjaan sepanjang Ramadhan.
via pexels.com
Sepanjang bulan Ramadhan, sudah tentu ramai yang sedar bahawa perbelanjaan kita akan bertambah dengan mendadak. Bermula dari keperluan berbuka puasa, bersahur, membeli pakaian baru bagi menunaikan ibadah di bulan yang mulia.
Jadi, bagi mengelakkan dari anda runsing memikirkan perbelanjaan yang tinggi, alangkah baiknya jika anda merancang bajet atau perbelanjaan mulai sekarang seperti keperluan yang perlu dibeli, kos rutin bulanan dan juga kos yang tidak dirancang. Sedikit tips untuk anda, sepanjang bulan Ramadhan, anda sebenarnya tidak perlu membeli pakaian baru atau kerap membeli makanan dari luar. Anda boleh berjimat dengan memasak masakan sendiri di rumah.
3. Belajar memasak dari sekarang dan sediakan resipi untuk juadah buka puasa.
via socmed.id
Melihat dari perkara sebelum ini, dengan memasak menu sendiri untuk bersahur dan berbuka puasa, anda dapat berjimat dan tidak akan membebankan kewangan anda. Bagi anda yang tinggal jauh dari keluarga, jangan terus membeli menu sahur dan kerap berbuka puasa di luar kerana bajet anda pasti akan terganggu.
Selagi ada masa sebelum menjelang Ramadhan, cuba belajar memasak dari sekarang dan menulis resipi dari menu yang akan anda buat untuk berbuka puasa dan bersahur. Kalau boleh, buat senarai menu masakan untuk sebulan supaya ianya lebih menyenangkan rutin harian anda.
4. Jaga kesihatan diri
via lagendapress.com
Apabila memasuki bulan Ramadhan nanti, anda pasti akan berpuasa penuh selama sebulan. Ini bermakna anda akan sering merasa lemah pada waktu siang dan anda juga pastinya akan sibuk dengan aktivit ibadat pada waktu malam.
Jadi, bagi memastikan anda bersedia secara menyeluruh, cuba bersenam dan mula makan makanan yang lebih berkhasiat. Pastikan kesihatan anda sentiasa dalam keadaan baik bagi memastikan anda dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna.
5. Lakukan amalan Sunnah sebelum Ramadhan.
via shopback.co.id
Semua sedia maklum bahawa pada bulan Ramadhan akan ada banyak amalan sunnah yang berlipat kali ganda pahalanya. Bagi anda yang lebih bersedia menghadapi bulan Ramadhan nanti, pastinya banyak rutin ibadah yang mantapyang akan anda lakukan. Tidak salah untuk memulakannya dari sekarang. Bermula dari berpuasa sunat pada setiap Isnin dan Khamis, membaca Al-Quran sedikit demi sedikit hingga mengerjakan ibadah pada waktu malam.
6. Tetapkan jadual untuk waktu tidur, berehat dan bekerja.
via tajria.com
Sepanjang bulan Ramadhan juga, banyak aktiviti yang biasa anda lakukan akan bertukar. Contohnya jadual rehat akan berkurangan, bangun tidur menjadi lebih awal, jadual waktu memasak juga akan bertukar bagi menyempurnakan ibadah puasa.
Jika anda tidak membiasakan diri atau menyiapkannya dari sekarang, anda pasti akan menghadapi kesukaran. Jadi, jangan berlengah lagi, mula dari sekarang dan tetapkan jadual anda dengan lebih baik untuk waktu tidur, bekerja dan berehat supaya anda tidak terlambat.
7. Buat target yang bakal anda capai sepanjang bulan Ramadhan nanti.
via pexels.com
Biasanya, setiap awal tahun, kita akan membuat target pancapaian selama satu tahun. Jadi, tidak salah rasanya untuk anda juga membuat target yang terbaik sepanjang bulan Ramadhan. Contohnya, sepanjang sebulan berpuasa, anda dapat menghabiskan dan khatam Al-Quran, dapat bangun untuk menjalani ibadat pada malam hari dengan sempurna sehinggalah target anda untuk menjadi seseorang yang lebih sabar dan belajar sesuatu dengan lebih ikhlas.
Menulis target untuk sesuatu yang perlu dicapai memang nampak mudah, namun jika anda mempunyai impian, anda akan lebih teruja untuk mencapai matlamat tersebut sepanjang Ramadhan.
Sama-samalah kita persiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan yang bakal tiba ini dengan sebaik mungkin. Bersaing dalam kebaikan dan persiapakan diri dengan lebih sempurna. Selamat menjalani ibadah puasa dari kami di murai.my.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment