Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Sebenar Cukur Dan Lukis Kening

Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Sebenar Cukur Dan Lukis Kening

PETALING JAYA – Bagi menampakkan kecantikan yang ketara, golongan wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencukur bulu kening mereka sendiri dan kemudian melukis balik di atas cukuran terbabit.

Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Sebenar Cukur Dan Lukis Kening



Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus melalui ceramah soal jawab agama yang disiarkan di laman sosialnya berkata, Rasullah pernah bersabda barang siapa yang mencukur kening sendiri mahupun mencukur kening orang lain (mak andam) hukumnya adalah haram dan berdosa besar.

ARTIKEL MENARIK:Bekas Mufti Dedah Istilah ‘payung emas’ adalah hadis p4lsu. Ini reaksi Ustazah Asma


“Cukur bulu kening sendiri atau mencukur bulu kening orang lain adalah haram, tidak kiralah lukis balik ataupun menghaluskan hujung kening itu.

“Kedua-duanya haram, sekiranya si suami tidak menegur dan melarang, si suami itu juga akan dapat bahagian dosanya bersama isterinya,” ujarnya.

Tambah Azhar lagi, perkara ini hanya boleh dilakukan sekiranya kening seseorang itu tidak sama dan dibolehkan untuk menyamakan kening itu sahaja.

“Ada kan orang yang kening dia tinggi atau rendah sebelah, jadi dibolehkan untuk dia menggunting atau guna pisau untuk membetulkan kening itu sedikit.

“Jadi nasihat saya kepada kaum wanita yang suka melakukan perkara itu, taubatlah kerana sudah ternyata kelakuan tersebut telah dinyatakan haram dan berdosa,” katanya.


Loading...


Cukur Kening? Apa kata Ustaz? | Ustaz Azhar Idrus (Typography Version)

 


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post