Siapa sangka, selain Rayan kanak2 perempuan umur 6 tahun mengalami nasib yg serupa

Siapa sangka, selain Rayan kanak2 perempuan umur 6 tahun mengalami nasib yg serupa

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Rayan, yang terjatuh dan terperangkap pada kedalaman 32 meter di sebuah telaga sejak Sabtu lalu, disahkan meninggal dunia.

Siapa sangka, selain Rayan kanak2 perempuan umur 6 tahun mengalami nasib yg serupa



Menurut Utusan Malaysia, BBC melaporkan, kenyataan diraja mengumumkan pemergian Rayan sejurus selepas dia berjaya ditemukan dan dibawa keluar dari telaga tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Berjaya Dibawa Keluar Perigi Sempit, Ini Punca Sebenar Kenapa Umur Rayan Tak Panjang


Usaha menyelamatkan Rayan sebelum ini ‘mencengkam’ perasaan seluruh negara, dengan ratusan orang berkumpul di perigi itu.

Kanak-kanak itu terjatuh pada ke dalaman 32 meter dan usaha menyelamat berdepan cabaran getir dengan kebimbangan berlaku tanah runtuh.

Arab Saudi juga ada ‘Rayan’, melibatkan kanak-kanak perempuan umur enam tahun

JEDDAH: Insiden yang menimpa Rayan Oram di Maghribi mengingatkan penduduk Arab Saudi kepada kejadian serupa yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan.

Pada Disember 2013, Lama al-Rouqi, enam tahun, terjatuh ke dalam perigi terbiar di utara bandar Tabuk.


Loading...


Lapor Arab News, mayat kanak-kanak itu ditemukan pada kedalaman 40 meter di dalam perigi tersebut.
Jatuh ketika berkelah

Sebelum kejadian, Lama berkelah bersama keluarganya di kawasan tersebut.

Sejumlah teknologi moden, termasuk kamera inframerah digunakan untuk menentukan kedudukan sebenar Lama di dalam perigi tersebut.

Walaupun dibantu oleh syarikat minyak Arab Saudi, Aramco semasa operasi menyelamat, Lama tetap gagal diselamatkan dan mayatnya dikeluarkan selepas beberapa tempoh.

Ujian DNA mengesahkan Lama meninggal dunia di dalam perigi itu ketika operasi menyelamat dilakukan.

Susulan kematian tragik kanak-kanak itu, golongan belia di negara ini melancarkan satu aplikasi telefon yang bertujuan mengurangkan kemalangan jatuh perigi di Arab Saudi.

Aplikasi yang dinamakan Lama itu digunakan untuk melaporkan mana-mana perigi terbiar yang ditemukan oleh perseorangan atau pihak berkuasa dan mampu berfungsi tanpa isyarat internet.

sumber: utusan viaTrending Sangat





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post