Berjaya Dibawa Keluar Perigi Sempit, Ini Punca Sebenar Kenapa Umur Rayan Tak Panjang

Berjaya Dibawa Keluar Perigi Sempit, Ini Punca Sebenar Kenapa Umur Rayan Tak Panjang

Sejak Selasa lalu, seluruh dunia pastinya mengikuti rapat perkembangan misi menyelamat adik Rayan yang terperangkap dalam perigi sempit di Maghribi dengan kedalaman 32 meter.

Berjaya Dibawa Keluar Perigi Sempit, Ini Punca Sebenar Kenapa Umur Rayan Tak Panjang



Video misi menyelamat itu malah distrim secara langsung serta mendapat sokongan rata-rata penduduk dari setiap negara, yang mendoakan agar dia berjaya dibawa keluar.

ARTIKEL MENARIK:Anak terperangkap dalam sebuah perigi 5 hari, ini kata2 Bapa, Ibu Rayan buat mata ramai berkaca


Kronologi Kejadian Dan Punca Kenapa Rayan Tak Dapat Di Selamatkan

Dikhabarkan anak kecil ini telah berada lebih 96 jam berada di kedalaman perigi tersebut. Air dan oksigen berjaya disalurkan menerusi paip. Penggalian perigi masih diteruskan pasukan penyelamat Maghribi.

1) 1 Feb 2022 :Rayan mengikuti bapanya untuk membaiki sebuah perigi berdekatan dengan rumah. Bapanya tidak perasan bahawa anaknya sebenarnya sudah hilang dan akhirnya dilihat Rayan sudah berada didalam perigi kering tersebut.

Bapanya cuba meminta tolong dari kejiranan namun hampa kerana kedalaman perigi serta tiada peralatan yang tepat untuk turun kebawah.

2) Bantuan dari pihak berkuasa diminta dan mereka menghantar pandangan kamera bagi memastikan bahawa Rayan masih lagi bernyawa.

3) Keadaan perigi yang sempit menggagalkan cubaan mereka bagi menghantar seorang rescuer. Keadaan semakin dalam dan semakin sempit ini membuatkan mereka hilang udara dan tekanan juga semakin tinggi.

Bahkan cubaan seorang kanak-kanak yang menawarkan diri untuk turun kebawah pun gagal kerana pengudaraan yang tidak stabil.

4) Bekalan corong udara, minuman, makanan dan lampu dihantar kepada Rayan menggunakan tali (bersamaan sebuah kamera)

5) Misi penyelamatan ini siap melibatkan arkitek bagi mencari idea menyelamat dan akhirnya mereka memilih satu plan (berdasarkan gambar dibawah).

6) Sekurang-kurangnya 5 pengorek tanah digunakan untuk melaksanakan rancangan yang bakal dicuba oleh pihak rescuer. Mereka cuba membuka lubang pintu dari sebelah kedudukan perigi.

7) 5 Feb 2022 : Mereka sudah mengorek pintu keluar sedalam 28m namun risiko plan ini seolah dihujung tanduk. Ada kemungkinan berlaku tanah runtuh hingga mampu meragut keselamatan Rayan.

8) 6 Feb 2022 :Rayan meninggal dunia, pasukan penyelamat hanya tarik keluar m4yat

Lepas 5 hari bertarung…Rayan akhirnya berjaya dibawa keluar

Selepas 5 hari bertarung, pasukan kecemasan Maghribi dilaporkan berjaya menemui budak lelaki tersebut sekitar jam 4.30 pagi waktu Malaysia. Sejurus dibawa keluar, mereka bergegas kejarkan Rayan ke pusat perubatan terdekat sekali gus menamatkan operasi getir berkenaan. Terdahulu, kru penyelamat dikerahkan untuk gali kawasan itu sambil dibantu oleh khidmat pakar kejuruteraan topografi bagi mencari ‘formula’ paling selamat untuk mengeluarkannya.

Heeeee’s OUUUUTTTTTTT. RAYAN IS OUT AND IS HEADING TO THE HOSPITAL. ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

After 5 days of being trapped in a water well.#Rayan #PrayforRayan #الطفل_ريان pic.twitter.com/VvBM9ISrKj

— 🇵🇸 (@Walidbusquets) February 5, 2022

Rayan tak mampu bertahan untuk hidup susulan kecederaan dialami lebih 100 jam dalam perigi sempit

Orang ramai yang berada di tempat kejadian bersorak dan bersyukur apabila melihat Rayan ketika dibawa atas pengusung sehingga dimasukkan ke dalam ambulans. Walau bagaimanapun, dia dilaporkan tidak mampu bertahan untuk hidup susulan kecederaan dialaminya selepas lebih 100 jam terperangkap dalam perigi sempit.

Berjaya Dibawa Keluar Perigi Sempit, Tapi Sayangnya Umur Rayan Tak Panjang 4

Kehilangan Rayan disahkan oleh Raja Maghribi…zahirkan ucapan takziah kepada ibu bapanya
Berdasarkan portal The Sun, berita pilu itu disahkan dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak istana Maghribi kira-kira selepas 30 minit jasad kanak-kanak malang itu dikeluarkan. Raja Mohammed VI turut menzahirkan ucapan takziah kepada kedua-dua ibu bapa Rayan. Setakat ini, laporan penuh tentang pemergian Rayan masih juga dinantikan oleh seluruh dunia.

Penyelamat bersaing dengan masa selamatkan Rayan

Terdahulu pasukan penyelamat berlumba dengan masa bagi mengeluarkan Rayan.

Ada kesan luka di kepala

Rayan diberikan makanan dan dibekalkan oksigen dan minuman menerusi tiub, tetapi tidak dapat dipastikan apakah dia menjamahnya atau pun tidak.

Anggota -anggota penyelamat terdahulu telah mengeluarkan mangsa yang dikenali sebagai Rayan Awram dan berumur lima tahun selepas pasukan perubatan memeriksa keadaannya di dalam perigi sedalam 32 meter itu setelah sampai ke lokasi dia terperangkap.

Kejayaan menyelamatkan Rayan diiringi laungan ‘Allahuakbar’ daripada penduduk tempatan yang setia menanti di sekitar kawasan kejadian.



Loading...


Kesihatan Rayan merosot, bergantung bekalan oksigen

Terdahulu laporan di lokasi kejadian menyatakan kesihatan Rayan yang berusia lima tahun semakin merosot dan bergantung kepada bekalan oksigen yang dipam ke dalam lubang tersebut.

Rayan terperangkap dalam lubang sedalam 32 meter (m) sejak Selasa lalu berhampiran rumah keluarganya di perkampungan Ighrane di wilayah Chefchaouen.

Ketika ini pasukan penyelamat bertungkus-lumus untuk membawa keluar mangsa, namun penggalian semakin rumit susulan risiko berlaku runtuhan dalam lubang berkenaan.

Sejak Selasa lalu, jentera berat termasuk jentolak digunakan bagi membantu kerja-kerja penggalian tetapi jarak dua meter terakhir dari kedudukan mangsa adalah paling kritikal.

Jurucakap kerajaan, Mustapha Baitas sebelum ini memberi jaminan bahawa Rayan akan dikembalikan kepada keluarganya dalam keadaan selamat.

Rayan terjatuh ke dalam perigi milik bapanya ketika bermain di kawasan rumahnya di wilayah Chefchaouen pada petang Selasa

Saya belum tidur atau lelapkan mata walau sekejap pun

Terdahulu etika ditemuramah wakil media di sana, bapa Rayan akui dirinya berasa ralat kerana tidak perasan kehilangan anaknya itu ketika sedang membaiki perigi di rumah mereka pada hari kejadian. Sejak itu, dia bersama isterinya sangat bimbang dan berharap agar kanak-kanak itu dapat diselamatkan dengan segera.

“Tak sangka sekejap saja alihkan pandangan, anak kecil saya dah berada dalam perigi. Sejak itu, saya belum mampu untuk lelapkan mata walau sekejap pun. Semua orang sedang lakukan yang terbaik agar dia dapat keluar dengan selamat & kami boleh memeluknya semula. Akan tetapi, saya tidak menyembunyikan sebagai ibu bapanya memang sangat bimbang.”

Ringankanlah keperitannya di dalam lubang berdebu itu

Sementara itu, ibu Rayan iaitu Wassima Kharchich pula menceritakan betapa luluh hatinya saat mendapat perkhabaran duka itu. Sambil melinangkan air mata, wanita berkenaan berdoa agar anak lelakinya itu dikurangkan keperitannya serta positif dirinya mampu diselamatkan.

“Saya masih menaruh harapan bahawa kami akan mengeluarkannya. Saya berdoa & memohon kepada Tuhan agar dia keluar dari perigi itu dalam keadaan hidup dan selamat. Ringankanlah keperitannya di dalam lubang berdebu itu.’

Tengok mak dia sedih, mata kita pun masuk habuk…

Susulan itu, rata-rata netizen dari Malaysia juga menitipkan doa agar adik Rayan dapat pulang kembali ke dalam pangkuan keluarga tercinta. Sambil menanti khabar berita gembira dari tapak lokasi kejadian, mereka juga berharap agar ibu bapa kanak-kanak ini tabah mengharungi ujian yang melanda.

Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post