SUSULAN pendedahan Datuk Chef Wan menerima surat saman daripada bekas menantunya Shikin Maembong, wanita berkenaan akhirnya tampil menjawab salah satu tuduhan daripada cef selebriti itu.
Tegas Shikin yang juga kakak kepada pelakon Emma Maembong itu, dakwaan kononnya perkahwinannya dengan bekas suami, Cef Riz menggunakan duit Chef Wan adalah fitnah semata-mata.
ARTIKEL MENARIK:Hampir 7 Bulan Menduda, Ini 4 Wanita Cantik Yang Shuib Asyik Dijodohkan
Tegas Shikin, dia dan Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan ketika itu mereka menjalankan bisnes bersama dan menggunakan 100 peratus hasil pendapatan untuk majlis perkahwinan tersebut.
“Sebenarnya duit perkahwinan kami seratus peratus adalah duit sendiri. Ketika itu saya dan bekas suami buat perniagaan Elken. Kita kumpul duit sendiri dan kahwin guna duit sendiri.
Foto kenangan ketika majlis perkahwinan Chef Riz dan Shikin Maembong pada 2014.
“Seratus peratus duit sendiri tiada satu sen pun guna duit bapa mentua.
“Apa yang dia post adalah fitnah dan saya rasa semua kena tahu hal yang sebenar,” ujarnya.
Terdahulu, Chef Wan mendedahkan menerima notis tuntutan mahkamah daripada bekas menantunya gara-gara menegur hal berkaitan cucunya.
Chef Wan menerusi satu posting tersebut terkilan apabila usahanya sebelum ini membantu wanita itu dalam kesusahan seolah-olah tidak dihargai.
“Tak rasa malu ke semasa susah, saya juga yang uruskan bil hospital dan macam-macam lagi. Sebagai bapa mentua salah ke saya beri nasihat.
“Saya beri nasihat yang baik-baik tanpa perlu melibatkan mahkamah untuk dapat hak penjagaan anak. Ramai orang bercerai, namun masih sama-sama jaga anak.
“Kau lupa ke jasa aku susah payah kahwin kan kau berdua guna duit saya 100 peratus?” tulis Chef Wan.
Chef Wan dedah disaman Shikin Maembong.
Dalam pada itu, Shikin berkata, dia menjelaskan perkara itu berikutan menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang kurang senang dengan perkara berkenaan.
“Ramai yang bertanya khabar dan juga mengecam saya. Saya ni bukan sejenis yang suka mengaibkan orang atau bercerita tentang peribadi saya di Instagram tapi keadaan memaksa saya,” ujarnya.
Untuk rekod Chef Riz, 40, mendirikan rumah tangga dengan Shikin atau Siti Nur’ Ashikin Ismail pada 5 Disember 2014 dan bercerai pada Jun 2016.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasya yang kini berusia tujuh tahun.
Nadzri sebelum itu pernah berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia namun bercerai pada 10 Disember 2012, selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.
Pada Januari lalu, Chef Riz berkahwin kali ketiga dengan wanita pilihan hatinya bernama Nurul.
sumber: mstar via
Post a Comment