DUBAI – Seorang pakar dalam jenayah siber di Arab Saudi memberi amaran kepada orang ramai bahawa tindakan menghantar emoji ‘love’ menerusi aplikasi WhatsApp boleh berdepan hukuman penjara.
Akhbar Okaz melaporkan pengirim emoji itu boleh dihukum penjara dua hingga lima tahun dan denda 100,000 riyal (RM111,556) jika disabit bersalah seperti ditetapkan di bawah undang-undang di Riyadh.
ARTIKEL MENARIK:Shah Rukh Khan Dituduh ‘Meludah’ Mendiang Lata Mangeshkar, Tetapi, Ini Sebenarnya Yang Terjadi
“Penghantaran emoji itu adalah satu bentuk jenayah gangguan. Selain itu, penggunaan beberapa imej dan ungkapan ketika bersembang dalam talian juga adalah kesalahan sama jika aduan difailkan oleh penerima,” menurut laporan itu memetik kenyataan Al Moataz Kutbi.
Menurutnya, pengguna tidak boleh sewenang-wenangnya terlibat dalam perbualan tanpa persetujuan individu lain yang boleh menyebabkan mereka berasa terganggu atau tidak selesa terutamanya apabila menggunakan emoji ‘love’.
Jelas Al Moataz lagi, gangguan boleh ditakrifkan melalui pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi s3ksual dalam apa jua bentuk termasuk menggunakan teknologi moden.
“Ia termasuk emoji yang dikaitkan dengan konotasi s3ksual mengikut budaya sesebuah masyarakat seperti emoji ‘love’ dan bunga ros,” tambahnya.
Difahamkan, denda yang dikenakan boleh mencecah 300,000 riyal (RM335,000) jika pesalah melakukan kesalahan berulang. – Agensi
Kredit -
Post a Comment