Penerima Vaksin Sinovac : Status Vaksinasi Akan Bertukar Putih Jika Tak Ambil Dos Penggalak

Penerima Vaksin Sinovac : Status Vaksinasi Akan Bertukar Putih Jika Tak Ambil Dos Penggalak

Semua individu berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac ini.

Penerima Vaksin Sinovac : Status Vaksinasi Akan Bertukar Putih Jika Tak Ambil Dos Penggalak



Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, jika gagal berbuat demikian, mereka akan dikira berstatus tidak lengkap vaksinasi dan akan tertera di dalam aplikasi MySejahtera.

ARTIKEL MENARIK:Kes sudah melebihi 10,000. Berlaku sesuatu di FB Khairy Jamaluddin selepas KKM umum ada pengumuman penting


Katanya, ia membabitkan semua penerima vaksin warga emas tidak kira jenis vaksin pertama dan kedua serta penerima vaksin Sinovac dewasa.

“Sekiranya tidak, sijil digital itu akan tukar warna kepada putih, maksudnya status vaksinasi penuh tidak lagi diberikan dan sekatan akan dibuat di pintu masuk tertentu.

“Saya setuju dengan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) bahawa ada keengganan penerima Sinovac, contohnya untuk terima dos penggalak Pfizer.

“Saya nak umumkan ada 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac belum terima dos penggalak lagi. Ramai ini, dan mereka terdedah kepada gelombang Omicron sebab keberkesanan Sinovac tidaklah setinggi Pfizer, walaupun berkesan, tidaklah sebaik dan efektif Pfizer.

“Sebab itu saya sudah buat keputusan bahawa, kita lebih menggalakkan mereka menerima Pfizer dan Astra Zeneca, tetapi apa juga penggalak lebih baik dari tidak ada langsung. Sebab itu kita akan berikan janji temu untuk mereka pilih sekiranya mereka mahukan Sinovac bagi dos penggalak mereka,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.



Loading...


Beliau turut mengumumkan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam menghadapi gelombang terbaharu ini, KKM juga mengaktifkan semula National Covid-19 Rapid Response Task Force (RRTF).

Khairy berkata, ia adalah jawatankuasa khas yang akan melaksanakan tindakan awalan pantas dalam mengawal penularan di sesebuah negeri atau kawasan antaranya menambah katil dan mengubah suai katil bukan Covid-19, membina hospital medan dan menyumberluaran pesakit ke hospital swasta.

“RRTF ini akan dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr. Chong Chee Kheong dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Asmayani Khalib yang akan membuat pelaporan terus kepada saya,” katanya.

Sumber : HM


Kredit -khalifahmedianetworks



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post