Bermula 1 Mac, Status Vaksin Bertukar Tak Lengkap Jika Tidak Ambil Dos Penggalak

Bermula 1 Mac, Status Vaksin Bertukar Tak Lengkap Jika Tidak Ambil Dos Penggalak

Penduduk berusia berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022.

Bermula 1 Mac, Status Vaksin Bertukar Tak Lengkap Jika Tidak Ambil Dos Penggalak



Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, susulan itu, golongan itu diminta untuk hadir segera bagi mendapatkan dos penggalak secara walk-in di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.

ARTIKEL MENARIK:Penerima Vaksin Sinovac : Status Vaksinasi Akan Bertukar Putih Jika Tak Ambil Dos Penggalak


“Dos penggalak memberi perlindungan daripada jangkitan Covid-19 terutama sekali komplikasi teruk.

“Data harian menunjukkan individu yang belum divaksin adalah 9 kali lebih berkemungkinan untuk dijangkiti dan 62 kali lebih berkemungkinan maut berbanding individu yang telah lengkap vaksin atau telah mengambil dos penggalak,” katanya pada sidang akhbar khas tadi.

Katanya, setakat ini, terdapat lebih kurang 32 peratus atau 1 juta warga emas yang masih belum mengambil dos penggalak.

Dalam pada itu, kes harian Covid-19 di negara ini terus merekodkan trend peningkatan apabila mencatatkan sebanyak 11,034 kes hari ini berbanding 10,089 semalam sekali gus menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 2,925,254.



Loading...


Sebelum ini, KKM menjangkakan kes harian Covid-19 boleh mencecah sehingga 22,000 sehari menjelang akhir Mac ini sekiranya bacaan kadar kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (Ro) kekal 1.2 hingga hujung bulan depan.

Sumber : Kosmo 


Kredit -KHALIFAH MEDIA NETWORKS.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post