KJ dedah sudah tempah vaksin untuk anak, dia jelaskan v4ksin untuk Kanak-Kanak wajib atau tidak

KJ dedah sudah tempah vaksin untuk anak, dia jelaskan v4ksin untuk Kanak-Kanak wajib atau tidak

Kuala Lumpur: “Semalam saya sendiri buat tempahan untuk anak saya. Ini nak jawab yang kata dia tak vaksin, anak tak vaksin.

KJ dedah sudah tempah vaksin untuk anak, dia jelaskan v4ksin untuk Kanak-Kanak wajib atau tidak



“Anak saya, umur enam tahun akan divaksin dan Insya-Allah saya harap yang lain juga akan buat tempahan kepada anak-anak mereka,” kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

ARTIKEL MENARIK:Selepas selesai berjoging, Lelaki ini dicvIik dan diperk0sa bergilir-gilir


Beliau berkongsi perkara itu ketika berucap pada Majlis Pelancaran program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) hari ini.

Katanya, cabaran utama pihaknya kini adalah untuk memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa ia adalah selamat.

“Ramai terutamanya di media sosial mereka minta supaya tidak dipaksa dan sebagainya, saya memberi jaminan bahawa contoh untuk kalau dewasa, tak lengkap vaksin kita tak benarkan masuk ke kedai makan, tak dibenarkan masuk ke pusat membeli-belah dan sebagainya, untuk kanak-kanak, tiada syarat itu.

“Mereka diberikan pengecualian kerana kita nak pastikan ibu bapa yakin dengan proses ini, tidak terasa dipaksa dan vaksin ini akan melindungi anak-anak mereka daripada kesan yang lebih buruk daripada jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau yakin dengan terlaksananya PICKids, negara dapat mencapai tahap pemberian vaksin yang memuaskan.

Katanya, dengan itu pihaknya dapat memberi cadangan kepada kerajaan untuk memberikan lebih banyak kelonggaran seperti kawalan pintu masuk antarabangsa, kuarantin dan sebagainya.

“Kita bukan saja dapat menjaga kesihatan awam, tetapi merancakkan pemulihan ekonomi negara,” katanya.



Loading...


517,107 kanak-kanak mendaftar v4ksin C0VID-19

Seramai 517,107 kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun di negara ini sudah didaftarkan oleh ibu bapa mereka untuk menerima vaksin Pfizer COVID-19, setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menerusi akaun Twitter berkata, angka itu merangkumi kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kohort 3.6 juta kanak-kanak.

“Permulaan yang baik dan @KKMPutrajaya (Kementerian Kesihatan) akan terus menyampaikan maklumat mengenai faedah mendapatkan suntikan vaksinasi,” katanya, di sini, hari ini.

Khairy berkata, beliau berharap hampir separuh daripada kanak-kanak di Malaysia akan mendapatkan suntikan vaksin menjelang akhir bulan ini.

Katanya, pautan bagi tempahan Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-kanak (PICKids) dimuat naik berdasarkan tarikh pendaftaran dan ibu bapa yang tidak menerima pautan akan mendapatkannya tidak lama lagi.

Khairy turut memuat naik info grafik mengenai pendaftaran PICKids, yang menunjukkan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi dengan 131,500 kanak-kanak mendaftar, manakala Labuan mencatatkan pendaftaran terendah dengan 900 kanak-kanak.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan, pemberian dos kepada kanak-kanak lima tahun hingga 11 tahun akan bermula esok, di hospital dan pusat vaksin bersepadu, di Lembah Klang.

517,107 kids (5-11 yo) in Malaysia have been registered for the Pfizer COVID-19 vaccine by their parents. This is ~15% of the total cohort (~3.6mn).
Good start & @KKMPutrajaya will continue to communicate the benefits of getting vaxxed. #PICKids pic.twitter.com/dFqfV5Hicr

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) February 2, 2022

Sejumlah empat juta kanak-kanak berusia bawah 12 tahun di Malaysia layak menerima vaksin itu. – BERNAMA viaTrending Sangat





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post