DUA minggu mengalami demam dan sesak nafas, penyanyi rap Ariz Ramli atau Caprice sekali lagi dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ariz, 34, memaklumkan dia sudah beberapa kali mendapatkan rawatan namun doktor masih belum mengesahkan penyakit sebenar yang dialaminya.
ARTIKEL MENARIK:“Mcm pelakon terkenal” Anak Siti Sarah peluk wanita mana? Ramai syak bakal ibu tiri
“Sejak dua minggu ini saya sering keluar masuk hospital disebabkan demam dan sesak nafas.
“Perkara pertama yang terlintas difikirkan pastinya jangkitan Covid-19, namun syukur bukan Covid-19. Harap tiada apa yang serius dan segera sihat,” jawabnya ketika ditanya pengikut Instagram.
Ariz turut meminta keluarganya menjalani ujian saringan Covid-19
Tambahnya, dia juga sempat menghadiri satu sesi pitching dan menunaikan solat Jumaat sebelum dimasukkan semula ke hospital.
Dalam masa sama, isteri dan anak tirinya juga sudah menjalani ujian saringan Covid-19 bagi memastikan semua dalam keadaan sihat.
Sejak dua minggu ini saya sering keluar masuk hospital disebabkan demam dan sesak nafas
“Untuk tujuan keselamatan, seluruh ahli keluarga perlu menjalani ujian. Alhamdulillah semua negatif.
“Semua yang mempunyai keluarga akan risau dengan peningkatan kes harian,” jelasnya.
Ariz mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal bernama Farra Inalis, 26, pada November 2021.
Farra mempunyai seorang anak perempuan Aleesya Sofea, hasil perkahwinan terdahulu.
Caprice atau Ariz Ramli merupakan seorang penyanyi yang juga dikenali sebagai penceramah motivasi.
Di laman Instagram, bintang hip hop ini gemar memuat naik rakaman dirinya berkongsi pendapat mengenai isu tular di media sosial.
Beliau yang terkenal dengan lagu-lagu berbahasa Inggeris turut aktif melibatkan diri dalam aktiviti ceramah dan kempen bagi tujuan pendidikan.
Fakta Menarik
Cenderung merakamkan lagu-lagu berbahasa Inggeris.
Merupakan pengasas aplikasi Classruum yang berkonsepkan pendidikan, di bawah syarikat Caprice Technologies.
SUMBER: MSTAR
via
Post a Comment