Ebby Yus dapat bantuan bina rumah baru. Ini jumlah bantuan yang dia dapat

Ebby Yus dapat bantuan bina rumah baru. Ini jumlah bantuan yang dia dapat

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Ebby Yus menerima sumbangan daripada kerajaan berbentuk rumah mesra rakyat bernilai RM56,000.

Ebby Yus dapat bantuan bina rumah baru. Ini jumlah bantuan yang dia dapat



Ia selepas rumahnya yang masih dalam pembinaan di Hulu Langat, Selangor musnah dihanyutkan banjir, Disember lalu.

ARTIKEL MENARIK:Kerap ses4k naf4s, 2 minggu Ariz Ramli keluar masuk hospital, ini penjelasan doktor


Ebby Yus, 56, atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, pembinaan rumah bantuan itu didirikan di tapak tanah lama miliknya.

“Saya menerima sumbangan daripada kerajaan iaitu rumah mesra rakyat yang dibina dengan harga RM56,000. Pembinaan rumah baharu saja didirikan empat hari lalu dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan.

“Pembinaan masih di tapak sama, cuma rumah itu dibuat ke dalam sedikit supaya berjauhan dari sungai. Risau kejadian yang sama berulang pula pada masa hadapan.

“Alhamdulillah, saya menerima pelbagai bantuan daripada peminat, rakan selebriti dan menteri cuma mereka enggan nama didedahkan. Saya juga menghargai peminat dari Singapura iaitu Haji Taib mewakili SIAEC Legends dan Veterans yang banyak menyumbang,” katanya.

Sementara itu, Ebby Yus turut berkongsi perkembangan kesihatannya yang sebelum ini diuji dengan masalah paru-paru.

“Alhamdulillah, doktor sudah buat pemeriksaan dan keadaan paru-paru saya sekarang tidak memerlukan rawatan sampai perlu ditebuk. Walau bagaimanapun, saya perlu menjalani rawatan susulan di hospital.

“Terima kasih sebab ingat dan mendoakan kesihatan saya pulih. Terima kasih buat semua yang mendoakan dan percayalah, doa kepada saya berbalik kepada kalian semua. Doa yang baik-baik,” katanya.

TAPAK pembinaan rumah baru Ebby Yus.

Dalam pada itu, ramai netizan terus mendoakan semoga urusan Ebit Yus di permudahkan

“Terimakasih pada yg membantu. Pada tn EY, ketabahan dan kesabaran tn dlm menghadapi dugaan2 sedia ada sangat dikagumi. Semoga tn sentiasa diberkati dan dirahmati serta dipermudahkan segala urusan”.



Loading...


“Alhamdulillah.semoga dipermudahkan urusan….”

Ebby Yus sambut baik bantuan kerajaan

Pelawak terkenal Ebby Yus terharu dan menyambut baik pengumuman Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada perutusan tahun baharu 2022, kelmarin.

Dalam pengumuman tersebut, kerajaan bersedia untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir membina semula kediaman mereka yang musnah dan tidak dapat diduduki dengan kos sehingga RM56,000 bagi setiap unit rumah baharu yang dibina.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, pengumuman terbabit sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir.

“Memang satu tindakan yang baik dan bagus daripada Perdana Menteri jika kerajaan mahu menghulurkan bantuan. Saya pun tidaklah mengharapkan akan mendapat bantuan penuh, tapi sekurang-kurangnya jika diberi separuh daripada kos pembinaan itu sudah cukup bersyukur.

“Lagi-lagi untuk mangsa banjir yang sudah kehilangan rumah. Macam situasi saya, lagilah tanah dihakis dan separuh daripadanya sudah masuk ke dalam sungai. Jadi, kalau diikutkan agak memakan belanja besar kerana nak kena ukur dan tambak tanah itu semula,” katanya.

Menurut Ebby, bantuan yang diumumkan kerajaan itu sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir terutama mereka yang kehilangan rumah untuk memulakan kehidupan semula.

Terdahulu, Ebby mengalami kerugian lebih RM200,000 apabila rumah baharu yang dibinanya di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat sejak empat tahun lalu musnah sepenuhnya dalam kejadian banjir pada 18 Disember lalu.

Kediaman dua tingkat yang dibina Ebby di atas tanah dibeli secara kongsi bersama abangnya itu dibangunkan berperingkat mengikut modal yang dikumpul dari hasil kerjaya seninya.

Malah, rumah impian Ebby itu hanya tinggal 10 peratus saja lagi untuk siap sepenuhnya dan dia juga sudah merancang masuk tinggal di situ pada Januari ini.

Ebby berkata, kawasan tanah yang tidak terkena hakisan banjir itu kini hanya tinggal suku saja iaitu bilik air dan setor kerana berada di kawasan luar, manakala keseluruhan rumahnya ranap dibawa arus dalam kejadian banjir itu


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post