JAKARTA – Satu gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter menggoncang wilayah Sumatera Barat pagi ini yang turut dirasai di beberapa bahagian di Malaysia, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.
Menurut Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), gempa yang berlaku sekitar pukul 8.39 pagi (waktu tempatan) itu terletak 17 kilometer (km) di Timur Laut Pasaman Barat, 64 km di barat laut Bukit Tinggi.
ARTIKEL MENARIK:‘Solat Di Masjid Haram Mekah Adalah Rapat’- Ustaz Abu Syafiq Dedah ‘SOP’ Sebenar Di Tanah Suci
“Kedalaman gempa adalah 10 km,” demikian menurut keterangan BMKG.
Tambah agensi tersebut, gempa itu tidak berpotensi menyebabkan tsunami.
Loading...
Sementara itu, sebilangan penduduk di kawasan Lembah Klang menyatakan bahawa mereka turut merasai gegaran tersebut, malah ada yang bergegas keluar dari bangunan pejabat dan kediaman. – Agensi
via
Post a Comment