Muat naik pendakwah bebas terkenal tanah air, ustaz Abu Syafiq mengenai penjarakan sosial para jemaah di tanah suci menarik perhatian orang ramai di Instagram nya.
Tiada Penjarakan Di Masjidil Haram
ARTIKEL MENARIK:Akibat Tumbuk Muka Abang Sendiri, Penulis Blog Dipenjara 14 Hari Denda RM 2,500
Menurut Abu Syafiq, jemaah yang solat di Masjidil Haram tidak mengamalkan penjarakan sosial seperti yang orang ramai bayangkan. Pendakwah bebas ini mendedahkan hanya di kawasan Kaabah sahaja yang mengamalkan penjarakan kerana di kawasan tersebut merupakan fokus kamera.
Foto – Instagram @ustazabusyafiq
“Solat di Masjid Haram Mekah adalah rapat tiada jarak sejak awal lagi. Ini realiti. Hanya di Sahah Ka’abah yang buat Umrah sahaja yang jarak sikit sebab situ fokus kamera.
Ruang solat utama atas, luar dan banyak tempat semua rapat. Ketahuilah sebenarnya rakyat sudah mula sedar. Ini semua hanya permainan beragenda dalam sedikit kebenaran. Hakikatnya solat rapat saf memang diamalkan di Masjid Haram hingga kini.” Dedahnya
Boleh Masuk Mekah Tanpa Suntikan Vaksin Penggalak
Dalam muat naik terkini pendakwah ini, Abu Syafiq mengatakan bahawa jemaah yang tidak menyuntik vaksin penggalak, boleh memasuki masjid di Mekah dan Madinah.
Foto – Instagram @ustazabusyafiq
“Realiti. Tanpa vaksin dos penggalak di Mekah dan Madinah boleh masuk masjid. Boleh solat berjemaah. Termasuk masjid-masjid sekitar. Tiada larangan. Polis kata.. Allahumma Taqabbal semoga Allah terima ibadah. Silakan..” Tulisnya
Apa pandangan anda?
Kredit -Murai MY.
Post a Comment