KESESAKAN jalan raya sudah jadi lumrah kehidupan sebahagian besar rakyat Malaysia setiap hari, terutama waktu puncak. Setiap orang ada hal dan arah tuju masing-masing. Setiap orang pun akan mengaku tujuan mereka penting.
Baru-baru ini, tular rakaman dua buah kereta terbabit kem4langan gara-gara inign memberi laluan kepada eskot VIP ketika jalan raya sesak di satu perimpangan
ARTIKEL MENARIK:Lelaki Ni Kongsi Pengalaman Penuh Saspens Berurus Niaga Jual Beli Kereta Dgn Seorang Bilionair Malaysia
Takziah bang
Hanya kerana untuk memberikan laluan kepada VVIP buat sekatan secara tergesa-gesa maka rakyat telah menjadi mngsa kem4langan jalanraya dan akhirnya pemandu ceder4 dan kos baiki kereta ditanggung sendiri.
KOMEN KAMI
Keselam4tan jalan raya memang perlu diambil berat kerana hampir setiap hari ramai warga kota terpaksa bergelut menempuh kesesakan trafik. Tidak semua orang bertuah mendapatkan keistimewaan eskot polis.
Semua orang pun faham VIP diberikan keistimewaan seperti itu, tetapi janganlah sampai mengabaikan kesel4matan pengguna jalan raya lain hingga berisik0 menggadaikan ny4wa mereka.
Berilah ruang dan berilah masa. Kalau ditanya pembaca pun, rasanya ramai bersetuju pernah merasai pengalaman seperti itu.
‘Fahami tugas kami sebagai polis pengiring’
KUALA LUMPUR: Mereka dilihat sebagai anggota polis yang sombong serta berlagak di atas jalan raya.
Namun tidak ramai yang memahami tugas berat yang diamanahkan kepada mereka sebagai anggota polis pengiring bermotosikal.
“Sebab itu ada yang marah dan memaki kami serta meluat melihat kami,” kata Koperal Sukre Abdul Rahim, 52.
Beliau yang pernah menjadi anggota pengiring Polis Diraja Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ketika berada di negara ini, berkata orang ramai menganggap tugas mereka hanya untuk memudahkan perjalanan orang kenamaan, bukan orang ramai.
“Namun ia merupakan protokol yang perlu kami ikuti apabila mengiring tetamu kehormat negara,” katanya yang telah berkhidmat selama 31 tahun sebagai Polis Pengiring Unit Gerak Khas di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.
Sukre menambah walaupun mereka kelihatan hebat ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi, namun jika berlaku sebarang kesilapan dalam melaksanakan tugas mengiring, ia akan memberi kesan kepada ramai pihak selain individu yang diiring.
Antara cabaran ketika bertugas bagi anak jati Kota Sarang Semut, Kedah ini ialah terpaksa berdepan pengguna jalan raya yang degil.
“Ada sesetengah pemandu sengaja tidak mahu beri laluan. Mungkin mereka ingat kami suka-suka suruh mereka beri ruang tanpa memikirkan faktor keselamatan orang awam dan sebagainya,” katanya.
Sarjan Mejar Noor Azmi Ariffin, 56, yang turut pernah mengiringi kenderaan Obama berkata ia merupakan kenangan indah sepanjang kerjayanya sebagai anggota polis pengiring selama 22 tahun.
“Kami terpaksa lencongkan kenderaan untuk mengosongkan jalan raya. Saya rasa itu perkara luar biasa yang dilakukan bagi memberi laluan kepada pemimpin atas faktor keselamatan,” katanya.
Penyelia Kanan Unit Gerak Khas, Balai Polis Trafik Kuala Lumpur ini berkata sebagai anggota pengiring, mereka juga perlu menghafal setiap laluan alternatif ketika membawa orang kenamaan, sebagai langkah keselamatan. — Bernama
Kredit -
Post a Comment