Lelaki Ni Kongsi Pengalaman Penuh Saspens Berurus Niaga Jual Beli Kereta Dgn Seorang Bilionair Malaysia

Lelaki Ni Kongsi Pengalaman Penuh Saspens Berurus Niaga Jual Beli Kereta Dgn Seorang Bilionair Malaysia

Jarang sekali kita dengar seseorang yang sudi menceritakan kisah pengalamannya ketika berurus niaga dengan hartawan hebat di Malaysia yang melibatkan nilai jualan yang besar.

Lelaki Ni Kongsi Pengalaman Penuh Saspens Berurus Niaga Jual Beli Kereta Dgn Seorang Bilionair Malaysia



Jika hanya berstatus jutawan, mungkin sudah agak biasa kita dengar. Yang berlagak ‘ala-ala jutawan’ pun dah hampir setiap hari kita sendiri pun pernah alami, betul tak?

ARTIKEL MENARIK:Peniaga Padang Kota Lama bikin gamat, siap ada pegang kayu macam nak pvkul orang sampai ada ‘teh ais terbang’


Kisah penuh saspens berikut dikongsikan oleh Firdaus Musa melalui akaun Facebooknya. Menurut beliau, urus niaga tersebut sebenarnya telah lama berlaku.

Walaupun tidak boleh disamatarafkan dengan mega bilionair dunia seperti Elon Musk, Jeff Bezos, Bill Gates dan Mark Zuckerberg, perkongsian ini dibuat oleh beliau bagi memberi sedikit gambaran kepada masyarakat mengenai golongan ‘kayangan’ sebenar yang terdapat di Malaysia.

Tangkap layar dari Facebook Firdaus Musa

“Jangan lambat, sebelum ni Dato’ dah cancel dengan dealer lain hanya sebab lambat”.

“Saya perlukan model ‘sekian’, dan saya mahukan hanya 4 seater? Boleh dapat?”

“Boleh, tapi perlu sedikit masa sebab model dengan 4 seater memang susah nak dapat,” aku jawab pendek.

“How much?”

“Around 3 juta ,” kata aku. “Perlukan downpayment 50% dan selebihnya sebelum kereta sampai perlu selesaikan habis.”

“Boleh nego?”, aku jawab, “Boleh”, dan pasti ada ruang untuk tawar-menawar.

Keesokan harinya, PA Dato’ call aku katanya cek dah siap, boleh ambil di ofis.

Tertera di cek bertulis, dua juta lima ratus ribu sahaja. Seronok, pada masa yang sama seram. Seronok sebab dapat booking macam ni punya banyak. Seram sebab takut lambat deliver.

Klien dah bayar, tapi kereta tak nampak batang hidung lagi. Mampus. 2 hari tak tidur tunggu if di UK ada kereta yang available.

Syukur. The next day ada dealer di UK updated iklan sebiji macam klien nak.

Tak banyak pusing, terus lock. Dan straight away inform klien. Hantar video segala detail berkenaan model yang dia nak. Dia pun tak banyak soal.

Dia cakap, “Okey, saya nak yang ini”. Disertakan dengan baki payment 500K.

Cukup mudah dan tak banyak songeh.

Booking air freight. Dalam 4 hari kereta sampai.

Kereta sampai je terus bawa ke Puspakom. Petang terus register.

“Dato’ nak single digit atau dua digit nombor plate?”

“Pakai running saja Firdaus. Saya tak mahu fancy.”

Terkedu kejap, jarang aku dapat permintaan macam ni.

Polish elok-elok, pastikan semua dalam keadaan baik, pantang ada signal bukan-bukan je keluar aku dah tak tenteram. Syukur semua selesai baik.

Waktu deliver aku call, “Dato’, saya hantar di lobi ofis okey?”, tanya aku.

“Jangan Firdaus, parking saja di basement. Segan saya”.

Aku takut sebenarnya kalau dia check ada complain itu ini. Tapi sangkaan aku meleset dengan cemerlang.



Loading...


Dia datang terus masuk dan tanya sekadar perlu.

“Ini button apa? Ini apa? Ini macam mana nak buka?”. Lepas tu duduk seat belakang.

Aku cuma dengar dia cakap, “Haa yang ni baru best. Terima kasih usahakan juga kereta ini untuk saya. Apa-apa nanti cakap dengan driver saya”.

Mungkin ini yang dikatakan, rezeki itu datang dari arah yang tidak disangka-sangka.

Mudah serba-serbi. Down to earth and classy!

The rest is history.

Short, simple and yet scary.

Foto dari Facebook Firdaus Musa

Definisi yang aku kategorikan bila deal dengan ‘billionare’.

Ingat, ni ‘billionare’, bukan ‘millionare’.

This is your attitude when you have eveything.

Moral of the story.

Pengalaman deal dengan billionare memang membuka mata kita untuk ketahui, siapa yang betul-betul kaya dengan siapa yang baru nak kaya atau acah-acah nak tunjuk kaya.

Rendah diri tak menjadikan kau miskin, menunjuk-nunjuk tak menjadikan kau betul-betul kaya.

Learn the difference.

Reaksi dari netizan

“Alhamdulillah semoga bertemu dgn gerangan budi pekerti dan budiman budiman kaya lebih ramai tahun ini dan seterusnya”

“Alhamdulillah……ni urusan bukan bishe2 je…aku tgk ko tulis pon dah cuak…nak delivery kat org tu yg paling cemas….adeii…sib baik perancangan Allah lebih baik la…. Tahniah Der….mantapp”

“Beza ngan ada jenis Datuk yang keep mention title kat nama dalam phone 5-6kali. Pastu mintak bilik paling murah. Eh mintak kurang lagi harga bilik. Deposit bilik tak ‘payahlahhh’ katanya sebab dia datuk. Tapi yang duduk tinggal dalam bilik jenis hauk habis sepah, kotor bagai nak claim ngan sape nanti tu? Datuk tak datuk kalau jenis fussy memang menyusahkan.”

Sumber: Firdaus Musa viaTrending Sangat





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post