VIDEO Detik Cemas Lelaki Diselamatkan Apabila Dihanyutkan Arus Deras.

VIDEO Detik Cemas Lelaki Diselamatkan Apabila Dihanyutkan Arus Deras.

SEGAMAT: Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas apabila hanyut bersama motosikal yang ditungganginya ketika cuba merentas arus deras di Kampung Bukit Limau Manis, Bukit Sengit, Pogoh pagi tadi.

VIDEO Detik Cemas Lelaki Diselamatkan Apabila Dihanyutkan Arus Deras.



Mangsa, Nor Ibrahim Ariffin, 37, dikatakan sedang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ telah hanyut dibawa arus deras ketika cuba merentas jalan yang sedang dinaiki air di kawasan kejadian.

ARTIKEL MENARIK:Rihana Oksana kongsi foto meraikan sambutan Krismas..- “Saya dan Leon bukan Katolik, tetapi..”


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail berkata, pihaknya telah menerima maklumat orang awam yang memaklumkan kejadian itu pada pukul 7.58 pagi.

“Mangsa dari arah Segamat menuju ke Muar melalui Jalan Pogoh, setibanya di lokasi kejadian, orang awam memaklumkan mangsa telah berjaya berpaut pada sebatang pokok.

“Anggota kita bertindak menyelamatkan mangsa menggunakan tali penyelamat dengan usaha sama dilakukan orang awam untuk membawa mangsa ke kawasan yang selamat.

“Pihak bomba mengingatkan orang awam supaya jangan cuba-cuba meredah arus banjir ketika ini. Ia bukan sahaja berbahaya kepada diri sendiri tetapi kepada orang awam serta anggota yang berada di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.


Loading...


Sementara itu, motosikal milik mangsa tidak dapat diselamatkan kerana arus yang deras sehingga menghanyutkan kenderaan terbabit.

Sumber : UM viaKHALIFAH MEDIA NETWORKS





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post