(ADA VIDEO) 1,000 Rumah Musnah Dijilat Api Di Colorado

(ADA VIDEO) 1,000 Rumah Musnah Dijilat Api Di Colorado

Kebakaran hutan yang berlaku sejak Khamis lalu dikhabarkan terus marak di dua bandar di daerah Boulder dan Denver di Amerika Syarikat (AS), dengan tiga orang dilaporkan masih hilang serta dikhuatiri maut.

(ADA  VIDEO) 1,000 Rumah Musnah Dijilat Api Di Colorado



Menerusi laporan Al-Jazeera, bencana alam itu menyebabkan ribuan mangsa terpaksa berpindah selepas hampir 1,000 kediaman musnah dijilat api.

ARTIKEL MENARIK:Tular video jemaah umrah meng4muk ‘disidai’ 6 jam utk pakai peranti digital


Pihak berkuasa memaklumkan, tiada sebarang laporan mengenai kematian atau kehilangan penduduk diterima susulan kebakaran yang melanda kawasan metropolitan itu.

Tiupan angin selaju 160 kilometer sejam (km/j) menyebabkan api merebak ke arah timur ke pekan Superior dan Louisville sehingga menyebabkan penduduk di kedua-dua kawasan itu dipindahkan.

Dalam tempoh dua jam, api yang marak itu menyebabkan kawasan seluas 2,400 hektar hangus terbakar.

Sheriff daerah Boulder, Joe Pelle, berkata tiga mangsa yang dipercayai hilang itu tinggal di kawasan rumah yang musnah akibat kebakaran.

Asap masih boleh kelihatan di jalan-jalan yang disekat oleh tentera pengawal kebangsaan, dengan kebanyakan kawasan musnah sama sekali akibat kebakaran.

Salji setebal lapan inci dan suhu sejuk semalaman menambah kesengsaraan ratusan penduduk Colorado yang berusaha menyelamatkan sisa rumah mereka selepas kebakaran itu.

Kebakaran hutan luar biasa itu berlaku berikutan musim gugur yang sangat kering dan musim sejuk yang membawa tiupan angin kuat.


Loading...


Presiden AS, Joe Biden mengisytiharkan kebakaran itu sebagai bencana dan pakar memberi amaran krisis iklim serta pembangunan di kawasan pinggir bandar menjadi punca kemusnahan terbabit.

Sumber: Al-Jazeera viaKHALIFAH MEDIA NETWORKS





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post