Insiden MH360 yang masih lagi hilang tanpa khabar berita sehingga hari ini benar-benar berbekas dalam diri rakyat Malaysia.
Pelbagai inisiatif digunakan untuk mengesan keberadaan pesawat Malaysia Airlines itu termasuklah ada sesetengah pengamal perubatan alternatif yang dikenali sebagai Raja Bomoh menawarkan diri untuk membantu proses mengesan pesawat yang hilang tersebut.
ARTIKEL MENARIK:Guna Paku Atau Dawai Kokot Bungkus Makanan? Anda Mungkin Dipenjara 2 Tahun Atau Didenda RM10,000
Buat FB live ketika ritual
Walaupun proses berkenaan tidak berhasil dan mendapat tentangan daripada banyak pihak, namun nama Raja Bomoh kekal menjadi sebutan disebabkan perkara itu sehingga ke hari ini.
Nampaknya, individu tersebut kembali meraih perhatian orang ramai apabila membuat ritual menghalau banjir di FB live miliknya sebelum dimuat naik kembali ke aplikasi TikTok akhiameer dan mendapat respon yang pelbagai daripada warganet.
Buat solat hajat, jangan syirikkan Allah
Menerusi video yang dikongsikan, pelbagai barang ritual untuk menghalau banjir disediakan dengan memperlihat Raja Bomoh serta seorang lagi wanita mulai membaca ayat-ayat al-Quran serta jampi serapah dengan senaskah kitab suci di hadapan mereka.
Sehubungan dengan tularnya video itu, ruangan komen pengguna TiTok berkenaan penuh dengan reaksi warganet yang bimbang dengan akidah umat Islam susulan perkara tersebut sangat bertentangan dengan agama Islam.
Janganlah tambah murka Allah S.W.T
Ingatkan rancangan ketuk2 Ramadan tadi
Terpesong teruk sangat dah ni
Sesat dah ni
Niat dah betul, cara yang salah
Sumber/Kredit: OMM, info terkini
Kredit -kualalumpurviral
Post a Comment