12 thn kawin, dh beranak pinak. Rupanya aku anak haramnya. Bila terbongkar, mak pak ‘lari’. Suami tingglkn. Aku terduduk

12 thn kawin, dh beranak pinak. Rupanya aku anak haramnya. Bila terbongkar, mak pak ‘lari’. Suami tingglkn. Aku terduduk

Foto sekadar hiasan Anak Luar Nikah Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku Ayla, sudah berkahwin dan mempunyai anak anak. Umur aku awal 30an. Aku pernah buat silap ketika zaman remaja aku. Akibat dari tu aku mempunyai anak luar nikah.

12 thn kawin, dh beranak pinak. Rupanya aku anak haramnya. Bila terbongkar, mak pak ‘lari’. Suami tingglkn. Aku terduduk



Ya aku bukan anak yang baik. Aku sedar. Aku jalani hidup aku seadanya.

Aku terima saat aku dibuang dihantar jauh. Bertahun tahun. Aku terima. Aku tak salahkan sesiapa. Salah aku. Aku yang memilih sendri. Saat aku dicampak jauh, suami aku yang sekaranglah yang menerima aku. Dia menerima aku seadanya.


ARTIKEL MENARIK:“Baru nak dating dgn suami, Sekali Bini Muda ikut sekali” Bini Bagi peluang Madu ikut sekali


Dia jaga aku dari aku belum melahirkan lagi (dia bukan ayah kepada anak aku). Sampai sekarang dia tak pernah bezakan anak aku.

Cukuplah salam perkenalan dari aku.

Apa yang aku nak ceritakan dekat sini adalah. Bila kau dah menerima seadanya hidup kau.

Kau terima salah yang kau dah buat. Kau terima layanan dan pandangan buruk orang pada kau. Sebab apa. Sebab kau tau yang buat salah tu kau.

Tapi semuanya berubah sekelip mata bila kau tahu orang yang buang kau, yang hantar kau jauh jauh, yang malu dengan salah yang kau dah buat, pun melakukan hal yang sama dan lebih teruk lagi.

Mehh aku terangkan. Rumah tangga mana yang tak diuji. Selama 12 tahun macam macam aku lalui. Tapi tak sehebat yang ini.

Aku ditunjukkan dengan satu persatu rahsia. Hakikat yang aku anak luar nikah terbongkar. Ya. Aku anak luar nikah. Haha. Aku tak tau rasa apa yang patut aku tunjukkan. Marah. Kelakar. sakit hati. Semua ada.

Yang paling buat aku rasa berderai pernikahan aku selama 12 tahun difaraqkan (dibubarkan kerana tidak sah nikah) kenapa tidak sah nikah?

Kerana aku berwakil walikan pak sedangkan aku sepatutnya berwakil walikan hakim. Lagi pula nama aku dalam ic dan surat beranak berbintikan pak. Jadi memang aku tak syak apa apa.

Jadi korang rasa apa yang aku patut rasa masa tu. 12 tahun pernikahan aku dibubarkan sekelip mata. Jadi orang asing. Kata mudahnye ibarat kau berziina 12 tahun ni. Suami aku? Tak. Dia tak memaki hamun aku.

Sepertimana dia menerima aku pada permulaan dulu begitu juga dia menerima tentang perkara ni. Cuma dia hancur. Sekelip mata hilang gelaran suami, hilang gelaran ayah. Katanya bukan dia tak sayangkan aku tapi kerana orang tua aku.

Aku faham. Semenjak dia jadi suami aku amat payah diri dia nak diterima masuk dalam keluarga. Macam macam yang mak duk kata dekat dia. Tapi dia tetap cuba ambik hati.

Bila jadi camni dia rasa selama ni kau tak terima aku dalam keluarga kau macam kau tak pernah buat silap tapi rupanya bila pekung kau terbuka kau lagi teruk dari aku.

Aku ni yang terima anak kau, yang jaga anak kau, terima cucu kau walau bukan anak aku tapi kau tak pernah nampak tu kau tak pernah hargai aku apatah lagi nak ucap terima kasih.

Sekarang, ini pula kau bagi pada aku (macamtula yang suami aku rasa) dan cakap dekat aku sebelum dia keluar dari rumah.

Sekarang kes aku dah dirujuk ke pejabat agama dan naik ke mahkamah tinggi syariah. Dah genap setahun aku lalui semua ni sorang. Naik turun mahkamah sorang. Tak selesai selagi mak tak hadir bagi keterangan.

Dorang pula tak nak hadir, tak nak ambik tau sebab katanya tak ada yang salah dulu dulu boleh saja. Katanya aku yang memperbesarkan perkara. Maka tersisihla aku dari keluarga.

Usaha?

Bukan aku tak usaha aku cari saudara yang boleh membantu kes aku jadi saksi aku tapi semuanya berjanji sampai masa bayang pun tak ada.

Aku letih berharap. Aku penat mengemis minta tolong. Besarnye pangkat mak pak tu sampai susah nak akui silap sendiri.

Bila masa aku yang yang buat silap kau tolak aku jauh jauh, aku lah yang terpaling jahat. Tapi bila salah kau pula yang terbuka rupanya kau pun sama macam aku tapi sekurangnya kau bukan anak haram. Tapi aku. Aku nak haram kau yang sekarang hidup aku dah tak ada apa apa.

Sekelip mata aku hilang keluarga, aku hilang tempat aku bergantung. Kau ada ambik tau? ada kau tanya cucu cucu kau macamana? paling sedih ada kau tanya anak haram kau ni ok ke tidak. Tak ada kau tak pernah tanya, kau penting diri, kau ego kau tetap rasa aku yang salah.

Sampai bila kau nak hukum aku atas dosa dosa kau. Proses mahkamah tak kan selesai kalau kau tak hadir. Sedangkan aku dah setahun hidup dengan anak anak tanpa suami. Egonya kau. Kau pernah terlanjur macam aku sebab tu adanya aku sebagai anak haram kau.

Tapi sekurang kurangnya keluarga pak terima kau baik. Tapi aku, kau campak sedangkan kau pernah lalui apa yang aku lalui patut kau lebih rasa apa yang aku rasa. Lagi satu walaupun kau ada anak haram iaitu aku tapi kau diri kau sendiri bukan anak haram.

Sedangkan aku diri aku sendiri anak haram dan aku juga buat silap macam kau. Kau pernah terpikir tak apa aku rasa lalui semua ni sorang sorang. Kau pernah terfikir aku ok ke tak. Tak pernah.

Suami aku keluar dari rumah, aku tunggu kau datang mak, pak jenguk aku tanya aku ok ke tak tapi korang tak pernah datang malah makin menjauh.

Jangankan nak akui silap tapi kau ungkit segala salah aku. Bukan senang aku nak hidup dengan anak anak nak bangun bangkit dengan setiap kisah perit hidup aku. Aku kena pikul kena tanggung akibat dari kesalahan yang aku tak buat.

Bukan aku saja. Bekas suami aku, anak anak aku turut sama menanggung. Aku. Hanya aku sorang. Mana aku dapat kekuatan?

Entahh aku tak kuat pun. Aku hanya menjalani hidup. Anak luar nikah tu tak minta nak dilahirkan begitu, tak hina pun tapi manusia sekeliling membuatkan diri anak luar nikah itu rasa terhina.

Betul, salah ke betul mak tetap mak tak ada kata anak terasa hati dengan mak. Tapi maaf aku masih tak sekuat itu untuk menerima dan memaafkan. Sangat berat untuk aku.

Doakan aku kuat doakan aku terus berada dilandasan yang betul. Kalau kira hilang pedoman aku berkali kali terasa nak bnuh diri.



Loading...


Rasa malu yang kau bagi pada aku lebih hebat dari malu yang aku beri pada korang. Diusia aku yang macam ni dengan ada anak anak aku kena hadap ulah dari perbuatan korang.

Akhirnya aku yang menanggung semua sendiri. Menanggung akibat dari salah orang lain. Jangan pandang remeh hukum tuhan.

Jangan rasa dulu boleh sekarang tak boleh. Hukum Tuhan tetap hukum Tuhan. Aku punya bukti yang yakin kuat dan mahkamah juga menyatakan apa yang terjadi ini adalah salah jadi siapa kau mak pak yang masih nak kata betul.

Maaf kalau yang membaca rasa aku keterlaluan. Aku akui aku keterlaluan marah, sakit hati, kecewa, sedih, benci. Maaf aku hanya meluah. Penulisan aku ini yang boleh diambik sebagai iktibar ambik lah yang tak elok korang baca diam diam jela.

Jangan malu punya anak luar nikah. Takdir hidup kau sudah tertulis kau tak boleh memilih menukar takdir hidup. Akui kesilapan yang paling penting tak kiralah kau ibu bapa atau kau anak.

Anak luar nikah, Ayla

Reaksi Warganet

Abidatul Akmaliah –
Sis dengan ex suami ambik tindakan undang undang lah. Ugut sket mak ayah sis tu supaya diorang pergi ke mahkamah. Ugut nak sebarkan aib diorang ke bongkar dekat orang kampung ke pasal ni kalau diorang taknak masuk mahkamah.

Susah la mak bapak macam ni. Ingat main main ka apa. Sanggup ye mak bapak awak tanggung segala dosa keturunan. Selain tu cuba berbincang takde cara lain ka untuk hal ni selesai?

Sis discuss dengan ex suami untuk ambik tindakan undang undang dekat parents sis sebab dah buat macam ni. Cari lawyer. Benda ni kena settle cepat sebab kesian dekat anak anak sis.

Raja Norkhairani –
Walaupun pernikahan awak dan suami dibubarkan, status suami awak sebagai ayah kandung anak anak tetap tak berubah dan anak anak korang merupakan anak sah taraf, bukan anak luar nikah (kecuali anak yang awak kandungkan sebelum bernikah)

Dan awak boleh bernikah semula dengan suami guna wali hakim. Apa pun, saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan awak di mahkamah syariah tu.

Aslina Majid –
Sampainya hati mak tu… Dia tak sedar ke bukan sebab “dulu dulu boleh” tapi sebab dulu kurang kesedaran sikit tentang nasab.

Patutnya dia guna peluang ni untuk betulkan keadaan, mudahkan hidup anak, bukan terus hancurkan siap tuduh anak tu pulak saja besar besarkan isu. Ni memang soal besar ni, bukan saja ngade ngade perbesarkan perkara.

Ni kalo tak settle ni, nak jawab pa depan Allah kat akhirat nanti?? Semoga TT tabah… Harap terbuka la hati mak dia untuk jadi cerdik sikit…

Amalina Musa –
“Aku letih berharap. Aku penat mengemis minta tolong. Besarnye pangkat mak pak tu sampai susah nak akui silap sendiri.”

Ramai mak ayah, dia rasa sempurna dan takde salah pada anak anak. Semua pun tetap salah anak anak.. Tak boleh ditegur atas tiket ” aku ni mak/ayah kau.. syurga kau dengan aku”… Maka porak peranda lah hidup anak anak.

Ramai ye, ramai macam ni. Semoga kita jadi ibubapa yang berlapang dada dan akui kesalahan kita tanpa kira darjat sebab kita tetap manusia biasa walaupun bergelar ibubapa…

Nadia Addie –
Allahu, kejamnya parent TT !.

Tapi pelik kenapa mahkamah nak ambil keterangan mak? Bukan ke boleh buktikan dgn surat nikah atau sijil beranak? Kalau jadi macam ni kan dah menyusahkan anak macam tt.

Mak tt pulak jenis tak bertanggungjawab, dah la buat salah lepastu nak susahkan anak pulak, rasa nak maki je.

Semoga tuhan balas apa yang diorg dah aniaya dekat tt dan suami. Doa banyak banyak TT, semoga dipermudahkan urusan

Sumber – Ayla (Bukan nama sebenar) via IIUMC viaEdisi Media !





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post