“Logik ke saya buat begitu?” – Fizo Omar tampil jawab tuduhan bekas isteri abaikan anak ketika bercuti

“Logik ke saya buat begitu?” – Fizo Omar tampil jawab tuduhan bekas isteri abaikan anak ketika bercuti

TAK masuk akal! Itu jawapan Fizo Omar atas dakwaan bekas isterinya, Mawar Karim bahawa dia tidak memberi perhatian terhadap anak mereka Wan Maryam ketika bercuti di Johor, Ahad lalu.

“Logik ke saya buat begitu?” – Fizo Omar tampil jawab tuduhan bekas isteri abaikan anak ketika bercuti



Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, berkata, sebagai bapa yang jarang berjumpa anak, dia pastinya memanfaatkan waktu yang ada bersama anaknya itu sebaik mungkin.

ARTIKEL MENARIK:Anak Kese0rangan Ketika Bercuti, Sekali Mawar Tye Maryam Sendiri “Kenapa Maryam Alone, Maryam sad ke?””


“Logik ke saya buat begitu? Semua tahu bagaimana rapatnya hubungan saya dengan anak.

“Bukan setiap hari dapat jumpa anak, jadi jika dapat bersama saya akan hargai setiap masa yang ada.

“Dia seorang sahaja anak saya, saya bercuti pun untuk dia,” jelas Fizo kepada mStar.
Bekas isteri Fizo, Mawar Kaarim bimbang apabila anak mereka mengadu sedih
Pada Isnin, Mawar berkongsi satu hantaran di Instagramstory luahan sedih anaknya.
Menurut Mawar, ada individu menghantar gambar Maryam keseorangan ketika bercuti bersama Fizo sekeluarga di sebuah taman tema di Johor.
Sementara itu, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga menegaskan hubungan Maryam dengan isterinya, Fazeera Nazri sangat baik.
Dia seorang sahaja anak saya, saya bercuti pun untuk dia

Dia berharap orang ramai tidak terlalu cepat menilai hanya kerana sekeping gambar atau sebarang dakwaan yang belum tentu sahihnya.
“Maryam rapat dengan isteri saya, sekali lagi saya katakan tak logik jika dia diabaikan.
“Rasanya tidak perlulah saya membalas sebarang kenyataan tidak benar hanya kerana sekeping gambar. Orang tidak tahu hal sebenar secara tiba-tiba nak serang saya.

“Sebagai bapa saya menjalankan tugas dengan baik. Saya juga yakin jika saya tidak bertanggungjawab, Maryam tidak akan rapat dengan saya,” tambahnya lagi.

Fizo menjelaskan hubungan Maryam dan isterinya sangat rapat

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 namun bercerai pada 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.



Loading...


Fizo berkahwin kali kedua dengan Fazeera pada Oktober 2021.

Terkejut Mawar Karim Bila Maryam Cakap Mcm Ni Ketika Bercuti Di Taman Tema, Nafi 

Terdahulu Usahawan Mawar Karim dituduh tak ‘move on’ selepas mendakwa anak perempuanya, Wan Maryam ‘tidak gembira’ sewaktu bercuti di Johor Bahru bersama aktor Fizo Omar dan ibu tirinya, Fazeera Nazri, baru-baru ini.

Bab anak memang tak ‘move on’

Menerusi Instagram Stories, Mawar berkongsi tangkapan skrin (screenshot) seorang yang netizen yang mengatakan Mawar tak pernah berkongsi gambar dengan Maryam di media sosial.

Selalu nampak anak dengan Fizo ja. Gambar dengan Mawar tak pernah up pun. Bila masa Mawar ada dengan anak?

Tidak mendiamkan diri, Mawar menjawab spekulasi itu dengan memberi penjelasan panjang lebar. Tegas Mawar, Maryam memang tinggal bersamanya dan hanya bertemu dengan Fizo dua minggu sekali.

Ujarnya lagi, dia pernah dinasihati untuk tidak selalu berkongsi foto Maryam kerana gusar ada pihak yang iri hati.

Maryam memang ada dengan saya. Setiap dua minggu sekali Maryam akan ke bapanya. Saya bukan la seorang yang setiap 5 minit buat live letak Marya, setiap 10 minit buat IG Story ada Maryam. Setiap 15 minit buat video banyak-banyak simpan, hari-hari kongsi di media sosial walaupun hakikatnya Maryam sudah tiada di situ.

Bagi saya masa dengan Maryam amat privasi juga perlu jaga kualiti. Saya jarang kongsi cerita pasal Maryam kerana saya pernah ditegur oleh seorang hamba Allah, jangan selalu kongsi gambar atau aktiviti anak takut banyak penyakit Ain dan hasad.

Jadi saya pegang kata-kata tu. Ya memang media sosial saya hanya kongsi bisnes sebab IG officials atas nama Mawar Karim bukan Maryam.

Maryam merajuk sikit

Tambah Mawar, dia menerima foto Maryam seorang diri itu daripada seorang individu namun tidak didedahkan identiti. Katanya, dia memandang serius dengan kejadian itu terutamanya selepas mendengar sendiri daripada mulut Maryam.

Satu lagi ada hamba Allah hantar gambar dekat saya. Jadi, mana-mana ibu akan buat yang terbaik untuk anak-anak. Bila saya tunjuk gambar Maryam sorang-sorang di situ mesti menjadi tanda tanya. Yang menghairankan saya juga apabila Maryam sendiri cakap dengan saya, mummy Maryam merajuk sikit.

Mungkin bagi anda perkara ini sangat remeh. Tapi bagi saya tidak. Mungkin juga awak tidak rasa, lalui, perkara apa yang saya sedang hadapi. Hanya melihat dari jauh.

Menerusi hantaran berbeza, Mawar memuat naik video Maryam yang memaparkan dia menyebut perkataan ‘trouble’ dan ‘sad’ ketika ditanya kenapa dia bersendirian di sana.

Maryam cari daddy..panggil daddy. Maryam sad.

sumber: mstar viaTrending Sangat





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post