Ini Respon Pengasas Les’ Copaque Lepas Kecoh Upin Dan Ipin Adalah Cerita Sebenar. Meninggal 20 Tahun Dahulu

Ini Respon Pengasas Les’ Copaque Lepas Kecoh Upin Dan Ipin Adalah Cerita Sebenar. Meninggal 20 Tahun Dahulu

KUALA LUMPUR: Les’ Copaque Production Sdn Bhd pada Isnin menafikan khabar angin bahawa watak kartun terkenal Malaysia, Upin dan Ipin dilaporkan ‘meninggal dunia’.

Ini Respon Pengasas Les’ Copaque Lepas Kecoh Upin Dan Ipin Adalah Cerita Sebenar. Meninggal 20 Tahun Dahulu



Ia susulan selepas tular sebuah rakaman video di laman TikTok memaparkan dua kubur yang tertulis nama ‘Upin dan Ipin’ didakwa temukan di Sulawesi Tengah, Indonesia.

ARTIKEL MENARIK:Anak Kese0rangan Ketika Bercuti, Sekali Mawar Tye Maryam Sendiri “Kenapa Maryam Alone, Maryam sad ke?””


Penerbit dan Pengarah Urusannya, Burhanuddin Md Radzi dalam kemas kini di laman Facebook berkata, beliau juga terkejut dengan ‘berita sedih’ mengenai pemergian dua kanak-kanak itu.

“Upin Ipin meninggal dunia? Pagi tadi atok tergamam membaca berita dari Jakarta bahawa Upin Ipin meninggal dunia akibat kemalangan ketika mereka sedang bercuti di Sulawesi.

“Bagaimana mereka boleh pergi bercuti sedangkan sesi persekolahan di Malaysia tidak bercuti?,” katanya dalam catatan tersebut.

Burhanuddin yang merupakan pengisi suara watak Atok dalam siri animasi itu menambah, Upin Ipin sebenarnya dalam keadaan sihat dan akan muncul bersama rakan-rakan dalam musim baharu.

“Sebenarnya pagi tadi saya yang menghantar mereka ke tadika. Kepada semua (peminat) Upin dan Ipin, jangan risau mereka sentiasa sihat dan akan muncul bersama rakan-rakan di musim baharu.

“Ia akan menjadi lebih menarik dan standard animasi telah banyak bertambah baik. Terima kasih atas keprihatinan anda,” ujarnya.



Loading...


Terdahulu, dua kubur yang berada bersebelahan tertera tulisan di batu nisan bahawa Ipin meninggal dunia pada 2 April 1996.


Sementara, Upin pula meninggal dunia pada 6 Ogos 1995.

Bagaimanapun, pemilik TikTok abi_Alonk yang memuat naik video tersebut mendakwa rakaman itu diberikan oleh rakannya dari Malaysia.

“Katanya ini berdasarkan kisah daripada nenek di sana yang diungkap (dicerita) ke dalam animasi,” tulisnya pada bahagian kapsyen.
Setakat ini, video tersebut telah menerima lebih 37 juta tontonan.


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post