Majlis perkahwinan adik kepada usahawan dan selebriti popular, Neelofa yang juga dikenali sebagai Youtuber dan personaliti media sosial, Athisha Khan baru-baru ini selamat menjadi isteri buat jejaka pilihan hatinya, Wan Amirul Haiqal masih sahaja menarik tumpuan umum.
Ini kerana tidak hanya pasangan bagai pinang dibelah dua itu sahaja yang menerima pujian malah adik-beradik Athisha Khan turut dibualkan oleh warganet.
ARTIKEL MENARIK:PU Riz disoal apa perasaan bakal jadi ayah. Sekali PU Riz beri soalan padu pada wartawan buat ramai terhibur.
Apatah lagi, Athisha Khan disambut meriah oleh ahli keluarga mereka apabila rata-ratanya tampil memakai busana berwarna sedondon dengan mengenakan baju berwarna coklat cair.
Dalam pada itu, satu rakaman video yang menunjukkan Ameera Khan tidak terkecuali daripada menjadi perbualan buat warga TikTok selepas dikongsikan. Kelihatan Ameera Khan dan ayahnya dalam video ini juga dalam pada masa yang sama mencuri tumpuan ramai sekali gus kecantikan Ameera Khan yang dipuji ini turut mengundang ruang komen dihujani dengan ‘ratusan’ respon ramai.
Ameera Khan dipuji paling cantik oleh warganet dan menjengah ke hantaran video terbabit juga ternyata ia telah ditonton lebih 700,000 kali disamping menerima ribuan tanda suka.
“Dia ni lawa sangat, kalau aku pergi…”
“Ameera dan Neelofa terpaling cantik…”
“Ameera paling cantik…”
“Lawa dia tak leh bawak bincang”
Sumber : https://himpunanceritalawak.com/
Atisha Dedah Bakal Langsungkan Majlis Perkahwinan Hari Ni. Sekali Ini Ucapan Noor Kartini Buat Anak Dan Menantu.
Umum mengetahui, adik kepada Noor Neelofa iaitu Athisha Khan telah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Wan Amirul Haiqal pada 19 Januari 2022. Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh Athisha sendiri melalui akaun media sosialnya di Instagram serta memuat naik video di Youtube. Tahniah! Terbaru, pasangan ini dipercayai akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka hari ini.
Permudahkan segala urusan hari ini
Di Instagram, ibu kepada Athisha iaitu Noor Kartini memohon doa agar segala urusan anaknya itu dipermudahkan dan majlis mereka hari ini mendapat keredhaan dan rahmat Allah S.W.T. Bismillahhirohmanirohim. Dengan namamu Ya Allah yang maha Agong. Ku mohon permudahkan segala urusan hari ini, jadikan majlis ini dalam redha dan rahmatmu dan di berkati dalam membina ukhwah. Semoga jalinan ikatan ini membawa kebahagiaan hingga ke Syurga mu. Amin. @athishakhan dan @haiqool48 mama doakan sha dan haiqal bahagia Dunia Akhirat dan di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin. Love you sayangku.
Di samping itu, Noor Kartini turut mendoakan anak dan bakal menantunya itu bahagia di dunia dan akhirat serta mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Menjengah di ruangan komen, Athisha turut menulis ucapan terima kasih dan sayang buat ibu tercinta. Amin. Thank you mama sayang. I love you so much mama. Thank you for everything.
22.1.2022
Di Instagram Story Athisha, selebriti media sosial dan Youtuber ini turut memuat naik foto baju yang mempunyai tarikh ‘22.1.22’. Rata-rata warganet mendakwa Athisha memberi ‘hint’ mengenai tarikh dan warna busana pernikahannya untuk sebentar nanti. Bukan itu sahaja, Athisha turut memuat naik posting beserta kapsyen ‘last fling before the ring?’.
Terdahulu, majlis pertunangan pasangan ini telah berlangsung di rumah kediaman keluarga Athisha. Turut kelihatan saudara-mara serta rakan terdekat hadir bagi memeriahkan majlis terbabit. Menerusi tinjauan pihak OhBulan! rata-rata ahli keluarga Athisha yang berada di Sabah sudah selamat tiba di Kuala Lumpur baru-baru ini. Sumber: Oh Bulan
Tunggu Masa Nak Bersalin. Neelofa Dedah Dah Ada Nama Untuk Anak. Tapi Kalau Ada Rezeki Ini Yang Neelofa Harapkan Masa Bersalin Nanti.
Usahawan popular, Neelofa, 33, memberitahu yang dia kini sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata yang pertama. Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia berasa agak gementar bagi melewati proses kelahiran anak pertamanya itu kelak.
“Insya-Allah, kami akan sama-sama kongsikan tentang kelahiran ini nanti. Memang dalam masa terdekat. Orang kata menghitung hari. “Sejujurnya, saya tak nafikan memang ada rasa gementar. Tetapi, saya rasa Haris lagi gementar. Dari segi persiapan pula, saya banyak baca buku dan banyak bertanya kerana keluarga kami berdua pun agak besar. Ramai antara ahli keluarga yang memberi nasihat.
“Nama pun alhamdulillah sudah ada dan dari segi barangan keperluan juga sudah disiapkan,” katanya. Dalam pada itu, Neelofa turut berharap agar diberikan rezeki untuk bersalin secara normal. “Insya-Allah kalau diberikan rezeki, saya memang nak bersalin n0rm4l. Namun, bagi yang bers4lin norm4l, mereka tidak tahu bila masanya akan tiba. Haris perlu menemani saya nanti, sebab ada suami yang takut,” katanya yang turut memohon orang ramai mendoakan kelanc4ran proses kelah1ran an4knya.
“Kepada yang mengenali saya sejak 12 tahun lepas dalam industri, terima kasih banyak atas setiap sokongan dan kepercayaan, dari semua segi, tak kiralah perniagaan atau kerjaya. “Terima kasih juga yang mendoakan kami dan kelahiran anak saya. Minta semua doakan kelahiran anak saya dipermudahkan,” katanya lagi. Neelofa dan suami, PU Riz mendirkan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Sumber: Gempak
Tak Lama Lagi Nak Bersalin. Ramai Yang Dah Tak Sabar Bila Neelofa Kongsikan Sedang Jalani Sesi Fisioterapi.
“Sudah hujung-hujung.” Demikian perkongsian selebriti popular, Neelofa,32, mengenai usia kandungannya, sekali gus memberi bayangan tarikh kelahiran zuriat sulungnya bakal tiba tidak lama lagi. Menurut pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor itu, dia juga kini tsedang menjalani sesi fisioterapi sebagai persediaan kelahiran bayi sulungnya.
“Saya kini dalam perjalanan untuk hadir ke sesi fisioterapi yang dilakukan dua kali seminggu. “Sudah hujung-hujung kan (bakal melahirkan). Semoga dapat membantu,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory hari ini. Difahamkan, senaman fisioterapi sangat berguna bagi setiap wanita hamil dan membantu mengurangkan serta memperbaiki posisi badan selain mengurangkan sakit belakang serta keletihan sepanjang tempoh kehamilan.
Terdahulu, sejak Julai lalu khabar angin mengenai bekas pengacara MeleTOP sedang hamil anak pertama hasil perkahwinan bersama pendakwan terkenal, Haris Ismail hangat diperkatakan dalam media sosial. Khabar angin tersebut semakin bertiup kencang selepas tersebar beberapa keping foto dia kerap memegang bahagian perut yang semakin membesar.
Namun, sehingga kini pasangan tersebut mengambil pendekatan untuk terus mengunci mulut dan tidak berkongsi lanjut mengenai berita kehamilan tersebut. Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu. Sumber:Kosmo Online
Video Ustaz Haris Tergelincir Nak Jatuh Dekat Lumpur. Terkejut Sekali Ini Pula Reaksi Neelofa.
Haris Ismail atau turut dikenali sebagai PU Riz bukan sahaja bergelar pendakwah bebas malah dia juga boleh berlakon dan jika anda peminat rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, selebriti ini juga menghiburkan ramai dengan lawaknya.
Namun begitu, menjengah pula ke ruangan Instagram peribadinya ternyata satu rakaman video membuatkan Haris Ismail menerima pelbagai komen yang menghiburkan. Menerusi rakaman yang dimuat naik Haris Ismail , memaparkan dirinya yang sedang membantu golongan yang menerima musibh banjir turut dikongsikan oleh beliau.
Lebih menarik,video tersebut menunjukan Haris yang nyaris jatuh akibat tergelicir. Namun,komen Neelofa telah menjadi perhatian dan pelbagai reaksi menarik yang turut ditingalkan di ruangan komen. Jika ada yang ketawa juga bersama abang cameraman (ustaz Muhaimin) memang diri ini akan berasa Amat sedih
Oleh sebab yg demikian kalau anda terlihat mereka yang terpeliot/ tergelincir nak jatuh di lumpur lumpur akibat banjir selepas ketawa bantulah kesian pada mereka yg senasib. Ada ke sesiapa yang pergi bantu lepastu reboh kes lumpur ?
Terkejut Bila Tiba Tiba Pu Riz Belanja Lagu Hazama. Sekali Ini Yang Warganet Perasan Sampai Video Tu Jadi Perhatian Ramai.
Pendakwah bebas PU Riz jadi perhatian wargamaya apabila mendendangkan sebuah lagu popular nyanyian Hazama, Relakan Jiwa. Menerusi laman sosial Instagram, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail, 26, berkongsi sedutan video nyanyiannya untuk tatapan umum.
“Lepas ke tidak. Rasanya semua orang pun buat benda sama,” tulis Haris di ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu, Haris dilihat menyanyi dengan penuh mendayu di dalam kawasan tempat parkir kenderaan.
Lebih menghiburkan, Haris turut meminta tiga orang rakan selebriti Sufian Suhaimi, Fahimi Rahmat dan Firdaus Rahmat untuk menilai suara nyanyiannya. Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya mula mengusik suami kepada pengacara Neelofa ini untuk merakamkan album kerana suaranya yang agak sedap didengar.
“Biasanya orang yang pandai mengaji berlagu boleh menyanyi,” ujar seorang wargamaya.“Best ustaz ni. Such a gifted talent. Boleh melawak, menyanyi semua,” komen seorang wargamaya. “Boleh buat album single dah lepas ni,” usik seorang wargamaya. “Tempat lif pun boleh menyanyi ustazboss. Masyallah,” tulis seorang wargamaya.
“Calon GV9 ke Gema GV 2022?” tanya seorang wargamaya. “Kepala i terbayang kak Lofa tengah berdekah bila i tengok video ni,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 130,000 tontonan daripada pengikutnya. Sekadar info, Haris dan Neelofa disatukan dalam ikatan suami isteri dalam satu majlis perkahwinan dan resepsi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 Mac lalu. Sumber: Gempak via
Post a Comment