Baru kahwin awal Januari ini. Akhirnya Vicha tampil dedah wajah suami.

Baru kahwin awal Januari ini. Akhirnya Vicha tampil dedah wajah suami.

Awal Januari ini, pelawak dan pelakon Vicha mendedahkan yang dia telah pun berkahwin buat kali kedua dengan seorang jejaka kelahiran Nigeria yang dikenali sebagai Johson.

Baru kahwin awal Januari ini. Akhirnya Vicha tampil dedah wajah suami.



Bagaimanapun, menerusi pendedahannya itu, Vicha tidak berkongsi wajah suaminya kepada peminat.Justeru, selepas beberapa ketika menyimpan ‘rahsia’, Vicha akhirnya berkongsi wajah tuan empunya badan ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan artisnya, Syura minggu lalu.

ARTIKEL MENARIK:PU Riz disoal apa perasaan bakal jadi ayah. Sekali PU Riz beri soalan padu pada wartawan buat ramai terhibur.


“Selepas saya beritahu yang saya sudah menikah, banyak yang DM saya, tunjuklah suami awak nak tengok. Kalau boleh saya cakap, selama 7 tahun ni saya dengan dia rasanya gambar kami berdua hanya ada beberapa sahaja.Daddy ni bukan typical yang suka ambil gambar. Kena pujuk dulu, baru mahu. Bagi yang kenal pasti tahu dia macam mana,” tulis Vicha di Instagramnya.


Tambah Vicha lagi, suaminya itu selalu memberitahu yang dirinya hanyalah orang biasa dan bukannya artis. Jadi, tidak perlu berkongsi gambarnya di media sosial. “Dia selalu cakap: ‘Saya ni bukan artis macam awak, saya ni orang biasa sahaja. Jadi tak payah post-post’.“Tapi tak mengapa, ini saya belanja gambar buat kenang-kenangan. Siapa tahu kami ada rezeki berdua, boleh juga buat majlis kawin macam yang kami impikan, insya-Allah. Saya tahu, Allah selalu permudahkan urusan. Kami yakin sahaja dengan perancangan Allah,” katanya lagi.

Terdahulu, Vicha berkongsi tentang statusnya yang kini bergelar isteri kepada Johnson menerusi saluran YouTubenya.Untuk rekod, menerusi perkahwinannya bersama Johnson itu, Vicha dikurniakan seorang anak lelaki bernama Michael Trevor Ayomide.Sementara menerusi perkahwinan pertama di Indonesia, Vicha dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aurael Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista. Sumber : Gempak

Pilih Lelaki Nigeria Untuk Jadi Teman Hidup. Vicha Bongkarkan Kelebihan Suami Sendiri Berbanding Dengan Jejaka Melayu.

TRAUMA dengan kegagalan rumah tangga pertama menjadi punca pelawak Vicha merahsiakan perkahwinan keduanya sejak tiga tahun lalu. Vicha, 34, yang berkahwin dengan jejaka Nigeria menganggap hal rumah tangga bukan sesuatu yang menarik untuk dikongsi kepada umum. “Ketika kami bernikah pada Ogos 2018 ada kawan-kawan yang hadir.

“Malah kalau ada terserempak dan bertanya pun saya akan mengaku dia suami saya. Tiada niat untuk sorokkan perkahwinan. “Cuma bagi saya, kanapa perlu kongsi di media sosial? Ada ke orang yang nak ambil tahu? Jadi saya biarkan sahaja,” jelas Vicha kepada mStar.

Sebelum ini, pelawak asal Indonesia ini mendedahkan sudah berkahwin kali kedua dengan lelaki yang mahu dikenali sebagai Johnson, 32, pada Ogos 2018. Vicha rahsia perkahwinan kerana trauma kegagalan rumah tangga pertama. Pasangan ini sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Michael Trevor Ayomide yang berusia dua tahun.

Berkongsi lanjut tentang perkahwinan itu, Vicha berkata dia sudah mengenali lelaki tersebut sejak tujuh tahun sebelum mereka mengambil keputusan berkahwin. Tambahnya, dia mengenali Johnson ketika bertemu dalam sebuah majlis anjuran rakannya.

Pasangan ini dinikahkan oleh seorang ustaz warga Indonesia yang memiliki sebuah madrasah di Lembah Klang. “Syukur Tuhan permudahkan segala urusan dia memeluk Islam dam pernikahan kami. “Pada awalnya kami rancang untuk adakan majlis ketika itu, namun faktor kewangan tidak mengizinkan. Jadi kami lakukan yang wajib sahaja. Ada perancangan akan mengadakan majlis nanti,” ujarnya.

Sementara itu, Vicha mengakui suaminya seorang yang penyayang dan sentiasa memberikan sokongan. Malah, kata Vicha dia juga pernah menolak cinta lelaki Melayu gara-gara ditipu dan tidak setia. “Ketika mula jumpa dulu dia agak sombong dan tidak banyak cakap. Saya yang mula mendekati dia kerana ada ciri-ciri lelaki pilihan yang saya mahukan.

“Rasanya lebih lima lelaki Melayu yang cuba mendekati saya sebelum ini. Namun semuanya penipu, ada yang kantoi sudah punya pasangan. “Belajar dari pengalaman perkahwinan sebelum ini, jika lelaki menipu saya akan tinggalkan terus.

“Dengan Johnson, saya rasa berbeza. Dia berikan saya perhatian dan kasih sayang seorang lelaki yang tidak pernah saya dapat selama ini,” katanya yang belum bersedia mendedahkan wajah suaminya itu. Vicha sebelum ini pernah berkahwin dan sudah mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Aurel Angelina Khezya, Listy Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista. Kesemua anaknya masih berada di Indonesia.

Berikut sedikit info mengenai Vicha

Refika Novianti Faturohman atau lebih dikenali sebagai Vicha Saywho ialah pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi kelahiran Indonesia. Selebriti kelahiran Indonesia yang dicungkil dari program realiti Maharaja Lawak Mega 2011 (MLM) bekerja di Malaysia dengan lebih selesa untuk mencari rezeki disini buat keluarga di Indonesia.

Untuk kelancaran perjalanan seninya disini, Vicha kini diuruskan MIG Talent. Vicha akui sejak tinggal di mMlaysia selama lebih tiga tahun, banyak pihak sedar kehadirannya dalam industri. Vicha telah menyertai kumpulan Saywho di program Maharaja Lawak Mega 2016.

Paling mengharukan Vicha pernah diberi kepercayaaan memperaga pakaian di pentas peragaan acara fesyen Mercedes Benz walaupun mempunyai bentuk badan plus size. Telah menjadi juara dalam program Muzikal Lawak Superstar 2019 bersama Joey Daud, Khir Rahman dengan membawa pulang wang tunai RM150,000.00 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber: mstar

Ramai Yang Minta Sharnaaz Ahmad Kembali Bersama Shila Amzah. Sekali Ini Respon Sharnaz Buat Ramai Yang Terdiam.

Gara-gara memberi kata semangat kepada Shila Amzah yang sedang diambang perpisahan ], rata-rata wargamaya mula mendoakan agar pelakon Sharnaaz Ahmad dan penyanyi tersebut kembali bersama. Ketika dihubungi, Sharnaaz menyifatkan doa itu tidak sesuai untuk situasi sekarang memandang Shila masih bergelar seorang isteri.

Mohon Hormati Keluarga – ‘Dia Belum Pisah Lagi, Masih Pegang Status Isteri’

Kata pelakon berumur 37 tahun ini, peminat juga perlu menghormati Shila dan ahli keluarganya. Doa itu bagus. Tapi rasanya tak sesuai buat masa sekarang untuk mendoakan yang agak mendesak. Sebab Shila masih memegang status isteri. Shila belum pisah lagi. Jadi, kena la hormati keluarga Shila dan dia juga. Dulu pun kami pernah bertelagah tapi benda dah lama. Masing-masing dah tua pun.

Tambah pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, dia memohon agar semua pihak memberi ruang kepada Shila untuk dia mengharungi dugaan yang menimpa. Saya punya ‘turn’ dah lepas. Sekarang bagi Shila ruang untuk dia hadapi dugaan ini. Percayalah, setiap dugaan yang Allah bagi, insya-Allah ada ganjaran yang lagi besar selepas ini. Jadi nak taknak, kena hadap.

Strong is only option. I’m build with tank dan saya yakin Shila is build like a tank too. Dalam pada itu, pelakon drama I Promise Janji Anaqi percaya Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah seorang wanita yang kuat. Tegasnya, apa yang perlu diutamakan sekarang adalah anak, bab rezeki usah risau kerana dia akan datang di kemudian hari.

Dia kuat, insya-Allah dia akan okey. Jangan pedulikan orang luar. Apa yang penting sekarang adalah anak. Yang lain boleh usaha sendiri dengan tulang empat kerat. Terdahulu, Shila mengejutkan ramai orang apabila mendedahkan dia sudah memfailkan perpisahan dengan suami, Haris Idraki Elias.



Loading...


Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shila berkata sudah dua bulan dia keluar daripada rumahnya di Cyberjaya dan kini menetap di rumah orang tuanya di Hulu Langat. Shila berkahwin dengan Haris pada 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais, 1, tahun.

Sumber: Instagram @sharnaazahmad

Shukri Yahya Kongsikan Video Sweet Dengan Isteri. Sekali Selamba Je Sharnaaz Ahmad Boleh Komen Macam Ni Pulak.

Rasanya persahabatan antara dua rakan selebriti ini iaitu Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya tidak perlu dipertikaikan lagi apabila kedua-duanya juga sering dilihat peminat meluangkan masa bersama. Malah sebelum ini juga, gelagat Sharnaaz Ahmad apabila bergurau dengan pelakon terkenal drama 7 Hari Mencintaiku itu mendapat perhatian ramai kerana tidak disangka-sangka selebriti yang sempoi dan kelakar.

Terbaharu pula, nampaknya video yang dimuat naik oleh Shukri Yahaya yang memapar gelagat sweet dia bersama isteri, Tya Adnan turut jadi tumpuan rakannya itu di Instagram. Tinggalkan komen buat Shukri Yahaya lalu berbalas pula di perkongsian tersebut mengundang gelagat sempoi mereka mencuit hati buat warganet yang meminati kedua-dua pelakon bukan calang-calang itu.

Selain menghiburkan buat peminat melihat gelagat Shukri Yahaya dan Sharnaaz di Instagram, ternyata balasan komen antara mereka juga mendapat perhatian dengan seloroh peminat pula terhadap kedua-dua pelakon tersebut diruangan komen.

Dalam pada itu, peminat juga memberitahu antara sebab meminati pelakon Shukri Yahaya kerana layanan terhadap isterinya, lihat sahajalah video yang dimuat naik itu. Sweet sungguh! Sumber : HCL

Sharnaaz Dan Shukri Yahaya Membawang Lagi Sekali. Kali Ini Main Filter Pak Arab Pula Di IG Live.

Dua aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya sememangnya bersahabat baik. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi, mereka kerap berhubung dan membuat IG live bersama berborak sambil menyapa peminat.

Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu tiap kali mereka berdua melakukan IG live bersama kerana sudah tentu ramai yang ‘pecah perut’ mendengar sembang kosong mereka.

Selepas lama tidak menyapa peminat di media sosial, kali ini mereka kembali dengan bergurau bermain filter di Intagram. Hal ini dimuat naik kembali seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @_syifahanafi sehingga ramai yang turut terhibur sama menonton telatah dua aktor popular ini.

Namun, paling menjadi tumpuan sudah tentu salah satu filter yang digunakan Sharnaaz yang memperlihatkannya seperti orang Arab. Hal tersebut membuatkan ramai terhibur dan berdekah kerana memahami ‘perlian’ harus pelakon berkenaan yang merujuk kepada siapa.

Sehubungan dengan itu, ramai yang telah meninggalkan komen diruangan TikTok tersebut dengan memaklumkan berasa terhibur dengan ‘perangai’ dua aktor hebat Tanah Air. Mereka juga memahami double meaning yang dibuat Sharnaaz sehingga Shukri Yahaya tak boleh berhenti ketawa.

Walau bagaimanapun ada yang kurang senang dengan gurauan halus mereka apabila dikatakan mengaitkan orang lain. Beberapa warganet turut memberi nasihat supaya tidak terus memerli orang kerana bimbang ia menjadi satu dosa antara manusia. Sumber: Oh Media. viaEra Kini





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post