GARA-GARA selamba makan daging ayam mentah, wanita ini menjadi perhatian warganet selepas video yang dikongsikannya di laman sosial menjadi tular.
Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen malah ada yang terlalu ekstrem dengan mengaitkan dirinya dengan amalan tidak masuk akal.
ARTIKEL MENARIK:Peskit Mngadu Pgawai FarmasiBladap, Pengarah HKL Tampil Ddah Cerlta Sebenar
Tidak melatah dengan pelbagai komen negatif, namun wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Syahira ini mengakui dia sedikit terkilan kerana dilontarkan komen yang agak ‘kasar’ tanpa mengetahui cerita sebenar.
Berkongsi cerita dengan mStar, Syahira yang menetap di Singapura ini menjelaskan pengambilan ayam atau ikan mentah adalah kebiasaan bagi mereka yang berketurunan dari Thailand.
“Sebenarnya ia (makan mentah) diwarisi daripada ibu. Ibu saya berketurunan Thailand, manakala bapa dari Kelantan. Sejak kecil lagi saya memang makan ayam, daging ataupun ikan mentah. Tak benar saya makan mentah semata-mata nak jadi viral.
“Saya baca komen-komen cakap makan mentah berdamping dengan syaitan untuk dapatkan wajah cantik, pakai susuk atau sebagainya… itu tak benar. Kalau mereka buat carian, mereka akan tahu bagaimana orang Thai makan,” ujar wanita berusia 22 tahun ini.
Ditanya sama ada ahli keluarganya yang lain turut mempunyai tabiat yang sama, Syahira berkata hanya dia dan ibunya sahaja yang boleh ‘menelan’ daging mentah.
Menurut Syahira, daging mentah mempunyai rasa yang sama seperti sushi.
Tambah Syahira, dia tidak mengambil daging ayam mentah setiap hari sebaliknya hanya sekali sekala sahaja.
“Bagi saya, rasanya sama seperti makan sushi. Tak ada beza sangat tapi mungkin bergantung kepada individu,” ujar gadis kacukan Thailand-Kelantan ini lagi.
Menyedari tindakannya mengundang pelbagai kecaman, Syahira berkata dia enggan membalas komen atau mengambil pusing perkara yang dibangkitkan oleh netizen.
Kalau mereka buat carian, mereka akan tahu bagaimana orang Thai makan.
“Saya tak balas langsung… malas nak ambil tahu. Saya rasa yang komen ni budak-budak bawah umur,” ujarnya lagi.
Sama sekali tidak menyangka perkongsiannya meraih lebih daripada 3 juta jumlah tontonan di TikTok, Syahira dalam masa yang sama berharap agar penjelasannya dapat mengelakkan salah faham orang ramai terhadap dirinya.
“Setiap orang ada kelebihan atau kekurangan masing-masing. Tak semestinya makan mentah itu kotor. Mereka tahu untuk mencucinya bersih-bersih.
Syahira sudah terbiasa memakan daging mentah sejak kecil.
“Tak semestinya makan mentah berdamping dengan syaitan untuk kekal cantik atau sebagainya. Contohnya macam saya yang berdarah kacukan Thai-Kelantan.
“Benda tu tak pelik kalau seseorang itu mempunyai darah kacukan Thai. Namun ia mungkin pelik sebab tak semua orang makan mentah. Ada cuma susah nak jumpa,” katanya lagi.
Hukum Memakan Daging Stik Separa Mentah. Ini Penjelasan Dr. Zulkifli
Pastinya di Malaysia ramai yang meminati makanan barat iaitu daging stik. Ada yang suka daging stik dimasak secara rare, medium rare, medium, medium well atau well done.
Daripada cara masak stik di atas, rare, medium rare antara yang jelas masih kelihatan kemerah-merahan daging stik. Dalam erti kata lain, ada bahagian pada daging stik yang mentah atau separa mentah dan masih mempunyai darah.
Persoalannya, bolehkah seorang Muslim memakan daging yang masih mentah atau separa mentah ini?
Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui laman web Maktabah al-Bakri tampil berkongsi pandangan. Ikuti perkongsian beliau di bawah ini.
Soalan
Apa hukumnya makan daging stik yang masih ada darah?
Jawapan
Di sisi ulama Syafi’iyyah, ada dua pendapat yang dinyatakan. Imam al-Nawawi dan Imam al-Subki menghukumkannya sebagai suci. Manakala pandangan sebahagian ulama’ Syafi’iyyah lain adalah ia najis yang dimaafkan iaitu halal memakannya.
Tetapi jika bercampur dengan suatu yang asing seperti dijirus air, maka darah yang terdapat pada daging itu tidak lagi murni maka hukumnya najis yang tidak dimaafkan.
Inilah yang muktamad dalam mazhab. Adapun, jika dihidangkan lauk daging yang tidak dipastikan bercampur darah atau tidak kerana tidak nampak dan sebagainya, maka kekal hukum suci.
Firman Allah SWT:
قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah”. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Daging bercampur darah tidak haram
Menurut Imam al-Baghawi, (دَمًا مَسْفُوحًا) adalah darah yang mengalir dan mencurah. Beliau membawa pandangan Ibn ‘Abbas yang mendefinisikan darah yang mengalir itu sebagai darah yang keluar daripada haiwan yang hidup, memiliki roh dan keluarnya daripada urat ketika penyembelihan.
Ini tidak termasuk hati dan limpa, kerana keduanya darah beku (tidak mengalir), dan halalnya kedua-dua organ itu. Tidak haram juga daging yang bercampur dengan darah kerana ia tidak mengalir.
Imam al-Baghawi juga membawakan kenyataan ‘Imran bin Hudair yang berkata, “Aku bertanya Abu Mijlaz tentang daging yang bercampur dengan darah, atau dalam periuk yang terdapat dalamnya merah-merah darah.” Maka beliau jawab, “Tidak mengapa, darah yang diharamkan hanyalah darah yang mengalir.”
Ibrahim juga berkata, “Tidak mengapa darah yang berada pada urat dan otak, melainkan darah yang mengalir yang disengajakan.” Ikrimah berkata, “Jikalau tidak kerana adanya ayat ini, nescaya orang Islam akan mencari-cari darah pada urat (bersusah-susah untuk buang) kerana mengikut amalan Yahudi.”
Undang-undang diet pemakanan Yahudi yang dipanggil kashrut mewajibkan untuk daging yang dimakan, tidak mempunyai sebarang darah.
Jika tidak, daging itu dianggap tidak kosher (halal). Daging yang ada darah akan melalui proses penggaraman (salting) atau pemanggangan (broiling) bagi menghilangkan darah pada daging. Proses ini dipanggil koshering.
Alhamdulillah, syariat Islam tidaklah serumit ini.
Elak ambil berlebihan
Kesimpulan menurut Dr Zulkifli, berdasarkan pendapat Imam al-Nawawi dan Imam al-Subki, beliau berpandangan daging stik yang masih kelihatan merah samada dimasak rare, medium rare, medium dan medium well, begitu juga daging ayam yang ada sedikit kesan darah di uratnya atau tulang, adalah halal dan suci.
Dari segi kesihatan, beliau menasihatkan supaya peminat daging stik ini supaya merujuk pakar perubatan dan kesihatan bagi mengelakkan masalah kesihatan jika ianya daging stik mentah atau separa mentah ini diambil secara berlebihan.
Kredit -
Post a Comment