“DIA tak sempat kencing…” demikian menurut abang kepada remaja berusia 13 tahun yang sebelum ini dilaporkan hil4ng selama 30 jam di Kampung Pasir Linggi, Gua Musang, Kelantan.
Menurut Muhammad Iznun Al Hafiz Mahadi, dia dan keluarga cuba merungkai tentang misteri kehil4ngan adiknya iaitu Muhammad Iznun Al Hazim dengan menemui seorang ustaz di kampungnya.
ARTIKEL MENARIK:‘Makin geram tengok badan kau, kalau jadi bini aku tiap malam aku..’ – Lelaki didakwa lakukan g4ngguan seksu4l terhadap isteri org
“Tentang hal bunian saya tak tahu tapi yang pasti ada kaitan dengan makhluk halus yang tidurkan adik.
“Adik hil4ng selama tiga hari dua malam, tapi adik kata dia rasa macam tidur selama satu jam sahaja.
“Ustaz ada beritahu Hazim nak pergi kencing, tapi dia tak sempat kencing. Ada orang panggil dia, budak kecil… perempuan yang ajak dia masuk dalam hutang,” kata Hafiz kepada mStar.
Pada 9 Januari lalu Hazim yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Kuala Krai itu dilaporkan hil4ng selepas dikatakan membuang air kecil dalam semak berhampiran rumahnya.
Pada malam kejadian dia dikatakan keluar dari rumah kira-kira pukul 9 malam untuk lepak bersama rakan sebelum ibunya menyedari remaja itu tidak pulang kira-kira pukul 3 pagi.
Bagaimanapun Hazim ditemukan sekitar pukul 5.30 petang pada 12 Januari lalu di tepi sungai di Kampung Pasir Linggi, kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hil4ng.
Remaja hil4ng ditemui jalan kaki sambil jinjing selipar
GUA MUSANG – Seorang remaja yang hil4ng di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, di sini sejak Isnin selamat ditemukan pada jarak satu kilometer dari rumahnya pada Rabu.
Muhammad Iznun Al-Azim Mahadi, 13, ditemukan pada jam 5.30 petang dalam keadaan dia sedang berjalan kaki sambil menjinjing selipar.
Ibu remaja berkenaan, Khairul Nisa Hamzah, 45, berkata, anak bongsunya itu ditemui oleh seorang wanita dikenali sebagai Kak Yah berusia 50-an yang kebetulan ke lokasi kejadian untuk meninjau keadaan tersebut selepas ia tular di laman sosial.
“Kata Kak Yah, semasa dalam perjalanan ke sini dia bersama rombongan lain melalui jalan tersebut dan melihat seorang remaja lelaki sedang berjalan dalam keadaan lemah serta kotor sambil memegang selipar.
“Kak Yah memberhentikan keretanya dan membawa Muhammad Iznun Al-Azim untuk diserahkan kepada saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Menurutnya, mengikut cerita orang lain yang turut bersama Kak Yah pada waktu itu, mereka tidak nampak kelibat Muhammad Iznun Al-Azim seperti yang dilihat oleh Kak Yah.
Katanya, malah mereka juga mendakwa tidak dapat melihat Muhammad Iznun Al-Azim ketika Kak Yah berhenti mengambilnya.
Dia berkata, orang ramai hanya dapat melihat anaknya itu apabila selamat tiba di rumahnya.
Khairul Nisa berkata, Muhammad Iznun Al-Azim masih lagi tidak dapat bercakap dan berada dalam keadaan bingung.
“Buat masa sekarang, saya sudah mandikan dan menukar pakaiannya, cuma dia belum menjamah makanan.
“Dia masih berdiam diri dan trauma,” katanya.
Khairun Nisa bagaimanapun menzahirkan ucapan terima kasih kepada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertungkus-lumus membantu mencari anaknya itu.
Khairul Nisa turut merakamkan penghargaan kepada penduduk kampung dan semua pihak yang bekerja keras menjayakan operasi tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan remaja tersebut selamat ditemukan.
5 Perkara Perlu Kita Buat Kalau Yakin Dah Tersesat Dalam Hutan
1. Langkah pertama ialah berpatah balik.
Kebiasaanya seseorang itu sedar ia tersalah jalan dalam jangka masa 30 minit hingga 1 jam dan mungkin lebih. Cari kembali trek asal yang anda lalui (jika masih bertenaga, jika tidak mampu rehat dulu)
2. Langkah kedua ialah, cari kawasan sesuai untuk rehat menghil4ngkan penat.
Makan dan minum dulu (tetapi berjimat sikit terutama air), tenangkan fikiran, ingat Allah banyak-banyak, minta petunjuk dan pertolongan darinya. Jika anda panik makin sesat jadinya. Jika dah ok patah balik untuk memcari trek asal.
3. Trek manusia biasa lapang atas dan bawah, ada kesan tapak kaki atau tanda-tanda yang di tinggalkan.
Jika jumpa tunggulah di situ, ini kerana jika perkara sesat ini berlaku, guide (jurupandu akan mencari anda). Jika tidak jumpa juga, pagi esoknya baru laporan dibuat dan gerakan mencari dijalankan. Jika anda masih ditrek yang betul, peluang untuk anda diselamatkan amat cerah.
4. Jika boleh bersabar, tunggulah di trek (tepi trek) dalam tempoh 24jam, atau lebih (48 jam).
Jika waktu malam tidurlah jauh dari trek itu,cari kawasan sesuai, ini kerana waktu malam trek itu mungkin memjadi laluan haiwan. Berjimatlah dengan bekalan makanan dan air yang ada.
5. Jika tiada tanda-tanda pasukan penyelamat maka bertindaklah untuk cari jalan keluar.
Semasa mahu berjalan tinggakanlah tanda anak panah dari kayu atau apa saja menunjukkan arah anda hendak pergi. Di sepanjang perjalanan tinggalkan tanda-tanda yang anda melaluinya, ini memudah pasukan penyelamat mencari.
sumber: kosmo, Sinar Harian via
Post a Comment