Tular di media sosial beberapa gambar tangkap layar yang menunjukkan seorang lelaki menetap di Johor Bahru didakwa melakukan gangguan se.ksual melalui aplikasi Instagram terhadap rakannya yang juga merupakan isteri orang.
Berdasarkan perbualan tersebut, lelaki terbabit berkata, “Lepas ada anak makin se.ksi ea, makin geram aku tengok badan kau. Kalau jadi bini aku, setiap malam aku b***l kau puas-puas doh”.
ARTIKEL MENARIK:Andaian Budak Sudah Makan Lauk RMT, Individu Ini Tampil Beri Penjelasan
Wanita berkenaan dipercayai memaklumkan insiden itu kepada suaminya yang kemudian terus menegur perbuatan lelaki terbabit. Bagaimanapun dibalas dengar kasar.
“Ehh brader, otak ada ni dalam kepala otak. Kalau nak aku pecahkan kepala otak kau, keluarkan otak tunjuk dekat kau apa itu otak pun, boleh juga. Bukan apa, nak tengok otak kau ada function atau tak ada sebab tak kenal orang, main pakai langgar. Asal mat, kau ada masalah ke? Aku ada kat Pasir Gudang sini, apa-apa roger,” mesej dari lelaki itu.
“Lu agak-agak la brader. Bini orang kot? Cuba adik lu gua buat macam tu, lu suka tak? Lu dah buat taik, lu nak sekolahkan gua pulak? Nak tunggu muka lu viral, apa lu baru diam? Lu ingat guat ni adik-adik lu ke apa? Gua cakap slow lagi ni,” balas si suami.
Masih tidak berpuas hati, mesej tersebut dibalas dengan menyatakan bahawa dia lebih mengenali wanita berkenaan sebelum berkahwin dan menjelaskan dia hanya sekadar mengusik.
“Sebelum jadi lu punya bini, itu perempuan gua sudah kawan tau. Gua usik pakai ayat, bukan pakai jari tau abang brader. Gua cabik telinga kiri, gua golek bintang 7, gua abang, gua sudah naik, lu siapa?!” katanya.
Tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu dan tidak beberapa lama kemudian, segala gambar akaun media sosial termasuk nombor telefon lelaki terbabit tersebar di media sosial. Individu yang memuat naik gambar-gambar tersebut meminta orang ramai mencari lelaki berkenaan yang didakwa telah meruntuhkan rumah tangga orang.
“Tolong cari ini orang sampai dapat, meruntuhkan rumah tangga orang. Kacau bini orang ni, memalukan keturunan,” kata pemilik Facebook yang menggunakan nama, Bang Mekanik.
‘Silap saya lancang chat dengan bini orang camtu’ – Lelaki tampil mohon maaf, sedar akan kesilapannya
Susulan tular posting di Facebook yang mendakwa seorang lelaki melakukan gangguan se.ksual terhadap isteri orang, lelaki berkenaan tampil memohon maaf di atas kesilapannya.
Lelaki yang dikenali sebagai Miezan itu memohon maaf dan sedar akan perbuatannya itu salah serta memohon orang ramai tidak lagi memperbesarkan hal itu.
“Aku nak minta maaf atas perkara viral yang berlaku sekarang ini. Aku mengaku ini semua memang salah aku kerana mengganggu isteri orang. Aku harap semua jangan memperbesarkan lagi hal ini dan sekali lagi aku betul-betul minta maaf,” katanya.
Miezan bagaimanapun kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang didakwa sengaja mengaibkannya dengan tidak menunjukkan perbualan penuh mereka.
“Memang silap saya sebab lancang chat dengan bini orang macam tu. Tapi tolong beritahu dekat owner kalau nak aibkan saya pun bagilah screenshot chat penuh, baru orang tahu cerita penuh.
“Jangan post screenshot chat yang tak bersih dan yang nampak kesilapan saya je. Macam ni macam tak cantiklah. Takut baik-baik nak buka aib saya, jadi sebarkan fitnah pula.
“Apa-apa pun, lancang-lancang mulut saya dekat bini dia tu, saya ada minta maaf juga tetapi dia cut part chat yang saya minta maaf tu,” ujarnya yang turut memaklumkan sudah membuat laporan polis.
Tindakan netizen yang mengaitkan keluarga terutama ibu bapanya juga membuatkan Miezan kesal dan malu. Rumah keluarganya turut didatangi beberapa individu yang tidak dikenali ekoran posting viral tersebut.
“Sekarang ni benda pun orang tua saya yang tiada kaitan, orang babikan dan rumah saya pun telah didatangi beberapa remaja atas isu saya yang viral ini. Jadi, tak sedaplah kan,” ujarnya.
Di akhir kenyataannya, Miezan berterima kasih kepada mana-mana pihak yang ‘membantu’ meng4ibkan dia.
Tangkap layar kiriman mesej yang menunjukkan seorang lelaki didakwa melakukan gangguan se.ksual terhadap isteri orang serta hantaran maaf yang dibuatnya.
Sumber: Instagram Miezan, https://www.thereporter.my/ via
Post a Comment