PETALING JAYA – Pasangan sensasi pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli akhirnya membuka mulut bahawa mereka telah selamat bernikah pada 5 November lalu.
Pernikahan mereka berlangsung dalam sebuah majlis tertutup dan pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang.
ARTIKEL MENARIK:Sebak! Shuib kongsi audio perbualan terakhir arwah Siti Sarah sebelum ditidurkan -“Ibu… ini satu step ni je you kena lepaskan…”
Pada majlis bertemakan ‘Garden Wedding’ tersebut, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli itu menyerahkan wang tunai sebanyak RM22.50 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada Uqasha.
Terdahulu, pasangan itu melangsungkan pertunangan pada April lalu.
Kamal sebelum ini pernah membuat kejutan apabila melamar pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, itu dalam program secara langsung, Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) Disember tahun lalu.
Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.
Mengikut perancangan asal, Kamal dan Uqasha sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah dan tiga buah majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka, namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan penularan vir.us C0vid-19 yang semakin membimbangkan.
Pada Jun lalu, Kamal mendedahkan secara eksklusif kepada Kosmo! Online bahawa jika bukan kerana pandemik Covid-19, dia dan Uqasha sepatutnya telah bergelar suami isteri pada bulan tersebut.
Berikut sedikit Biodata Kamal Adli
1. Pemilik nama penuh Ahmad Kamal bin Ahmad Adli. Dikenali sebagai Kamal Adli.
2. Lahir pada 16 April 1986 di Bentong, Pahang, Malaysia.
3. Berketinggian 178 sentimeter.
4. Anak ketiga daripada tujuh beradik.
5. Kediamannya terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor.
6. Mempunyai kelulusan dalam jurusan Penyiaran di Malaysia Institute of Integrative Media (MIIM; Akademi TV3).
7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.
8. Merupakan pelakon, pengacara, model dan pelawak.
9. Bekas juara pertandingan Hero Remaja 2007/2008.
10. Lakonan sulungnya menerusi watak Budi dalam siri drama Renjis musim kedua yang disiarkan di saluran Astro Ria pada 2008.
11. Pernah membintangi filem, antaranya Niyang Rapik, Senjakala, Apa Celop Toqq, Abang Long Fadil, Cerita Hantu Malaysia, Isteri Untuk Dijual dan Blok 404.
12. Beberapa drama dilakonkannya seperti Mayang Mengurai, Ana Lu’lu, Apa Celop, Bila Hati Perempuan Menjerit, Jodoh Sebelah Pintu, Black Belt Kaler Pink, Duda Pujaan Dara dan Jika Masih Ada Rindu.
13. Juga telefilem Otai Rempit, Kekasihku Is Setan, Lagu Kita, Sayangku Damia, Suamiku Encik Beruang, Ms Oxford Mr Mesir, Jongkong, Suatukala, I Heart You Cik Yah, Haloba, Hantu Don dan banyak lagi. Termasuk teater muzikal Impak Maksima, Gerimis Mengundang dan Asmara Songsang.
14. Bergelar Juara Super Spontan Superstar 2017, Naib Juara Liga Lawak Superstar dan pemegang trofi Pelakon Lelaki Prolifik di Anugerah Telenovela 2017.
15. Pernah bercinta dengan aktres Intan Ladyana selama lebih enam tahun sebelum dilaporkan menjalinkan cinta dengan aktres Emma Maembong. Namun pada 2017, perhubungan itu gagal kerana kehadiran orang ketiga. Mereka bagaimanapun tetap terus berkawan, namun sejauh mana status hubungan itu masih menjadi tanda tanya.
kredit: kosmo, iluminasi via Trending Sangat
Post a Comment