Sebak! Shuib kongsi audio perbualan terakhir arwah Siti Sarah sebelum ditidurkan -“Ibu… ini satu step ni je you kena lepaskan…”

Sebak! Shuib kongsi audio perbualan terakhir arwah Siti Sarah sebelum ditidurkan -“Ibu… ini satu step ni je you kena lepaskan…”

“YOU jangan nangis… daddy jangan sedih. Ampunkan dosa-dosa I ya. Love you!”

Sebak! Shuib kongsi audio perbualan terakhir arwah Siti Sarah sebelum ditidurkan -“Ibu… ini satu step ni je you kena lepaskan…”



Itu kata-kata terakhir yang diluahkan oleh penyanyi Allahyarham Siti Sarah sebelum ditidurkan kerana jangkitan Covid-19 pada 6 Ogos lalu.

ARTIKEL MENARIK:Chef Wan Luah Perasaan Isu Rayuan Mahk4mah Serina Buat Ramai Simpati


Rakaman perbualan terakhir Siti Sarah bersama suaminya pelawak Shuib diselitkan dalam video muzik (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang dimuat naik di laman YouTube pada Jumaat.

Menurut Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, lagu dalam MV tersebut merupakan rakaman nyanyian semasa Siti Sarah menjalani latihan sebuah showcase di MATIC, Kuala Lumpur kira-kira tiga tahun lalu.

“Enam hari selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakam ketika sesi latihan untuk showcase Siti Sarah pada tahun 2018.

“Dalam MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arwah untuk ditidurkan.

VIDEO muzik rasmi lagu Tinggalkan Diriku dilancarkan tepat pukul 3 patang tadi menerusi saluran YouTube, Shuib Channel.

“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.

“Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” ujarnya.

Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.

Dalam rakaman perbualan terakhir yang dikongsi itu, Shuib meminta Siti Sarah untuk kuatkan diri berdepan ujian penyakit tersebut.

“Ibu… ini satu step ni je you kena lepaskan… you minta dengan Allah kuatkan semangat you, InsyaAllah lepas ni kita tengok baby kita.

“Ibu… sumpah I sayang you sangat,” kata Shuib dalam rakaman tersebut.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat Covid 19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

TONTON PETIKAN PERBUALAN TERAKHIR ARWAH DALAM MV LAGU TINGGALKAN DIRIKU!

Berkongsi mengenai penghasilan MV tersebut, Shuib berkata penyampaian Siti Sarah sungguh berbeza dalam lagu berkenaan kerana arwah seolah-olah sudah mengetahui ajalnya bakal tiba.

“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengarkan semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.

“Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” katanya.

Tinggalkan Diriku merupakan ciptaan Aidit Alfian. Lagu ini dirakam pada tahun 2002 dan dilancarkan pada tahun 2003 melalui album Mimpi Pun Sama.

Lagu ini sudah berada di semua platform digital dan MV pula akan disiarkan melalui YouTube Shuib Channel mulai Jumaat.

Shuib selalu menangis terkenang arwah Siti Sarah

Genap 100 hari pemergian arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, pelawak Shuib Sepahtu masih sukar meneruskan kehidupan tanpa mengenangkan insan kesayangannya itu.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, mengakui menangis setiap kali terkenang isterinya yang dijemput Ilahi pada 9 Ogos lalu.


Loading...


“Hari ini genap 100 hari pemergian arwah. Setakat ini, anak-anak okay sahaja, cuma sesekali mereka katakan ibu sudah tiada dan meluahkan perasaan rindu. Tetapi, saya pula agak sukar dan senang ‘bocor’ apabila teringatkan arwah.

“Kalau ikutkan saya jenis yang penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah. Tetapi, saya agak sukar ‘move on’ dalam situasi ini.

“Sebenarnya, saya percaya suami isteri akan melalui seperti ini apabila berlaku terlalu awal pemergian pasangan. Sudah tentu, ia mengambil masa untuk terima. Dan, masanya yang diambil tidak tahu berapa lama,” katanya kepada ketika ditemui pada majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik anak keempat, Ayash Affan yang berusia tiga bulan serta tahlil sempena 100 hari pemergian arwah Siti Sarah di kediamannya.

Shuib berkata, dia cuba meneruskan kehidupan, tetapi sentiasa sahaja terkenangkan.

“Seperti nak buat majlis hari ini, saya rasa arwah ada sahaja di sisi. Sebab ketika mula pindah di sini, arwah memang suka buat majlis.

“Jadi, apabila teringatkannya, saya sebak,” katanya kepada BH Online.

Melihat keadaan fizikal yang agak susut, Shuib memberitahu, dia hilang selera makan sejak pemergian arwah isterinya.

“Ya, saya kurang makan sebab tiada selera. Jika dengan arwah, dia suka makan, jadi saya tidak boleh tolak.

“Malah, jam 2 pagi pun boleh makan lagi. Iyalah dulu makan, arwah ada, sekarang makan saya sendiri yang kena jaga.

“Dan sekarang saya makan bila lapar sahaja, sebab saya tak jumpa selera makan saya. Itu yang menyebabkan badan susut sikit,” katanya yang masih menziarahi kubur arwah setiap Isnin dan Jumaat.

Sementara itu, Shuib masih mengambil tempoh berehat berkata, dia sudah enam bulan tidak bekerja dan menjayakan sebarang tawaran seni.

Shuib bersama empat cahaya matanya pada majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik Ayash serta tahlil sempena 100 hari pemergian arwah Siti Sarah di kediamannya di Puchong.
Kata Shuib, dia bagaikan tidak pandai untuk kembali bekerja dan disebabkan itu, memilih meneruskan pemeriksaan kesihatannya.

“Saya masih berjumpa doktor peribadi yang menjaga arwah dahulu untuk memeriksa tahap kesihatan saya. Beliau adalah doktor pakar psikiatri yang sama jumpa ketika arwah mahu hamil anak keempat.

“Saya jumpa sebab emosi saya masih tak okay. Doktor mengatakan hormon estrogen saya lebih tinggi berbanding hormon testosteron disebabkan saya beremosi.

“Doktor bagi ubat seimbang dan menstabilkan emosi saya. Namun, kali terakhir bertemu doktor, ada peningkatan yang baik. Alhamdulillah,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan Ayash, Shuib berkata, anak bongsunya membesar dengan sihat.

“Ayash baik-baik sahaja, cuma sekarang sering berjaga lewat malam dan mahu sentiasa didukung.

“Apabila keadaan begitu, saya jadi sedih sebab teringatkan arwah ibunya.

“Ayash sekarang pun tidak boleh lambat menyusu. Jika lambat akan marah. Sama seperti arwah ibunya yang tidak boleh lambat ketika mengandungkannya, mungkin sikap arwah beralih kepada Ayash.

“Jujurnya, Ayash tidak ubah seperti ibunya. Dari sikap tidak boleh lambat sehinggalah cara tidur dengan meletakkan tangan di dagu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shuib bersama Indigital Music akan melancarkan muzik video lagu nyanyian arwah Siti Sarah, Tinggalkan Diriku pada 26 November ini.

“Sekitar dua tahun lalu, Sarah ada merakamkan lagu Tinggalkan Diriku bersama arwah Lok U dan arwah Aji dalam studio.

“Lagu itu dirakamkan ketika mereka mengadakan sesi latihan untuk persembahan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC). Tetapi, nyanyiannya sangat menyentuh hati.

“Saya mendapat tahu mengenai rakaman ini selepas hari keenam arwah meninggal dunia.

“Jadi, kami memutuskan untuk membuat video muzik memandangkan tiga sahabat ini sudah pergi dijemput Ilahi terlebih dahulu. Ini membuatkan saya tertanya-tanya adakah mereka bertiga tahu akan mati?,” katanya.

Allahyarham Aji atau nama sebenarnya, Fauzi Samin yang juga pemain gitar terkenal meninggal dunia akibat serangan jantung pada 5 September 2019.

Manakala pada 22 Januari, tahun lalu, Allahyarham Lok-U meninggal dunia selepas dilaporkan sesak nafas pulang daripada aktiviti jogging.via Trending Sangat


Kredit -



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post