“Satu ‘Rek0d Dvnia’, Najib Berjaya T4ngguhkan S4bitan, Hukvman.” Ini Kata2 Tun M Bvat Ramai Terfikir

“Satu ‘Rek0d Dvnia’, Najib Berjaya T4ngguhkan S4bitan, Hukvman.” Ini Kata2 Tun M Bvat Ramai Terfikir

KUALA LUMPUR : Keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan jelas membuktikan Datuk Seri Najib Razak bersalah atas dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Satu ‘Rek0d Dvnia’, Najib Berjaya T4ngguhkan S4bitan, Hukvman.” Ini Kata2 Tun M Bvat Ramai Terfikir



Bagaimanapun, beliau tidak berpuas hati apabila mahkamah membenarkan hukuman terhadap Najib ditangguhkan sementara menantikan keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

ARTIKEL MENARIK:[Terkini] ‘Terlalu AwaI Kau Prgi..’ Haziq MninggaI SeIepas 6 Jam Bertrung Nywa Akibt KmIangan.


Malah, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi, menyifatkan keputusan penangguhan hukuman berkenaan adalah satu ‘rekod dunia’.

‘’Oleh kerana ianya tidak bercanggah dengan undang-undang, Najib tidak akan menjalani hukuman kerana Najib membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

“Ini hak Hakim. Ia adalah satu rekod dunia, mengikut Department of Justice (DOJ), Amerika Syarikat, orang yang didapati bersalah kecil pun tidak pernah mendapat penangguhan hukuman seperti ini,” katanya menerusi hantaran di blognya pada Rabu.

Ujarnya lagi, keadaan itu akan membuatkan proses pendakwaan berlarutan selama beberapa tahun bahkan berkemungkinan besar Najib akan turut bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Di masa itu ia (Najib) bebas seperti orang yang tidak bersalah. Kalau semasa menanti ia (Najib) dibenar terus jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia (Najib) juga dapat bertanding dalam PRU 15.

“Jika ia (Najib) menang dan sekali lagi jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia (Najib) boleh jadi Perdana Menteri juga,” soalnya.

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadapnya yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan untuk menolak rayuan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pekan itu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas.

Sithambaran menjelaskan, pendakwaan ke atas Najib Tun Razak dikemukakan berdasarkan fakta dan kertas siasatan. – Gambar/ BERNAMA


Kes SRC International: Prosiding di Mahkamah Persekutuan tidak akan lama – Pendakwaan

PUTRAJAYA: Proses rayuan terakhir Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman ke atas bekas Perdana Menteri itu, dijangka tidak mengambil masa yang lama.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaran menjelaskan, ini kerana hampir kesemua dokumen yang diperlukan untuk prosiding di Mahkamah Persekutuan sudahpun lengkap.

“Kita sudah ada 112 naskah dokumen secara keseluruhan, dan Mahkamah Persekutuan kini hanya perlu menambah satu lagi dokumen melibatkan hujah dan keputusan nanti.

“Jadi rekod sudah ada, dan saya rasa dalam tempoh tiga bulan lagi, pengurusan kes akan disebut di Mahkamah Persekutuan. Dalam tempoh enam hingga sembilan bulan kes akan selesai,” katanya pada sidang media di Istana Kehakiman di sini, pada Rabu.

Ditanya mengenai dakwaan Najib bahawa pendakwaan kes ini berunsurkan politik, Sithambaran menegaskan, pendakwaan itu dikemukakan berdasarkan fakta dan kertas siasatan.

“Sebagai pasukan pendakwaan, kita mempunyai kertas siasatan dan keterangan saksi. Tiada sebarang unsur politik, ini adalah berdasarkan fakta.

“Perbicaraan kes ini melibatkan empat hakim, tiga hakim di Mahkamah Rayuan dan seorang (hakim) di Mahkamah Tinggi. Apa yang dibacakan hari ini adalah cuma ringkasan daripada lebih 316 muka surat penghakiman,” ujarnya.

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadapnya yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).



Loading...


Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan untuk menolak rayuan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pekan itu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas.


HASSAN ABDUL KARIM

Mengapa layanan berbeza Najib dan Anwar?

PASIR GUDANG: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mempersoal keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang menangguhkan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Pengerusi PKR Johor itu berkata, permohonan sama pernah dibuat bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes fitnah terhadapnya, namun beliau terus dihantar ke Penjara Sungai Buloh.

Sehubungan itu, pihaknya menuntut mahkamah mengenakan tindakan undang-undang sama terhadap mana-mana individu dan bukan membezakan antara kedua-duanya.

“Tetapi, amalan duluan atau ‘precedent’ dalam kes fitnah kedua Anwar perlu dirujuk. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah melepas dan membebas beliau daripada pertuduhan.

“Tetapi, kerajaan Barisan Nasional (BN) waktu itu yang diketuai Najib sebagai Perdana Menteri telah mengarahkan Pendakwa Raya membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu. Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan tidak bersalah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Anwar telah memohon penggantungan pelaksanaan hukuman penjara ke atasnya kerana beliau akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan tetapi permohonan itu ditolak dan beliau dihantar terus ke Penjara Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Hassan yang juga seorang peguam, berdasarkan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan semua orang sama rata di sisi undang-undang, maka tidak sepatutnya ada perbezaan antara Najib dengan Anwar.

“Justeru itu, sebagai Ahli Parlimen yang bersumpah untuk memelihara keluhuran Perlembagaan Persekutuan, maka saya menuntut supaya apa keputusan yang mahkamah telah jatuhkan ke atas Anwar hendaklah dilaksanakan hal yang sama terhadap Najib.

“Jika demikian berlaku, baharulah dunia melihat sistem undang-undang Malaysia sesungguhnya adil,” ujarnya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan Putrajaya sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. selepas menolak rayuan bekas Perdana Menteri itu.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam belanya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.

Najib tidak pernah mengadu wang salah masuk akaun’ – Mahkamah Rayuan

Datuk Seri Najib Razak tidak pernah mengemukakan aduan kepada bank, mengenai dana sebanyak RM42 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadinya secara salah, demikian dinyatakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan hari ini.

Abdul Karim berkata, Najib cukup berpuas hati menerima dan menggunakan dana itu mengikut kehendaknya dan tidak pernah ditunjukkan bahawa penggunaan dana itu berkaitan dengan SRC atau urusan perniagaannya.

Beliau berkata, hakim Mahkamah Tinggi mengambil perkara itu sebagai membawa maksud bahawa pemindahan wang berkenaan diketahui oleh Najib, kerana jika tidak, beliau tidak akan membelanjakan wang berkenaan.

“Perkara yang wajar dilakukan oleh mana-mana pemegang akaun yang tersilap atau tidak sengaja menerima dana ke dalam akaunnya ialah mengembalikan wang itu dan membetulkan kesilapan terbabit.

Najib mohon tarikh keputusan rayuan SRC dilapangkan

“Bagaimanapun perayu tidak melakukannya. Oleh itu, keseluruhan keterangan menguatkan inferen hakim yang arif bahawa perayu pastinya mengetahui mengenai RM42 juta yang dipindahkan ke dalam akaunnya.

“Oleh itu, kami bersetuju dengan hakim perbicaraan bahawa unsur penting penyelewengan harta yang diamanahkan oleh perayu, berjaya dibuktikan dengan jelas,” katanya.

Abdul Karim berkata, terdapat bukti jelas menunjukkan Najib menyalahgunakan RM42 juta, dan menggunakan untuk kegunaan sendiri serta menyalahgunakannya.

Beliau berkata, RM42 juta itu bertentangan dengan penegasan Najib bahawa beliau menggunakannya bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, sebaliknya digunakan untuk kepentingan peribadi dan tujuan politik.

“Kami bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa keterangan yang dikemukakan pihak pendakwaan, jelas menunjukkan bahawa pergerakan wang RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta daripada akaun bank SRC adalah tindakan penyelewengan yang tidak jujur.

“RM42 juta akhirnya dimasukkan ke dalam akaun bank perayu dan tidak pernah dialihkan ke mana-mana akaun lain…RM42 juta itu digunakan oleh perayu.

“Sebaik sahaja dana diterima ke dalam akaun bank perayu, dia menggunakannya dengan mengeluarkan beberapa cek.

“Dalam keadaan itu, perayu mengetahui dana yang dikreditkan ke dalam akaun bank, dan di sisi undang-undang dia bertanggungjawab ke atas aktiviti dalam akaunnya,” katanya.


Sumber: trending sgt  via ROSE MERAH




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post