Instafamous ‘belanja’ 100 orang tiket balik Sabah, Sarawak

Instafamous ‘belanja’ 100 orang tiket balik Sabah, Sarawak

PETALING JAYA – Tindakan personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad menaja 100 orang tiket penerbangan pulang ke Sabah dan Sarawak menerima pujian orang ramai.

Instafamous ‘belanja’ 100 orang tiket balik Sabah, Sarawak



Hafiz dalam satu hantaran di Instagramnya berkata, dia terpanggil untuk membantu mereka yang mahu pulang ke Sabah dan Sarawak tetapi tidak

ARTIKEL MENARIK:Hulur Tangan Seakan Nak Ikot Balik, Tindakan Akak Ini Buat Ramai Seb4k


berpeluang untuk berbuat demikian kerana harga tiket penerbangan yang mahal.

“Akhirnya, selepas beberapa tahun. Mereka dapat balik ke Sabah Sarawak. Bagi kita, balik kampung itu benda biasa tapi macam mana situasi mereka yang memang tak ada duit langsung? Di buang kerja? Ada sebab bertahun tak dapat tengok mak ayah. Sebab apa? kemampuan.

“Mereka bukan orang yang senang senang, tiket untuk ke Sabah Sarawak mahal. Ada yg cakap tadi tujuh tahun tak balik sambil menitik air mata. Ada yang kongsi, dulu kerja gaji RM5,000 tapi bila Cov1d-19 turun ke RM1,000. Harini terpaksa terus balik ke Sabah dan cari kerja di Sabah,” tulisnya.

Selain itu, Hafiz turut memaklumkan sumbang itu adalah hasil daripada perniagaan dan sumbangan masyarakat terhadap Pertubvhan Sahabat Ainaa.

Happy (gembira) saya lihat mereka tadi. Saya gunakan ini semua RM60,000 dari hasil perniagaan dan RM10,000 dari sumbangan awak ke dalam pertubvhan sahabat Ainaa, saya niatkan juga untuk awak semua.

“Saya bagi tahu ini sebab saya nak awak tahu, hasil support (sokongan) awak. Saya cuba gunakan untuk beri balik pada masyarakat dan saya bawa sekali sumbangan sahabat untuk mereka,” ujarnya.


Loading...


Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan personaliti itu dan mengharapkan lebih ramai insan berkemampuan untuk tampil membantu mereka yang memerlukan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“Masya-Allah, sangat memberi inspirasi. Terima kasih kerana bantu mereka yang benar-benar memerlukan,” kata Alia.

“Semoga apa yang kamu lakukan dibalas dengan kebaikan, dimurahkan rezeki kamu oleh Allah,” kata Vkmal.

Komen Netizen:

“Sangat faham perasaan mereka. Dulu masa belajar di Sabah, beraya di sana sebab nak balik tiket mahal. Semoga Hafiz dan Aina terus sukses dan sebarkan kebaikan untuk semua,” kata Zatul. – K! ONLINE

 
Sumber : https://www.kosmo.com.my/via Sinar Viral


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post