Merantau jauh dari keluarga bukan satu ‘perjalanan’ yang mudah tetapi ia perlu diteruskan jua demi mencari rezeki yang halal. Lama-kelamaan, usaha gigih yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil.
Seperti kisah yang tular di Indonesia baru-baru ini, seorang lelaki yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung halaman mengejutkan penduduk kerana dipercayai telah membina rumah yang besar untuk ibu bapanya.
ARTIKEL MENARIK:Juri minta jangan nangis. Model diajar posing dengan lebah terpaksa tahan perit akibat disengat.
Menurut Suara.com, video mengenai lelaki itu tular setelah dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok, @Suhasastra_, beberapa hari lalu.
Menerusi video itu, lelaki tersebut mengatakan bahawa dia menjadi topik perbincangan orang kampung kerana membina ‘singgahsana’ untuk keluarganya. Rumah dua tingkat itu dilihat masih lagi dalam pembinaan.
“Viral di kampung kerana dua tahun menghilang, bila balik bina rumah untuk orang tua,” kata lelaki tersebut menerusi video itu.
@suhasastra_Ya gitu deh, hehe. #fyp #berusahadanberdoa #rumahidaman
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 2.1 juta kali dan dibanjiri dengan komen netizen yang memuji usaha lelaki tersebut.
“Diam-diam menghilang, pulang-pulang bikin iri orang,” kata seorang netizen.
Bagaimanapun, lelaki itu tidak menjelaskan dengan terperinci mengenai pekerjaannya.
Sumber: Suara.com, Suhasastra
Kredit - Siakap Keli.
Post a Comment