Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang netizen telah berkongsikan di facebook miliknya, mereka terdiri daripada tujuh individu juga terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM1,852.50 dan jumlah itu termasuk dengan harga ikan berkenaan.
Perkara ini telah mendapat perhatian bukan sahaja netizen tetapi juga pihak KPDNHEP yang membuat kunjungan ke premis tersebut.
ARTIKEL MENARIK:(Video) Dah Dua Tahun Tak Pulang, Tular Lelaki Balik Kampung Terus ‘Bina’ Rumah Besar Untuk Ibu Bapa
Susulan dari perkara itu, Pemilik restoran terapung yang terbabit dalam isu hidangan ikan siakap berharga lebih RM1,000 di Taman Geoforest Karst Kilim, Langkawi, diberi masa lima hari untuk membuat penjelasan mengenai kos operasinya.
Ketua Pegawai Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad, berkata penjelasan itu perlu diberikan sebelum 11 November.
"KPDNHEP telah mengeluarkan notis kepada pemilik restoran berkenaan ketika tinjauan pegawai KPDNHEP pada 5 November. Penjelasan perlu diberikan oleh pemilik restoran sebelum 11 November ini.
"Segala maklumat yang diberikan akan dianalisis menggunakan mekanisme pencatutan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
"Antara keterangan yang diperlukan adalah maklumat berkaitan kos operasi termasuk kos barangan, kos utiliti serta kos upah berdasarkan kepada peratusan mark up atau peratusan margin bagi tempoh tiga tahun sebelumnya,"
Beliau dalam pada itu menjelaskan, notis itu bagaimanapun tidak bermakna pemilik restoran terbabit sudah melakukan kesalahan.
Kredit -Seleksi Network
Post a Comment