Jualan ikan siakap di pulau ini tidak terjejas susulan tular harga siap masak ikan itu di sebuah restoran yang mencecah RM1,196.80 sejak tiga hari lalu.
Tinjauan di Pasar Awam Kuah di sini, mendapati urus niaga siakap berjalan seperti biasa dengan orang ramai membeli pada harga RM16 sekilogram. Peniaga, Shahabudin Mohd Ali, 53, berkata, jualan siakap di gerainya seperti biasa, malah ada peniaga membeli lebih bagi menampung permintaan sempena cuti sambutan perayaan Deepavali.
ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Pasangan Suami Isteri Bergaduh Dengan Pengawal Keselamatan Selepas Tinggalkan Anak Untuk Jagaan
“Rata-rata harga jualan ikan siakap di pasar ini RM16 sekilogram dan ia lebih rendah berbanding RM18 sekilogram beberapa bulan lalu. Ya, permintaan (siakap) tidak terjejas walaupun isu siakap mahal dibincangkan meluas dalam media sosial,” katanya ditemui di sini, hari ini. Pemborong ikan, Azizan Mat, 48, berkata, dia membekalkan purata 150 kilogram siakap sehari kepada restoran sekitar Kuah dan Pantai Chenang.
“Memang ada kawan tunjuk pada saya berita mengenai siakap mahal dalam Facebook, tapi jumlah siakap yang saya jual tidak berkurang sejak tiga hari lalu. Mengenai harga mahal di restoran itu, saya tak boleh ulas sebab harga di situ untuk siakap hidup, tapi saya jual siakap sudah mati,” katanya. Sebelum ini, media melaporkan, makan tengah hari sekumpulan pelancong di sebuah restoran di pulau ini dikejutkan dengan harga siakap yang didkwa RM1,196.80.
Pelanggan sendiri mahukan siakap itu – Pemilik restoran
Saya sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5 kilogram (kg), ia lebih sesuai untuk dijadikan hidangan,” kata pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa.
Menurutnya, dia sendiri yang mengambil pesanan pelanggan terbabit dan memintanya untuk melihat ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.Katanya, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g). Sumber : Awattsyeikh
Tular Harga Ikan Siakap Mahal. Ada Pula Pelanggan Tampil Dedah Cerita Lain Lepas Owner Jelaskan Siakap Mahal.
PETALING JAYA – Percutian sebuah keluarga ke Langkawi baru-baru ini meninggalkan memori yang tidak akan dilupakan apabila hidangan tengah hari mereka berjumlah RM 1738.70.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang wanita berkongsi gambar bil yang menunjukkan harga ikan siakap seolah-olah tidak masuk akal dan dipercayai sengaja diberi saiz ikan yang besar tanpa pengetahuan pelanggan.
“Dalam menu ada tulis RM 18 bagi ikan, saya tanya apa? Dia pekerja beritahu harga bagi 100 gram ikan. Jadi harga bagi satu kilogram ikan adalah RM 180.
“Dia cakap siakap itu besar, okeylah sebab 10 orang makan tetapi tidak beritahu beratnya mencecah 6kg,” katanya.
Menurut pengguna tersebut, dia berasa seolah-olah diti.pu dan minuman yang dihidangkan iaitu air tembikar sangat mengecewakan.
Wanita itu memberitahu, sebaik hidangan sampai, dia terkejut dengan saiz ikan tersebut yang sesuai dimakan oleh dalam kumpulan yang ramai bukannya 10 orang.
Sebelum ini dilaporkan kisah yang hampir sama berlaku bagi sekumpulan individu apabila mereka terpaksa membayar hampir RM 1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat anggaran 7kg semasa bercuti di Langkawi baru-baru ini.
Pihak Kedai Jelaskan 7KG.
Assalamualaikm Sy wakil dari restaurants yg v.iral berkenaan dengan SIAKAP HIDUP 7.48kg.
Disini Sy dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari keja.dian, berkenaan dgn size ikan ,saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer berkenaan dgn size ikan yg besar disebabkan ikan tersebut merupakan ikan show di sangkaq ikan kami dan selalunya kami tidak jual ikan ni.
Sy juga telah rekemen supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain didalam petak yang untuk order makan ikan merah Dan kerapu, size ikan di dalam lebih kecil size lebih kurang 1.00kg-1.5kg shaja tetapi pihak customer masih lg insist untuk ambil ikan siakap show walaupun telah di beritahu ikan tersebut bersize mega, dan apabila pihak kami telah tangkap ikan siakap tersebut menggunakkan Tali pancing.
Dan panggil beliau supaya melihat size ikan semasa beliau di meja makan tetapi beliau menolak untuk melihat size ikan dan beritahu kami proceed dgn ordernya.
Berkenaan dgn anggaran size yg ditunjukkan Oleh pihak kami yg di katakan memani.pulasi size ikan pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut dan menunjukkan anggaran size ikan mmg besar dan disebabkan itu beliau mengambil seekor ikan sahaja.
Tetapi beliau Masih lg proceed untuk order. Dan ada yg mention berkenaan telur dadar yg mahal sebenarnya satu plate ada 3-4 biji dlm satu plate, Dan telur itu bersize besar Dan Sy rasa harga berkenaan normal disebabkan perniagaan kami di floating restaurants mengambil kira kos yg perlu di keluarkan.
Point kedua berkenaan dgn cad credit 5 peratus pihak kami tidak caj apa2 pn di dalam pembayaran beliau , bil yg di tunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah Rm 1759.50 Dan bil kedua berjumlah Rm 93.00 total untuk 2 bil tersebut rm 1852.50.
Dan berkenaan orang belakang yang dikatakan pasrah dgn bill juga tu juga order lobster 950g hampir 1 kg, ketam, ikan kerapu harimau.
Dan bekenaan dengan harga yang mengatakan harga ikan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yg dijual di restaurant adalah live seafood. Ikan di darat dijual mungkin rm9 per gram tetapi kami menjual rm16 per gram disebabkan ikan hidup. Kredit : Kosmo/FB.
Terkejut Dengan Harga Ikan Siakap Sampai Cecah Nilai RM1196. Sekali Tak Boleh Berdiam Diri Pihak Restoran Tampil Jelaskan Kenapa Harga Sampai Macam Tu Sekali.
Kecoh sejak semalam apabila ada sekumpulan pelancong dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didkwa terlalu mahal. Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesan itu berjumlah RM1,196.80.
Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain pula ialah RM1,759.50. Perkara itu sekali gus mencetuskan persoalan ramai adakah harga berkenaan munasabah dan masuk akal. Enggan situasi tersebut menjadi lebih serius, wakil restoran kemudian tampil memberi penjelasan sebenar mengenai kejadian itu.
“Assalamualaikum saya wakil dari restoran yang viral dengan siakap hidup 7.48kg. Saya dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari kejadian. Saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer dengan saiz ikan yang besar disebabkan ikan tersebut merupakan ‘ikan show’ di sangkar kami. Selalunya kami tidak jual ikan ini dan saya juga telah sarankan supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain di dalam petak yang untuk order makan. Saiz ikan di dalam lebih kecil size lebih kurang 1kg – 1.5kg sahaja tetapi pihak customer masih insist untuk ambil ikan siakap show walaupun telah diberitahu ikan tersebut bersaiz mega,” kata wakil restoran berkenaan.
Menurutnya lagi, pihak restoran juga telah menangkap ikan siakap itu untuk ditunjukkan kepada pelanggan tersebut. “Tetapi beliau menolak untuk melihat size ikan dan beritahu kami proceed dengan ordernya. Berkenaan dengan anggaran size yang ditunjukkan oleh pihak kami yang dikatakan memanipulasi saiz ikan, pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut dan menunjukkan anggaran size ikan memang besar. Point kedua berkenaan dgn kad credit 5 peratus pihak kami tidak caj apa pun di dalam pembayaran beliau. Bil yang ditunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah Rm1759.50 dan bil kedua berjumlah Rm93.00 total untuk dua bil tersebut rm1852.50. Banyak yang dalam komen mention pejabat zakat, LHDN apa semua jangan risau semua kami pembayar zakat dan cukai sebagai warganegara malaysia,” jelasnya. Sumber : Gempak
Ikan Dijual Dengan Harga 20 Sen. Habis Dijual Dalam 1 Jam.
KUANTAN, Dalam masa kira-kira sejam, 165 kilogram ikan selayang segar berharga 20 sen seekor habis dijual pada program jualan amal, di sini, semalam.
Program jualan amal itu dikhususkan untuk golongan yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dapur Infaq Ummah.
Setiausahanya, Zahir Shah Zahid berkata, ikan selayang yang dibekalkan nelayan tempatan dan satu keluarga hanya boleh membeli sekilogram dengan harga RM5 sahaja.
Tambahnya, sebelum ini pihaknya pernah menjual ayam segar pada harga RM5 seekor untuk setiap keluarga.
“Kalau kita lihat kebanyakan yang datang pada hari ini semua daripada penerima bakul makanan Dapur Infaq Ummah Kuantan. Jadi matlamat kita adalah membantu meringankan beban golongan memerlukan itu tercapai apabila lebih 100 keluarga mendapat manfaat daripada program jualan ini,” katanya.
Badrul Jamili berkata, bekalan ikan diperoleh daripada pemborong di Pasar Borong Kuantan dengan harga berpatutan. “Kita tidak penting keuntungan, sebaliknya mahu memastikan golongan memerlukan tidak kelaparan,” katanya. Sementara itu, pembeli, Syahrul Hazwan Irdin, 45, berkata, aktiviti jualan amal sebegini banyak membantu golongan terkesan seperti dirinya. “Terima kasih kepada NGO Dapur Infaq Ummah kerana membantu kami yang terjejas dari segi pendapatan mendapatkan bekalan barangan basah pada harga murah. Saya harap program sebegini dapat diteruskan sepanjang PKP,” katanya. SUMBER: MalaysiaGazette.
Kredit - Era Kini
Post a Comment