Seorang lagi pengguna laman media sosial mendkwa kunjungannya ke Langkawi, Kedah boleh disifatkan sebagai terkena situasi hampir sama dengan harga ikan siakap yang tular baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di hantaran Facebook, wanita itu berkongsi, hidangan kumpulannya yang terdiri daripada 19 individu mencecah empat angka di samping harga air dan telur yang disifatkannya mahal.
ARTIKEL MENARIK:Tular harga ikan siakap di sebuah restoran. Sekali pemborong ikan pula tampil jelaskan jualan ikan siakap sekarang.
“Mulanya kami ingat ikan siakap itu saiz biasa, kami order tiga ekor selepas itu akak tu kata yang seekor sudah cukup. Kami pun tak jangka saiz ikan itu yang sebenarnya, cuma dia cakap seekor sudah cukup untuk kami semua makan. Kami pun setuju, maka bermula mimpi ngeri. Menurutnya, pada mulanya kumpulan individu itu beranggapan bahawa hidangan tersebut berkemungkinan dikenakan caj RM 200 sehingga RM 500, namun semuanya berubah apabila melihat jumlah keseluruhan bil itu.
“Tadaaaa… empat angka, air pun cekik tengkuk tahap tak m ati. Inikan pula ikan siakap yang katanya dari kayangan tapi keturunan Langkawi. Itu baru ikan, harga mau tersedak minum. Air kosong pun RM 5, inikan pula air manis. Nasib lah ramai, boleh jugak kongsi, kalau yang datang bawa mak ayah dan anak-anak?, tak ke n.aya. Telur 4 biji pun sama harga telur sepapan, tak tahu lah mahu sumpah atau mahu doa baik-baik kat peniaga itu sebab hati ini macam tak ikhlas saja semasa bayar,” kongsinya. Terpanggil untuk menceritakan pengalaman peribadi. Untuk kes Kak Ani, di restoran yang sama. Kak Ani order macam biasa siakap 3 rasa satu udang masak pedas. Dan Kak Ani tidak diberitahu berapa KG ikan siakap yang akan diberikan.
Kak Ani sedia maklum makan di restoran terapung mesti mahal dalam kiraan kak ani, mungkin lebih kurang RM 600 ke RM 700 untuk kak ani dan anak-anak. Tapi, kami diberikan ikan siakap 4.98kg dan total bill RM 1660. Kak Ani makan bersama suami, mak dan anak2 kak ani yang masih kecil. Bukan tidak mampu, cuma rasa teraniaya. Ramai yang terkena sebab Peniaga tidak inform dan tunjukkan dulu ikan. Ada sebuah keluarga di belakang kak ani waktu tu, kumpul2 duit dari mak dan adik beradik, kesian nampak sedih dan terkejut. Semoga peniaga lebih telus selepas ini inform customer kemungkinan harga dan Kak Ani pun ambil pengajaran, selepas ni, sebagai pelanggan yang bijak, tanya betul-betul harga dan timbang dahulu di depan mata. Sumber : Online Malaya
Pemilik Restoran Dedah Ikan Siakap Tersebut Rupanya Hanya Untuk Tayangan. Akhirnya Ini Penjelasan Dari Pihak Berkuasa.
Langkawi: Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa terkilan selepas pelanggan berperwatakan alim bertindak menularkan harga ikan siakap di restorannya terlampau mahal.
Malah dia turut mempersoalkan tujuan sebenar pelanggan terbabit yang menularkan perkara itu selepas bersetuju membayar harga yang dikenakan pada hari kejadian.
“Saya betul-betul tak sangka orang yang berperwatakan alim dan warak sanggup buat kerja seperti ini, sedangkan dia sendiri yang pilih ikan segar dalam sangkar untuk dimasak.
“Ketika mengambil pesanan, saya ulang banyak kali bahawa ikan (yang dipilih) itu besar sambil saya tunjuk dengan isyarat tangan anggaran saiz ikan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Kilim Geoforest Park di sini, hari ini.
Norasyikin turut menafikan sekeras-kerasnya pihaknya memaksa pelanggan memilih ikan bersaiz besar bagi mendapat keuntungan berganda selepas perniagaan terjejas teruk akibat pendemik Cvid-19.
“Sepanjang lapan tahun berniaga di sini, saya dan kakitangan tidak pernah memaksa pengunjung memilih ikan besar untuk menjamu selera di restoran ini.
“Malah, ketika mengambil pesanan kami akan beritahu berat ikan dikira dalam sukatan gram dan setiap menu lengkap tertera harga dengan jelas,” katanya.
Beliau berkata, selepas selesai makan kumpulan sembilan pelancong terbabit tidak datang berjumpanya untuk bertanyakan mengenai harga yang dikenakan.
“Ketika melangkah meninggalkan restoran mereka juga tidak cakap apa-apa mengenai bayaran yang pihak kami kenakan ke atas ikan siakap yang dimasak menu tiga rasa dan stim limau itu.
“Sebenarnya ikan siakap yang mereka pilih itu seberat 7.48 kilogram berusia 11 tahun dan dipelihara untuk dipertontonkan sebagai tarikan pengunjung restoran,” katanya.
Semalam, media melaporkan makan tengah hari sekumpulan pelancong di sebuah restoran terapung di pulau ini kelmarin, dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didakwa mencecah RM1,196.80.
Sementara itu, empat Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Langkawi turut kelihatan melakukan siasatan di restoran berkenaan hari ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid berkata, pihaknya sedang menyiasat dan mengumpul maklumat kejadian daripada pengadu dan peniaga.
“Maklumat sudah diperolehi dari kedua-dua pihak dan siasatan lanjut sedang dijalankan secara adil,” katanya ketika dihubungi di sini.
NORASYIKIN menunjukkan menu masakan di restorannya yang memaparkan berat ikan dikira menggunakan sukatan gram dan lengkap dengan harga. FOTO Hamzah Osman
Pelanggan sendiri mahukan siakap itu – Pemilik restoran
“Saya sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5 kilogram (kg), ia lebih sesuai untuk dijadikan hidangan,” kata pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa.
Menurutnya, dia sendiri yang mengambil pesanan pelanggan terbabit dan memintanya untuk melihat ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.
Katanya, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g).
“Saya sudah terangkan kepada pelanggan berkenaan bahawa ikan yang dipesannya seberat kira-kira 7 kg itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran,” katanya.
Norasyikin turut menafikan dia mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti yang didakwa pelanggan terbabit.
Dia berkata demikian ketika dihubungi hari ini untuk menjawab dakwaan pelanggannya yang mendakwa harga ikan siakap dipesan mahal ketika mengunjungi restorannya di sini, semalam.
Satu resit dimuat naik individu sebelum ia tular di media sosial yang tertera ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang berharga RM1,196.80.
Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain adalah RM1,759.50 untuk tujuh orang makan.
Individu terbabit turut mendakwa ada menasihati pihak restoran berkenaan supaya tidak mengulanginya termasuk menghidangkan ikan sebesar itu hanya untuk tujuh orang makan.
Individu terbabit juga mendakwa pelanggan yang menunggu giliran membayar juga pasrah apabila bil yang dikenakan terhadap mereka sebanyak RM755 hanya untuk dua orang makan.
Resit bayaran dan hidangan ikan siakap yang didakwa mahal oleh seorang pelanggan restoran di Langkawi tular di media sosial. Foto Ihsan Pembaca Kredit: transformasi.host.
Tular Harga Ikan Siakap Mahal. Ada Pula Pelanggan Tampil Dedah Cerita Lain Lepas Owner Jelaskan Siakap Mahal.
PETALING JAYA – Percutian sebuah keluarga ke Langkawi baru-baru ini meninggalkan memori yang tidak akan dilupakan apabila hidangan tengah hari mereka berjumlah RM 1738.70.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang wanita berkongsi gambar bil yang menunjukkan harga ikan siakap seolah-olah tidak masuk akal dan dipercayai sengaja diberi saiz ikan yang besar tanpa pengetahuan pelanggan.
“Dalam menu ada tulis RM 18 bagi ikan, saya tanya apa? Dia pekerja beritahu harga bagi 100 gram ikan. Jadi harga bagi satu kilogram ikan adalah RM 180.
“Dia cakap siakap itu besar, okeylah sebab 10 orang makan tetapi tidak beritahu beratnya mencecah 6kg,” katanya.
Menurut pengguna tersebut, dia berasa seolah-olah diti.pu dan minuman yang dihidangkan iaitu air tembikar sangat mengecewakan.
Wanita itu memberitahu, sebaik hidangan sampai, dia terkejut dengan saiz ikan tersebut yang sesuai dimakan oleh dalam kumpulan yang ramai bukannya 10 orang.
Sebelum ini dilaporkan kisah yang hampir sama berlaku bagi sekumpulan individu apabila mereka terpaksa membayar hampir RM 1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat anggaran 7kg semasa bercuti di Langkawi baru-baru ini.
Pihak Kedai Jelaskan 7KG.
Assalamualaikm Sy wakil dari restaurants yg v.iral berkenaan dengan SIAKAP HIDUP 7.48kg.
Disini Sy dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari keja.dian, berkenaan dgn size ikan ,saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer berkenaan dgn size ikan yg besar disebabkan ikan tersebut merupakan ikan show di sangkaq ikan kami dan selalunya kami tidak jual ikan ni.
Sy juga telah rekemen supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain didalam petak yang untuk order makan ikan merah Dan kerapu, size ikan di dalam lebih kecil size lebih kurang 1.00kg-1.5kg shaja tetapi pihak customer masih lg insist untuk ambil ikan siakap show walaupun telah di beritahu ikan tersebut bersize mega, dan apabila pihak kami telah tangkap ikan siakap tersebut menggunakkan Tali pancing.
Dan panggil beliau supaya melihat size ikan semasa beliau di meja makan tetapi beliau menolak untuk melihat size ikan dan beritahu kami proceed dgn ordernya.
Berkenaan dgn anggaran size yg ditunjukkan Oleh pihak kami yg di katakan memani.pulasi size ikan pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut dan menunjukkan anggaran size ikan mmg besar dan disebabkan itu beliau mengambil seekor ikan sahaja.
Tetapi beliau Masih lg proceed untuk order. Dan ada yg mention berkenaan telur dadar yg mahal sebenarnya satu plate ada 3-4 biji dlm satu plate, Dan telur itu bersize besar Dan Sy rasa harga berkenaan normal disebabkan perniagaan kami di floating restaurants mengambil kira kos yg perlu di keluarkan.
Point kedua berkenaan dgn cad credit 5 peratus pihak kami tidak caj apa2 pn di dalam pembayaran beliau , bil yg di tunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah Rm 1759.50 Dan bil kedua berjumlah Rm 93.00 total untuk 2 bil tersebut rm 1852.50.
Dan berkenaan orang belakang yang dikatakan pasrah dgn bill juga tu juga order lobster 950g hampir 1 kg, ketam, ikan kerapu harimau.
Dan bekenaan dengan harga yang mengatakan harga ikan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yg dijual di restaurant adalah live seafood. Ikan di darat dijual mungkin rm9 per gram tetapi kami menjual rm16 per gram disebabkan ikan hidup. Kredit : Kosmo/FB.
Kredit -Era Kini
Post a Comment