Ribut petir: 10 negeri diberi amaran

Ribut petir: 10 negeri diberi amaran

PETALING JAYA – Penduduk di 10 negeri terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada petang ini.

Ribut petir: 10 negeri diberi amaran



Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran ribut petir di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang hari ini.

ARTIKEL MENARIK:Mangsa maut dirempuh van pernah kongsi mahu pergi ‘jauh’


“Kesemua kawasan di Perlis dan Pulau Pinang bakal mengalami cuaca buruk beserta ribut petir petang ini, manakala di Kedah melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

“Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah dan Bagan Datuk,” katanya di sini hari ini.

Bagi kawasan Pantai Timur, ramalan yang sama dijangka berlaku sekitar Pasir Mas dan Tanah Merah di Kelantan, manakala di Terengganu melibatkan kawasan Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.



Loading...


Selain itu, di Pahang, kawasan yang dijangka terlibat ialah Lipis, Jerantut, Temerloh dan Maran.

Sementara itu, di Sarawak melibatkan kawasan Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang) serta di Sabah kawasan yang dijangka berlaku ialah Pendalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu). – K! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post