Bukan mudah puaskan hati semua orang. Bella Astillah akui dirinya dalam proses mendekati agama secara lebih dalam.

Bukan mudah puaskan hati semua orang. Bella Astillah akui dirinya dalam proses mendekati agama secara lebih dalam.

PETALING JAYA – Selari dengan perubahan positif suaminya, Aliff Aziz, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah juga dalam proses untuk mendekati agama secara lebih mendalam.

Bukan mudah puaskan hati semua orang. Bella Astillah akui dirinya dalam proses mendekati agama secara lebih dalam.



Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, berkata, hampir setiap hari dia mengikuti kelas agama bersama rakan-rakan artis yang lain termasuk Amyra Rosli, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay.

ARTIKEL MENARIK:Suami Nynaa Harizal Fail Permohonan Nusyuz, Perintah Kembali Taat Dalam Tempoh 7 Hari




“Saya mendapat tunjuk ajar kelas agama daripada Salima Habibi bersama rakan-rakan artis wanita lain.

“Kami ada grup dan akan sentiasa cari masa untuk belajar ilmu agama. Macam saya tengah bawa kereta pun, tetap akan mengaji. Walaupun Amyra Rosli tengah shooting, tengah berhenti ‘make up’, dia sama (mengaji).

“Jadi, kita nampak usaha semua orang. Sebenarnya, semua bermula daripada ‘zero’ di mana kita mula (belajar) daripada ‘alif ba ta’ sebab nak perbaiki sebutan dan perkara itu bagus. Orang cakap, semua sama level (peringkat),” kata Bella, 27, ketika ditemui media pada majlis memperkenalkan 13 peserta Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) di ibu negara.


Aliff merupakan seorang daripada 13 peserta yang akan berentap dalam program realiti nombor satu tanah air tersebut yang akan mula bersiaran 21 November ini.

Ditanya tentang penerimaannya sebagai seorang isteri apabila suami yang berada pada fasa mendekatkan diri kepada agama tetapi membuat keputusan untuk kembali aktif dalam dunia hiburan dengan menyertai GV8, Bella memandang situasi tersebut dari sudut positif.

“Sepanjang kenal Aliff dari usia 18 tahun, saya tak pernah tengok perubahan dirinya sampai tahap sekarang. Saya tak tahu nak gambarkan bagaimana tapi saya sangat gembira dengan dirinya.

“Aliff masuk GV8 dengan niat untuk buat kemunculan semula sebagai seorang penyanyi. Benda ini tak ganggu pun apa yang dia buat sekarang (belajar agama). Insya-Allah, saya bagi sokongan dan semangat.

“Saya tahu orang akan cakap itu ini tapi kita tak boleh puaskan hati semua orang. Sebagai isteri, saya tahu dia sedang buat yang terbaik bukan orang orang lain tetapi dirinya sendiri,” ujarnya.


Terdahulu, Aliff beberapa kali terpalit beberapa kontroversi yang turut menggangu-gugat keharmonian rumah tangganya dengan isteri dan mencalarkan reputasinya sebagai seorang anak seni.

Sejak akhir-akhir ini, pelantun lagu Sayang Sayang itu bagaimanapun menunjukkan perubahan positif terutama tatkala pandemik Covid-19 apabila acapkali dilihat menyertai jemaah tabligh bagi tujuan mendekatkan diri dengan agama. – K! ONLINE

Tak Disangka Memiliki Banyak Bakat. Hasil Lukisan Bella Astillah Dipuji Ramai Selepas Dia Kongsi Satu Rakaman Video Dia Sedang Mengeecat Sebuah Lukisan.

Nampaknya, Bella Astillah semakin mendapat perhatian warganet apabila satu persatu bakatnya ditonjolkan sehingga mengundang orang ramai suka melihat perkembangannya dalam industri hiburan apabila dia kini juga dikenali sebagai pelakon.Manakala, Bella Astillah yang sebelum ini merupakan salah seorang penyanyi kanak-kanak membuatkan bakat nyanyiannya semakin meraih tumpuan ramai apabila suaranya itu disenangi.

Oleh kerana bakat isteri kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz itu yang dikatakan serba boleh, terbaharu dia mengundang pula orang ramai tinggalkan pelbagai pujian buatnya di media sosial peribadinya.Ini kerana Bella Astillah berkongsikan aktiviti dilakukannya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang kini sedang dilakukan pada rabu lalu apabila perkongsian terbaru dia bersama satu rakaman video memaparkan dia sedang mengecat sebuah lukisan.

Malah lebih mengagumkan buat peminat dan pengikut juga selepas melihat hasil lukisan Bella Astillah yang tidak mengecewakan tetapi menarik perhatian sehingga ditonton ribuan kali berserta diberikan ribuan tanda suka.Menerusi ruangan komen ternyata Bella Astillah menerima hampir seribu reaksi rakan-rakan selebriti dan warganet yang kagum dengan kepelbagaian bakat yang ada pada diri isteri, Aliff Aziz ini.


Pertemuan Aliff Aziz Dan Bella Astilah Menjentik Perasaan Warganet Apabila Bella Berkongsi Satu Video Ini. Keluarga Ini Bertemu Semula Selepas 9 Bulan Terpisah.

Akhirnya pasangan selebriti, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dapat bertemu isteri, Bella Astillah dan anak-anaknya Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Selepas lebih 9 bulan tidak bertemu gara-gara situasi semasa yang melanda dunia, Bella dan Aliff sekeluarga dapat mengisi masa bersama. Malah, momen indah itu turut disimpulkan menerusi sebuah video yang dihasilkan Budak Tadika.

Kelihatan Ayden berlari menuju ke arah Aliff lalu mereka berdua saling berpelukan dan penyanyi Sayang Sayang itu turut dilihat memeluk Bella serta mengucup dahi anak-anaknya. “I miss you, i love you. Sayang Daddy tak? Kiss Daddy,” kata Aliff kepada Ayden. Malah Aliff dan Bella turut dirakam mengunjungi kedai permainan kanak-kanak sebagai hadiah buat permata hatinya itu.


Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, Bella mengucapkan syukur kerana akhirnya mereka kini sudah saling melengkapi. “Alhamdulillah, reunited love. #After9months,” tulisnya ringkas.

Serentak dengan perkongsian video di Instagram itu, rata-rata peminat serta rakan selebriti tumpang gembira dan tidak kurang yang menyatakan rasa sebak sebaik menonton klip berkenaan. Video tersebut sehingga kini telah pun ditonton lebih 500,000 kali warganet.

Terdahulu, Aliff terpisah selama 9 bulan dengan Bella dan dua cahaya matanya akibat COV19 dan bintang asal Singapura itu sudahpun menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Sepanjang tidak bersama Aliff, Bella juga telah menjalani proses kehamilan, bersalin dan berpantang anak kedua bersendirian tanpa suami di sisi. Foto: Instagram Bella Astillah


Loading...


Setelah sekian lama berpisah Bersama Isteri Dan Anak Anak. Kini Aliff Aziz Kembali Ke Malaysia Untuk Mulakan Hidup Baharu Bersama Bella Astillah

Aliff berjanji untuk berubah demi masa depan keluarga. Hampirdua tahun dihimpit pelbagai kontroversi dan tinggal bersama keluarga di Singapura, penyanyi Aliff Aziz akhirnya kembali ke pangkuan isteri, Bella Astillah dan anak-anak di Malaysia. Perkara itu dikongsi oleh ibunya Siti Hafiza di Instagram yang meluahkan rasa sedih dan berat hati untuk melepaskan anaknya, namun memahami tanggungjawab Aliff sebagai ketua keluarga.

“Hari di mana saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada anak saya… Alhamdulillah selepas hampir dua tahun akhirnya dia kembali ke Malaysia untuk bersama isteri dan anak-anak. Walaupun berat untuk mengucapkan selamat tinggal… kami faham tanggung jawab dia untuk bersama keluarga lebih penting, ” ujarnya.


Aliff kembali ke Malaysia untuk bersama isteri dan anak-anak.

Menerusi video yang dimuat naik pada malam Ahad, kelihatan Aliff dihantar oleh ibu dan ahli keluarga lain di Lapangan Terbang Changi Singapura untuk berlepas ke Kuala Lumpur. Siti Hafiza turut mendoakan anaknya itu supaya menjadi seorang insan yang lebih baik untuk keluarganya. “Kamu sentiasa ada dalam doa, jaga diri kamu dan keluarga. Pick yourself up and be the best version of yourself, ” ujarnya.

Alhamdulillah selepas hampir dua tahun akhirnya dia kembali ke Malaysia untuk bersama isteri dan anak-anak.

Sementara itu, Aliff turut mengucapkan terima kasih kepada ibunya dan berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk kehidupan masa depannya. “Terima kasih banyak umi dan ayah. Semoga usaha yang saya lakukan nanti akan membuahkan hasil dan membanggakan umi dan ayah, ” ujarnya.

Aliff dan Bella berkahwin papa 9 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki Muhammad Ayden Adrian yang kini berusia tiga tahun. Pasangan ini kemudian membuat keputusan untuk bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang.


Aliff tinggal bersama keluarganya di Singapura hampir dua tahun.

Justeru itu, Aliff kembali ke Singapura dan meneruskan kehidupannya bersama keluarga. Bagaimanapun pada 26 April lalu, Bella mendedahkan dia dan Aliff kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam edah dan dirinya hamil anak kedua. Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, melahirkan cahaya mata perempuan diberi nama Ara Aderanna pada 18 Julai lalu.

Dikatakan Ambil Barang Tanpa Izin. Aliff Aziz Dikenakan Tindakan Ini Selama Dua Minggu Beserta Dengan Denda Kerana Melakukan Perkara Yang Tidak Sepatutnya Dibuat

Aliff bakal menjalani hkmn tirai besi dua minggu.PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz dikenakan tindakan tersebut dua minggu dan denda RM1500 ($500) pada Selasa selepas didapati bersalah mengambil barang tanpa izizn dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Aliff, 29, mengaku bersalah di Mahkamah Negara Singapura atas dua kes itu pada 7 Ogos lalu.Menerusi kertas kes yang dibacakan, Aliff didakwa mengambil wang sebanyak S $300 (RM915) dan 1 juta rupiah (RM285) milik seorang pelakon dan ahli polit1k Indonesia.


Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siaw berkata, Aliff kemudian mengakui telah mengambil wang tunai itu kerana “dia memerlukan wang”.Aliff kemudian menggunakan wang tunai itu untuk makanan dan pengangkutan.Aliff dan Bella Astillah rujuk semula dalam tempoh edah.

Sementara itu, dalam kes berbeza, Aliff didapati tidak sedar kerana minum di bawah jambatan pusat membeli-belah Orchard Towers sekitar pukul 5.30 pagi pada 10 November tahun lalu.Seorang pegawai polis yang berada di sekitarnya melihat dia menjerit dengan kuat dan memberi isyarat kepada seseorang.

Sarjan Theodore Lee, 24, meminta Aliff untuk bertenang dan dia mematuhinya sebelum berlalu pergi, dia kemudian melakukan tindakan serupa lagi sekitar satu jam kemudian.Aliff mula dikenali sebagai penyanyi pada tahun 2007 selepas memenangi Singapore Idol versi Suria saluran Melayu iaitu Anugerah.

Penyanyi lagu Sayang-Sayang menjadi perhatian tahun lalu kerana isu menduakan dengan isterinya Bella Astillah.Pasangan yang berkahwin pada 2016 itu berpisah pada 16 Mei tahun lalu, namun kembali rujuk dalam tempoh edah.-mstar


Kredit - Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post