Isteri Kid Search meninggal dunia akibat kanser darah

Isteri Kid Search meninggal dunia akibat kanser darah

ISTERI pemain gitar kumpulan Search, Kid iaitu Noraznin Yusof telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 5 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras akibat kanser darah yang dihadapinya sejak setahun lalu.

Isteri Kid Search meninggal dunia akibat kanser darah



Berita duka itu turut dikongsikan adik ipar Allahyarham, Deena Mohammed Taib menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya.

ARTIKEL MENARIK:Aaisyah Dhia Rana Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-7 dengan Tujuh Biji Kek! – “Pengsan Mak Hang”


“Kakak ipar saya, Noraznin Yusof telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi ini. Mohon doakan agar rohnya dicucuri rahmat.

“Terima kasih di atas doa dan kasih sayang tuan puan semua buat kakak ipar saya. Semoga roh kakak ipar saya tenang dan berbahagia di dalam baharu,” tulisnya.

Allahyarham sebelum ini menjalani rawatan di HCTM akibat kanser darah myeloma tahap empat pada Disember 2020.



Loading...


Akibat masalah kesihatan yang dihadapinya, arwah pernah dilaporkan koma selama sembilan hari pada Julai lalu.


Hasil perkongsian hidup bersama Kid atau nama sebenarnya Hamzah Mohammed Taib, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Deanda dan Aaqil Naquidean.


Kredit -Sinar Plus.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post