Anak kepada dramatis terkenal Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketujuh dengan tujuh biji kek.
Menerusi laman sosial Instagram, Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta berkongsi momen-momen bersama anak perempuannya itu untuk tatapan umum.
ARTIKEL MENARIK:[Terkini] ‘D0akn Suami Saya..’ Bkas Angg0ta Nasyid Raihan, Ah Fad (Afad Raihan) Diser4ng Str0k.
“7 tahun, 7 birthday kek. Pengsan mak hang @aaisyahdhiarana111,” tulis Che Ta di ruangan kapsyen.
Dalam sebuah majlis hari jadi yang diadakan di sebuah hotel mewah di ibu negara itu, Aaisyah cukup menyerlah apabila mengenakan gaun labuh biru dengan solekan tipis di wajahnya.
Antara kek yang disediakan adalah berbentuk sangkar, kek dua tingkat, kek dengan hiasan bunga ros, kek dengan hiasan huruf A dan banyak lagi.
Majlis dengan tema warna biru dan merah jambu itu juga turut diraikan oleh Zain Saidin, kedua-dua abang Aaisyah serta adik-beradik Che Ta yang lain.
Tidak kurang juga ramai yang menitipkan ucapan hari lahir buat Aaisyah beserta dengan doa yang baik-baik.
“Untungnya dapat 7 kek! Hari ni birthday saya jugak. Jangan kata kek, yang wish pun boleh kira pakai jari ja,” luah seorang wargamaya.
“Tuuuu dia kak nanti 30 dapat 30 kek juga tau Aaisyah sayang,” usik seorang wargamaya. “Takpe, kek untuk anak bongsu seorang,” sokong seorang wargamaya.
“Hujung jari mak hang ja Cah 7 kek tu, apa la sangat kan mak,” kata seorang wargamaya. “Banyaknya kek. Ingat kena sambut 7 hari berturut-turut,” komen seorang wargamaya.
“Jenuh mak hanggg, btw happy birthday princess,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Rozita, 48, dan Zain, 37, mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah yang kini berusia tujuh tahun.
Komen Netizen:
Rozita turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 25, dan Aniq Ezzra, 23, menerusi hasil perkahwinan pertamanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Gempak via Sinar Viral
Kredit -
Post a Comment