Akhirnya ini jawapan KPDNHEP. Ini keputusan sama ada pemilik siakap bersalah atau tidak jual mahal sampai beribu.

Akhirnya ini jawapan KPDNHEP. Ini keputusan sama ada pemilik siakap bersalah atau tidak jual mahal sampai beribu.

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan siasatan dalam insiden sekumpulan pelancong yang terpaksa membayar hampir RM 1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap di sebuah restoran dekat Langkawi, baru-baru ini.

Akhirnya ini jawapan KPDNHEP. Ini keputusan sama ada pemilik siakap bersalah atau tidak jual mahal sampai beribu.



Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memberitahu, siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.

ARTIKEL MENARIK:Baru je pemilik tampil terangkan perkara sebenar. Sekali pelanggan lain tampil dedahkan kisahnya yang lagi sebak.


“Kita akan menyiasat perkara tersebut dengan adil dan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak.

“Pelanggan juga perlu menyemak menu yang disediakan dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keja.dian yang me­nimpa sekumpulan pelancong ke Pulau Langkawi terkejut apabila terpaksa membayar hampir RM 1,196 bagi hidangan se­ekor ikan siakap seberat sekitar 7 kilogram di s.alah sebuah restoran di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Mohd. Faris Zulkarnain di Facebook miliknya, mereka terdiri daripada tujuh individu juga terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM 1,852.50 termasuk menu lain.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah, Mohd. Yusrizal Yusof berkata, pihaknya sebelum ini pernah menerima beberapa a­duan berkaitan caj harga makanan yang tinggi di pulau pe­ranginan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, ia melibatkan restoran lain.

“Kita meminta pihak kementerian membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada yang tertindas dalam isu berkenaan.

“Pemilik restoran sewajarnya meletakkan tanda harga atau memaklumkan mengenai harga sebenar makanan agar pelanggan dapat membuat pilihan sama ada mahu menjamu selera atau sebaliknya,” jelas beliau.

Tambahnya, isu peniaga memanipulasi harga semakin serius di pulau berkenaan berikutan mereka baru sahaja mene­rima pelancong luar sebaik kerajaan membuka semula sektor ekonomi.

Siasatan Awal KPDNHEP

Siasatan awal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP mendapati peniaga yang tular kerana menjual hida­ngan ikan siakap lebih RM 1,000 tidak melanggar syarat di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid berkata, peniaga tersebut telah mempamerkan harga bagi setiap menunya dengan jelas.

“Walau bagaimanapun, pihak kami telah mengeluarkan notis di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 kepada peniaga terbabit.

“Notis tersebut meminta peniaga untuk melampirkan dokumen sebagai bukti harga yang diletakkan oleh peniaga tersebut adalah munasabah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Selain itu, kata beliau, pihak­nya tidak boleh menetapkan harga bagi peniaga terbabit kerana barangan jualannya tidak tersenarai sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 atau Skim Harga Maksimum Musim Pera­yaan.

Walau bagaimanapun, menurut Abdul Rafar, pihaknya setakat ini hanya menerima satu aduan berkenaan perkara tersebut.


Katanya, aduan itu adalah da­ripada orang awam yang men­getahui perkara tersebut daripada media sosial dan bukan daripada pelanggan itu sendiri.

Justeru, beliau meminta pe­langgan terlibat untuk tampil dan membuat aduan rasmi kepada KPDNHEP jika berasa ditipu oleh peniaga berkenaan.

“Aduan daripada pelanggan adalah penting bagi mendapatkan keterangan lanjut untuk memastikan s.iasatan dapat dilakukan dengan adil dan telus,” tambahnya.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Baru Je Pemilik Tampil Terangkan Perkara Sebenar. Sekali Pelanggan Lain Tampil Dedahkan Kisahnya Yang Lagi Sebak.

Seorang lagi pengguna laman media sosial mendkwa kunjungannya ke Langkawi, Kedah boleh disifatkan sebagai terkena situasi hampir sama dengan harga ikan siakap yang tular baru-baru ini. Menerusi perkongsian di hantaran Facebook, wanita itu berkongsi, hidangan kumpulannya yang terdiri daripada 19 individu mencecah empat angka di samping harga air dan telur yang disifatkannya mahal.


“Mulanya kami ingat ikan siakap itu saiz biasa, kami order tiga ekor selepas itu akak tu kata yang seekor sudah cukup. Kami pun tak jangka saiz ikan itu yang sebenarnya, cuma dia cakap seekor sudah cukup untuk kami semua makan. Kami pun setuju, maka bermula mimpi ngeri. Menurutnya, pada mulanya kumpulan individu itu beranggapan bahawa hidangan tersebut berkemungkinan dikenakan caj RM 200 sehingga RM 500, namun semuanya berubah apabila melihat jumlah keseluruhan bil itu.

“Tadaaaa… empat angka, air pun cekik tengkuk tahap tak m ati. Inikan pula ikan siakap yang katanya dari kayangan tapi keturunan Langkawi. Itu baru ikan, harga mau tersedak minum. Air kosong pun RM 5, inikan pula air manis. Nasib lah ramai, boleh jugak kongsi, kalau yang datang bawa mak ayah dan anak-anak?, tak ke n.aya. Telur 4 biji pun sama harga telur sepapan, tak tahu lah mahu sumpah atau mahu doa baik-baik kat peniaga itu sebab hati ini macam tak ikhlas saja semasa bayar,” kongsinya. Terpanggil untuk menceritakan pengalaman peribadi. Untuk kes Kak Ani, di restoran yang sama. Kak Ani order macam biasa siakap 3 rasa satu udang masak pedas. Dan Kak Ani tidak diberitahu berapa KG ikan siakap yang akan diberikan.




Loading...

Kak Ani sedia maklum makan di restoran terapung mesti mahal dalam kiraan kak ani, mungkin lebih kurang RM 600 ke RM 700 untuk kak ani dan anak-anak. Tapi, kami diberikan ikan siakap 4.98kg dan total bill RM 1660. Kak Ani makan bersama suami, mak dan anak2 kak ani yang masih kecil. Bukan tidak mampu, cuma rasa teraniaya. Ramai yang terkena sebab Peniaga tidak inform dan tunjukkan dulu ikan. Ada sebuah keluarga di belakang kak ani waktu tu, kumpul2 duit dari mak dan adik beradik, kesian nampak sedih dan terkejut. Semoga peniaga lebih telus selepas ini inform customer kemungkinan harga dan Kak Ani pun ambil pengajaran, selepas ni, sebagai pelanggan yang bijak, tanya betul-betul harga dan timbang dahulu di depan mata. Sumber : Online Malaya

Pemilik Restoran Dedah Ikan Siakap Tersebut Rupanya Hanya Untuk Tayangan. Akhirnya Ini Penjelasan Dari Pihak Berkuasa.

Langkawi: Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa terkilan selepas pelanggan berperwatakan alim bertindak menularkan harga ikan siakap di restorannya terlampau mahal.

Malah dia turut mempersoalkan tujuan sebenar pelanggan terbabit yang menularkan perkara itu selepas bersetuju membayar harga yang dikenakan pada hari kejadian.

“Saya betul-betul tak sangka orang yang berperwatakan alim dan warak sanggup buat kerja seperti ini, sedangkan dia sendiri yang pilih ikan segar dalam sangkar untuk dimasak.

“Ketika mengambil pesanan, saya ulang banyak kali bahawa ikan (yang dipilih) itu besar sambil saya tunjuk dengan isyarat tangan anggaran saiz ikan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Kilim Geoforest Park di sini, hari ini.

Norasyikin turut menafikan sekeras-kerasnya pihaknya memaksa pelanggan memilih ikan bersaiz besar bagi mendapat keuntungan berganda selepas perniagaan terjejas teruk akibat pendemik Cvid-19.


“Sepanjang lapan tahun berniaga di sini, saya dan kakitangan tidak pernah memaksa pengunjung memilih ikan besar untuk menjamu selera di restoran ini.

“Malah, ketika mengambil pesanan kami akan beritahu berat ikan dikira dalam sukatan gram dan setiap menu lengkap tertera harga dengan jelas,” katanya.

Beliau berkata, selepas selesai makan kumpulan sembilan pelancong terbabit tidak datang berjumpanya untuk bertanyakan mengenai harga yang dikenakan.


“Ketika melangkah meninggalkan restoran mereka juga tidak cakap apa-apa mengenai bayaran yang pihak kami kenakan ke atas ikan siakap yang dimasak menu tiga rasa dan stim limau itu.

“Sebenarnya ikan siakap yang mereka pilih itu seberat 7.48 kilogram berusia 11 tahun dan dipelihara untuk dipertontonkan sebagai tarikan pengunjung restoran,” katanya.

Semalam, media melaporkan makan tengah hari sekumpulan pelancong di sebuah restoran terapung di pulau ini kelmarin, dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didakwa mencecah RM1,196.80.

Sementara itu, empat Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Langkawi turut kelihatan melakukan siasatan di restoran berkenaan hari ini.


Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid berkata, pihaknya sedang menyiasat dan mengumpul maklumat kejadian daripada pengadu dan peniaga.

“Maklumat sudah diperolehi dari kedua-dua pihak dan siasatan lanjut sedang dijalankan secara adil,” katanya ketika dihubungi di sini.

NORASYIKIN menunjukkan menu masakan di restorannya yang memaparkan berat ikan dikira menggunakan sukatan gram dan lengkap dengan harga. FOTO Hamzah Osman

Pelanggan sendiri mahukan siakap itu – Pemilik restoran

“Saya sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5 kilogram (kg), ia lebih sesuai untuk dijadikan hidangan,” kata pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa.

Menurutnya, dia sendiri yang mengambil pesanan pelanggan terbabit dan memintanya untuk melihat ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.

Katanya, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g).

“Saya sudah terangkan kepada pelanggan berkenaan bahawa ikan yang dipesannya seberat kira-kira 7 kg itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran,” katanya.


Norasyikin turut menafikan dia mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti yang didakwa pelanggan terbabit.

Dia berkata demikian ketika dihubungi hari ini untuk menjawab dakwaan pelanggannya yang mendakwa harga ikan siakap dipesan mahal ketika mengunjungi restorannya di sini, semalam.

Satu resit dimuat naik individu sebelum ia tular di media sosial yang tertera ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang berharga RM1,196.80.

Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain adalah RM1,759.50 untuk tujuh orang makan.

Individu terbabit turut mendakwa ada menasihati pihak restoran berkenaan supaya tidak mengulanginya termasuk menghidangkan ikan sebesar itu hanya untuk tujuh orang makan.

Individu terbabit juga mendakwa pelanggan yang menunggu giliran membayar juga pasrah apabila bil yang dikenakan terhadap mereka sebanyak RM755 hanya untuk dua orang makan.

Resit bayaran dan hidangan ikan siakap yang didakwa mahal oleh seorang pelanggan restoran di Langkawi tular di media sosial. Foto Ihsan Pembaca Kredit: transformasi.host.


Kredit -Era Kini



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post